Badminton Terbuka Jepun : Akhirnya Lin Dan Tewas juga....
Petang nie Wak memang menunggu di depan TV Astro 811.... menunggu aksi perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Jepun.
Memang cukup lama tak menyaksikan aksi dua jaguh badminton dunia ini di dalam gelanggang. Kali terakhir dua musuh ketat ini berentap ialah pada Piala Thomas dengan kemenangan berpihak kepada Lin Dan yang mudah menewaskan Datuk Lee Chong Wei 21-17, 21-8.
Dan yang Wak tak tahan kemenangan Lin Dan ketika itu diiringi dengan gaya tarian ala 'break dance' MJ sambil membuka baju. Selepas peristiwa itu demdam membara untuk melihat Lin Dan kecundang di tangan Chong Wei namun tidak kesampaian setelah mereka berentap sebanyak tiga kali yang berpihak kepada Lin Dan.
Dan akhirnya pada hari ini di Terbuka Jepun, Datuk Lee telah menunjukkan permaianan yang cukup memberangsangkan dan penuh bergaya menundukkan Lin Dan dengan mata 22-20, 16-21 dan 21-17. Segalanya tidak mustahil untuk Datuk Lee menewaskan Lin Dan dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.
Wak cukup puas hati petang ini melihat Lin Dan tumbang di tangan Datuk Lee Chong Wei. Syabas dan tahniah Datuk Lee Chong Wei dan juga Datuk Misbun! TERUSKAN PERJUANGAN!!!
KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA JEPUN YONEX 2010
TARIKH: 26 SEPTEMBER 2010
VENUE: GIMNASIUM METROPOLITAN TOKYO, JEPUN BERGU CAMPURAN
Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn) mn *8 Tao Jiaming/Tian Qing (Chn) 21-19, 22-20 [49 minit]PERSEORANGAN WANITA
Jiang Yanjiao (Chn) mn *2 Wang Xin (Chn) 23-21, 21-18 [36 minit]PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (Mas) mn Lin Dan (Chn) 22-20, 16-21, 21-17 [81 minit]BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) kk *5 Cai Yun/Fu Haifeng (Chn) 21-18, 14-21, 12-21 [46 minit]BERGU WANITA
*5 Wang Xiaoli/Yu Yang (Chn) mn *3 Cheng Shu/Zhao Yunlei (Chn) 21-17, 21-6 [32 minit]
No comments:
Post a Comment