9.30.2010

Isu Pemberian Wang Warga Emas PP : Pandanglah Dari Sudut Islam..

Janganlah pandang dari sudut politik @ kepentingan politik....

Pagi tadi Wak berkesempatan membaca akhbar Berita Harian di lobi hotel sebelum pergi makan nasi dagang di sebuah gerai (ketika ini sedang berbengkel di Kuala Trengganu). Wak tertarik dengan isu yang Wak baca di muka hadapan yang bertajuk "40 pulangkan wang didakwa hasil judi".


SEBAHAGIAN daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang 
memulangkan RM100 yang diberikan kerana kesal dana sumbangan itu dikatakan 
diperoleh daripada sumber judi pada satu majlis khas 
di Pusat Khidmat ADUN Penaga, Kepala Batas, semalam.

Boleh baca lanjut di sini


Wak sekadar gelengkan kepala dan tersenyum sinis... Nak gelak pun ada tengok perangai orang Melayu yang sudah semestinya beragama Islam. Sebab sebelum ini Wak dah baca pandangan Dr Asri Zainul Abidin dalam malaysiakini online yang bertajuk "Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram" bertarikh 27 September 2010.


Boleh baca lanjut di sini

Hari ni jugak Wak berkesempatan membaca pandangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam blog beliau yang bertajuk "Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi?" bertarikh hari ini 30 September.


Boleh baca lanjut di sini

Selepas Wak baca ketiga-tiga berita dan artikel di atas, kesimpulan yang boleh Wak buat.... "Inilah perjuangan segelintir manusia yang berkepentingan politik mengatasi segala-galanya. Membuat sesuatu itu tanpa merujuk kepada hukum hakam Islam atau pandangan dari orang yang berilmu."

Tepuklah dada... tanya iman.

Kalau Dangkal Ilmu Lebih Baik Diam....

Munajat: Ulama muda Umno dangkal ilmu

Kalau kita tak boleh cakap baik, nak mengajar tak pandai, nak berdakwah tak reti, nak mesyuarat orang tak panggil, nak nasihatkan orang tak berani, kita orang biasa, lebih baik diam.

Macam mana diam kerana Tuhan, diam yang bernilai Akhirat? Diam itu biarlah berisi, diam ubi, jangan diam tin kosong. Ubi diam saja tapi berisi. Mungkin diam lebih banyak dari pada bercakap, kalau ada ilmu kalau faham tentang sesuatu...

Rasulullah SAW pesan.. kalau kita pandai cakap, cakaplah, bagi ilmu, mengajar, ada nilai Akhirat. Kalau kita cakap tak pandai, lebih baik diam untuk berfikir atau berzikir. Orang yang tak takut Tuhan, tak kenal Tuhan, kemudian dia nak buat secara zahir tak boleh, sebab dia orang biasa, duit tak ada, kemampuan tak ada, bila dia nak tidur, macam-macam datang.

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

Sabda Nabi saw., “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipudaya; ketika itu orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaybidhah akan berbicara.” Mereka bertanya, “Apakah itu ruwaybidhah?” Rasulullah berkata, “Ruwaybidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat.” (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra.).

Isi kandungan hadith ini adalah amaran Nabi s.a.w. kepada kita semua, bahawa akan muncul sebelum kiamat golongan manusia yang lekeh dan tidak berkelayakan tetapi bercakap dalam urusan umat yang membabit kepentingan umum dan ramai. Natijahnya, tentulah terjadinya porak peranda pemikiran manusia, gawatlah kefahaman mereka dan hancur binaan ilmu yang sebenar.

Apa tidaknya, apabila yang lekeh menjadi pemimpin lalu bercakap dalam urusan umat, yang jahil berlagak `alim, yang menghafal sepatah dua ayat berlagak ulamak. Yang bukan ulama mengakui ulamak, yang hanya ada sepatah dua ilmu agama ditabalkan menjadi ulamak. Inilah saat kehancuran.

KOTA BHARU, 29 Sept: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi.

9.29.2010

Kes Rogol Lagi.... Bila Nak Berakhir???

Negaraku 1Malaysia..... sebuah 'Negara Islam'!

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol abang tiri rakan baiknya sebaik dibawa ke rumah lelaki itu kononnya untuk makan malam.

Di rumah itu, mangsa turut dirogol tiga lelaki lain yang juga rakan suspek secara bergilir-gilir. Tidak cukup dengan itu, perbuatan kejam berkenaan turut dirakam seorang daripada suspek menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk koleksi peribadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 4 petang kelmarin, apabila mangsa pergi ke rumah rakan sekelasnya di Segambut, di sini, untuk keluar makan bersama.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah rakannya itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Kepong, di sini, yang kononnya didiami abang tiri kepada teman baiknya itu berusia awal 20-an.

“Rakan sekelas mangsa kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada abang tirinya.

“Mangsa yang terpinga-pinga kemudian ditenangkan suspek sebelum lelaki terbabit memperkenalkan remaja malang itu kepada tiga lagi rakannya berusia lingkungan 20-an,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya merayu berulang kali supaya dihantar pulang namun tindakannya itu menyebabkan mangsa dimarahi.

“Mangsa kemudian diheret ke dalam sebuah bilik sebelum pakaiannya dilucutkan suspek,” katanya.

Tersentak dengan itu, mangsa menjerit dan meronta minta dilepaskan sebelum dia dipukul dan diugut seorang daripada suspek.

Sumber berkata, mangsa dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai merogol mangsa, seorang daripada suspek kemudian menghantar semula mangsa ke rumah rakan baiknya di Segambut.

“Mangsa pulang ke rumahnya di Batu Caves, sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, polis menahan dua daripada suspek selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan manakala dua lagi rakannya sedang dikesan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Sumber HM

Jangan Main Kutu.... HARAM!!!

          Main kutu haram di Malaysia

Rupa-rupanya 'main kutu' nie hukumnya HARAM. Member-member kat ofis pun ada jugak yang mengajak main kutu nie. Ada yang sebulan RM50.. ada yang sebulan RM100. Boleh masuk lebih dari satu nama.

Dia orang nie main suke-suke jee... Ada yang main kutu nie untuk bayar insuran dan rotax kereta. Ada yang target nak tukar tayar kereta. Ada yang nak beli cincin tunang.. Dan macam-macam lagi laaa...

Orang rumah Wak pun main kutu jugak kat ofis... Sebulan RM1oo.... masuk satu nama. Wak jee yang tak de main kutu.

Lepas nie kena berhati-hati laaa... Main kutu nie haram rupanya di sisi undang-undang Malaysia. Baik simpan sendiri kat dalam akaun Tabung Haji kee... atau akaun yang seumpama dengannya. Cuma perlukan sedikit disiplin untuk mencapai target tujuan menyimpan sebagaimana main kutu.

Apa pun hukum main kutu dari pandangan Islam bolehlah merujuk link ini. Klik Di sini


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

9.26.2010

Lee Chong Wei Tumbangkan Lin Dan

Badminton Terbuka Jepun : Akhirnya Lin Dan Tewas juga....

Petang nie Wak memang menunggu di depan TV Astro 811....  menunggu aksi perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Jepun.

Memang cukup lama tak menyaksikan aksi dua jaguh badminton dunia ini di dalam gelanggang. Kali terakhir dua musuh ketat ini berentap ialah pada Piala Thomas dengan kemenangan berpihak kepada Lin Dan yang mudah menewaskan Datuk Lee Chong Wei 21-17, 21-8.

Dan yang Wak tak tahan kemenangan Lin Dan ketika itu diiringi dengan gaya tarian ala 'break dance' MJ sambil membuka baju. Selepas peristiwa itu demdam membara untuk melihat Lin Dan kecundang di tangan Chong Wei namun tidak kesampaian setelah mereka berentap sebanyak tiga kali yang berpihak kepada Lin Dan.

Dan akhirnya pada hari ini di Terbuka Jepun, Datuk Lee telah menunjukkan permaianan yang cukup memberangsangkan dan penuh bergaya menundukkan Lin Dan dengan mata 22-20, 16-21 dan 21-17. Segalanya tidak mustahil untuk Datuk Lee menewaskan Lin Dan dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.

Wak cukup puas hati petang ini melihat Lin Dan tumbang di tangan Datuk Lee Chong Wei. Syabas dan tahniah Datuk Lee Chong Wei dan juga Datuk Misbun! TERUSKAN PERJUANGAN!!!


KEPUTUSAN PENUH

KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA JEPUN YONEX 2010
TARIKH: 26 SEPTEMBER 2010
VENUE: GIMNASIUM METROPOLITAN TOKYO, JEPUN

BERGU CAMPURAN
Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn) mn *8 Tao Jiaming/Tian Qing (Chn) 21-19, 22-20 [49 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Jiang Yanjiao (Chn) mn *2 Wang Xin (Chn) 23-21, 21-18 [36 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (Mas) mn Lin Dan (Chn) 22-20, 16-21, 21-17 [81 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) kk *5 Cai Yun/Fu Haifeng (Chn) 21-18, 14-21, 12-21 [46 minit]

BERGU WANITA
*5 Wang Xiaoli/Yu Yang (Chn) mn *3 Cheng Shu/Zhao Yunlei (Chn) 21-17, 21-6 [32 minit]

9.24.2010

Lagi Artis Dapat Gelaran Datuk


Tahniah Datuk AC MIzal....

Nampaknya sorang lagi artis akan bergelar Datuk. Bertambahlah lagi bilangan artis yang dapat anugerah Datuk. Tentunya merasa bangga apatah lagi dalam usia muda telah bergelar Datuk.

Itulah realiti di negara kita... Dunia hiburan lebih dipandang mulia. Artis mudah untuk dapat gelaran datuk. Berlaianan pula dalam dunia pendidikan. Jarang kita dengar guru atau pensyarah mendapat gelaran Datuk dalam usia muda.

Jika ada pun gelaran Datuk yang mereka perolehi, umur mereka telah hamapir atau memang dah pencen. Atau mereka ini banyak terlibat dengan dunia politik yang sealiran dengan kerajaan yang memerintah.

Wak malas nak buat perbandingan antara sumbangan golongan artis dengan golongan pendidik. Mereka ada peranan masing-masing dalam bidang yang yang mereka ceburi.

Bukanlah Wak nak pertikai gelaran Datuk yang para artis dapat tapi cuma rasa terkilan. Jauh disudut hati "aku cuma seorang guru biasa"....

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Petikan sajak 'Guru oh Guru' hasil karya Allahyarham Datuk USMAN AWANG 1979.


AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zani, 39 tahun, dianugerahi gelaran Datuk. Itu bukan mimpi, tapi realiti. Ramadan lalu, kata bekas anggota 4U2C yang kemudian meraih sukses dalam bidang lakonan dan pengacaraan sebelum membina sebuah empayar perniagaan itu, dia menerima panggilan untuk mendapat status tersebut daripada negeri Pahang Darul Makmur.

Terkesima dengan 'hidangan mewah' di depan mata, dia akui tidak menolak untuk menerima pingat kebesaran itu. Hanya hal yang membuat dia kaget adalah bagaimana berhadapan dengan masyarakat apabila gelaran Datuk kelak akan diguna pakai secara sah sebaik majlis penganugerahan diadakan sebelum hujung tahun ini.

Menurut AC yang cukup berhati-hati sewaktu bercakap tentang isu penganugerahan itu, dia terkejut dengan rezeki Tuhan itu. Ia semua adalah berkat kegigihannya membina dan meluaskan empayar perniagaan gelang bio-magnetik di bawah payung syarikat yang menyaksikan dia sendiri sebagai pengerusi kepada AC Konsortium Sdn. Bhd. yang baru menjangkau usia 10 bulan beroperasi.

"Benar, saya memang telah dimaklumkan tentang gelaran Datuk yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri Pahang. Walau bagaimanapun, saya belum berani menggunakannya selagi tidak menerima penganugerahan tersebut secara rasmi.

"Apabila saya sudah sah menerima penganugerahan tersebut sekitar akhir tahun ini, barulah saya akan menggunakan gelaran Datuk AC Mizal secara rasmi," katanya yang kelihatan sedikit gelisah saat ditemu bual.

9.22.2010

Cuba Kita Selak Kes Remaja Dinoda Berulang Kali

Di mana silapnya.... Siapa yang perlu dipersalahkan???

Peristiwa ...

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dirogol berulang kali oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong, di sini, selepas mengikut lelaki itu, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa mendakwa teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya di rumah di Desa Petaling, di sini, kononnya untuk keluar makan.

Menurut sumber, selepas menjamu selera, suspek enggan menghantar mangsa pulang sebaliknya membawa mangsa ke rumahnya di Puchong.

“Sebaik tiba di rumah, mangsa diarahkan masuk ke dalam bilik. Malah, suspek juga menyuruh dua rakan serumahnya meninggalkan mereka sendirian,” katanya.

Sumber berkata, kesempatan itu diambil suspek untuk merogol mangsa beberapa kali. “Selepas mangsa dirogol, pelajar terbabit berulang kali meminta teman lelakinya itu supaya menghantarnya pulang namun suspek enggan berbuat demikian.

“Bagaimanapun, ketika suspek keluar dari bilik, mangsa segera menghubungi bapanya memberitahu mengenai kejadian berkenaan,” katanya.

Moral of the story...

Cuba kita selak... mencari kesilapan untuk dijadikan pengajaran...

1. Pelajar nie kuar dengan budak jantan yang bukan muhrimnya. So kepada emak bapak di luar sana yang ada anak pompuan tuu... Pernah tak membenarkan atau dengan kata lain ambik tak kesah jika anak pompuan kuar dengan budak jantan. Tak kiralah dah lama kenal atau baru kenal. So untuk pengajarannya JANGAN BENARKAN mana-mana jantan bawak anak pompuan kuar rumah walau atas apa urusan sekali pun....

Emak Bapak jenis tak kesah.... Nie lah yang sering berlaku. Bila anak pompuan nak kuar rumah dengan si jantan terutama kenalannya tanpa ada rasa bersalah melepaskan @ membenarkan tanpa ada perasaan sak wasangka. Bila dah berlaku perkara yang tidak diingini kepada si anak, barulah ’menggelabah biawak’. Menyesal pun dah tak berguna... Bak kata pepatah lama ” nasi dah jadi bubur”

2. Pergaulan bebas.... Nie memang dah jadi trend remaja sekarang termasuk pelajar. Mereka merasakan ’kolot’ jika tak de taman lelaki @ teman pompuan. Kalau ada teman lelaki @ pompuan tapi tak kuar ’dating’ pun rasa macam duduk zaman batu. Tak de style... Ketinggalan zaman... Dan yang parahnya emak bapak pun merestui pergaulan mereka tanpa ada batasan..... Tak pernah tanya siapa kawan mereka... Langsung tak ambik pusing... Tak pernah curiga... Anggap anak dah besar... Taulah dia orang jaga diri...

3. Pendidikan agama.... Emak bapak nie biasanya beranggapan telah sempurna didikan yang diberikan kepada anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Kat sekolah mereka dah belajar agama. 'Anak aku dah besar panjang' ...Taulah mereka membezakan yang mana baik.. yang mana buruk. Yang mana halal dan yang mana haram.

Dan yang lebih malang tiada penekanan dalam melaksanakan segala tuntutan agama dalam kehidupan harian. Semakin jauh dari Allah... maka semakin jauhlah keberkatan dalam hidup...Dan ”Sikap orang Islam sendiri yang lalai malah lemah dalam melaksanakan semua suruhan dan syariat Islam.”

Nota : Banyak lagi sebab musabab kejadian rogol... Tapi dalam entri ini Wak hanya menyelak dan mengupas peristiwa yang berlaku di atas.

Misteri Meja Lipat

Kanak-kanak lima tahun maut tersepit di kaki meja lipat...

Kita sebagai emak bapak nie kena peka terhadap apa yang terjadi kepada anak-anak kita terutama yang telah pandai bermain sendiri. Jangan biarkan mereka bermain sendirian terutama di kawasan luar rumah.

Kita perlu sensitif terhadap respon anak-anak termasuk dari suara jeritan atau tangisan, bunyi yang pelik atau sesuatu yang mencurigakan. Perlu tindakan segera dan jangan sesekali menganggap ianya perkara biasa seperti tiada apa-apa berlaku perkara yang tidak diingini.

Inilah padahnya bila emak bapak atau kaum keluarga mengambil ringan respon terutama dari kanak-kanak yang agresif. Dianggapnya sekadar gurauan..... Malang tidak berbau!!! Dan akhirnya mengakibatkan kehilangan nyawa insan yang kita sayangi.

Jadikanlah peristiwa di bawah ini sebagai pengajaran dan iktibar kepada kita semua supaya perkara seumpamanya tidak menimpa kepada anak yang kita sayangi.

Bayangkan betapa beratnya ujian yang perlu dihadapi terutama kepada ibu bapa dan keluarga kepada kanak-kanak ini. Hanya kerana kesilapan mereka menganggap suatu guraun dari suara jeritan kanak-kanak malang itu....

Apa pun segalanya adalah ketentuan dari Illahi. Kita sebagai hambanya perlu redha dengan apa yang telah ditentukan sejak azali. Kepada ibu bapa dan kaum keluarga kanak-kanak ini, salam takziah semoga tabah menghadapi ujian ini.

IPOH 22 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.50 petang ketika kanak-kanak itu, Muhammad Irfan sedang bermain bersendirian di belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bapanya, Mohd. Fadtah Sadhabil, 27, berkata, anak keduanya itu daripada tiga beradik adalah kanak-kanak yang sangat aktif.

“Kami hanya menyedari kejadian itu pada 6 petang lalu menghantarnya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

"Muhammad Irfan ada menjerit ketika kejadian tetapi ahli keluarga yang lain menganggapnya gurauan kerana dia selalu bermain dan suka menjerit dan itu satu perkara biasa” katanya.

Katanya, kejadian hanya disedari selepas 10 minit berlalu dan ketika itu badan anaknya itu sudah kebiru-biruan akibat tidak boleh bernafas.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Irfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir. – Bernama

MANFAATKAN DUIT RAYA ANAK-ANAK

Ke mana duit raya anak kita....

Bukan main meriah…. Anak-anak Wak yang empat orang tuu sibuk mengira duit raya masing-masing. Yang si kecil, Tini & Tina masih belum tau mengira pun ikut sibuk dengan abang2nya.

Memang tak dapat dinafikan setiap kali aidilfitri menjelma, kanak-kanaklah golongan yang paling seronok. Paling dinantikan ketika menerima duit raya dari sanak saudara dan juga dari tuan rumah yang mereka ziarahi.

Budak-budak sekarang dapat duit raya paling kecil nilainya pun RM1. Yang lagi gediknya dia orang nie pandai pulak menuntut dengan emak bapak duit raya. Anak sendiri pun dah pau duit raya...

Teringat zaman kanak-kanak dulu-dulu… Dapat duit raya 10 sen atau 20 sen jee. Itu pun punyalah seronok. Paling besar nilainya 50 sen. Ketika itu beraya sakanlah kita orang round satu kampung.

Apa pun persoalannya... ke mana duit raya anak-anak kita tuu dibelanjakan?? Adakah sekadar dihabiskan untuk berseronok dengan permainan video di kafe siber, membeli mercun, alatan permainan dan lain-lain yang tidak bermanfaat. Atau digunakan untuk keperluan sekolah atau tabungan masa hadapan.

Justeru itu kita sebagai emak bapak nie sewajarnya mengabil langkah positif menguruskan duit raya anak-anak dengan berhemah. Mungkin sebahagiannya boleh disimpan di dalam akaun bank atau dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anak-anak.

Kita sebagai emak bapak sewajarnya tidak mengambil kesempatan daripada budaya pemberian duit raya dengan menghabiskannya bukan untuk keperluan anak-anak. Sebaliknya, kita perlu bijak menguruskan wang dengan baik tanpa terlalu boros berbelanja dan membazir melebihi kemampuan yang ada.

Syukur... Wak dah masukkan semua duit raya anak-anak ke dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Mudah-mudahan budaya menyimpan akan dapat mereka teruskan sehinggalah mereka dewasa kelak...Amin!!!

Gambar kenangan semasa beraya di kampung... Sedondon biru!! (Wak suka banget dengar lagu raya Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari johar)

9.20.2010

Cara Baru Sambut Rumah Terbuka Aidilfitri

Selamat Hari Raya Pak Menteri....

TEMERLOH, 20 Sept: Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.

Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.

Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.

Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Klik di sini untuk melihat tarian yang dipersembahkan oleh Ismail Sabri untuk para pengundinya sempena Aidil Fitri semalam.


Sekadar renongan...


Memang tidak dinafikan manusia suka bergembira, namun kegembiraan yang dicari hendaklah selari dengan kehendak Allah SWT dan rasul-Nya.

Sebagai contohnya Rasulullah pernah mengiktiraf dendangan lagu Buath oleh dua orang gadis yang didengari oleh Aisyah r.ha. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikian juga al-Hafiz Ibn Hajar mengemukakan sebuah riwayat yang sahih bahawa para sahabat seperti Ibn Umar memakai pakaian yang cantik pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Demikian pula jamuan makan, merupakan suatu yang dituntut oleh Islam berdasarkan banyak hadis sahih. Namun demikian melaksanakan perkara-perkara ini hendaklah dengan pertimbangan-pertimbangan yang betul yang bertepatan dengan syarak.

Sekalipun muslim dibenarkan mendengar lagu-lagu patriotik yang dapat meningkatkan semangat juang, namun lagu-lagu yang memuja syahwat, berunsur syirik dan yang melalaikan dari mengingati Allah tetap diharamkan oleh Islam.

Demikian pula pakaian yang cantik dibenarkan, namun batasan aurat hendaklah dijaga agar tidak mendedahkan aurat.

Wallahu a'lam.

9.19.2010

Sillatul-Rahim Di Rumah Terbuka

JALINKAN SILLATUL-RAHIM....

Hari nie merupakan masuk hari ke-10 kita menyambut hari raya. Ketika ini ramai antara kita mendapat jemputan ke rumah terbuka terutama pada hujung minggu begini.

Inilah peluang kita untuk merapatkan sillatul-rahim antara sanak saudara dan rakan-rakan. Mungkin dikesempatan musim raya inilah dapat kita bertemu dengan mereka... setahun sekali agaknya.

Ambillah peluang di rumah terbuka ini kita menjalinkan sillatul-rahim yang dituntut oleh agama. Semoga kita beroleh keberkatan dalam mengharungi kehidupan.

Semalam Wak berkesempatan menjemput jiran-jiran beraya ke rumah. Orang rumah ada buat soto (nasi impit dan mee hun). Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita. Macam2 cerita termasuk perbincangan hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

Rasa meriah!!! Mana taknya... Inilah rasanya masa yang ada untuk kami kumpul bersama-sama beserta dengan keluarga masing2. Setahun sekali!!! Dihari yang lain kami sibuk dengan tugas masing2.

MENGHUBUNG dan mengekalkan sillatul-rahim adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT berfirman mafhumnya:

Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' : 1).

Bahawasanya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil, berbuat kebajikan dan menolong kaum kerabat. (Al-Nahl : 90)

Kata Anas r.a. , "Tiga jenis orang dibawah naunng Arasy Rahman pada hari kiamat :
(1) Orang yang menghubungkan rahim, iaitu orang yang dipanjang kan umurnya dan diluaskan razkinya;
(2) Perempuan yang kematian suaminya dan dia memelihara anak-anaknya yang yatim itu hingga dikayakan mereka itu oleh Allah;
(3) Lelaki yang menjamu anak-anak yatim dan fakir miskin.

Antara amaran-amaran Rasulullah tentang akibat buruk daripada tindakan memutuskan sillatul-rahim ialah :

(a) Tidak turun malaikat kepada kaum yang di kalangan mereka ada yang memutuskan sillatul-rahim.
(b) Tidak masuk syurga orang yang memtuskan sillatul-rahim.
(c) Apabila ada manusia memperkatakan tentang ilmu tetapi mensesiakan amalam daripada ilmu itu, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi benci di hati, dan mereka memutus kan sillatul-rahim; dilaknat Allah ke atas mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dbutakan mata mereka.

Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan sillatul-rahim :
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat itu mendapat dua pahla : pahala sedekah dan pahala menghubungkan sillatul-rahim".

Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya: "Takutlah kamu kepada Allah dan hubungkan rahim kamu, maka itu terlebih baik bagi kamu di dunia dan di akhirat".

Sekurang-kurangnya sepuluh kelebihan (temasuk yang tersebut dalam maksud hadis-hadis di atas) akan diperolehi oleh orang yang memelihara sillatul-rahim itu, iaitu :

(1) Mendapat keredhaan Allah Taala, kerana menghubungkan kerabat itu perintah Allah Taala;
(2) Mendatangkan sukacita dan rasa bahagia;
(3) Menyukakan para malaikat;
(4) Mendapat kebaikan dan nama baik di kalangan muslimin;
(5) Mendatangkan dukacita kepada iblis yang terlaknat;
(6) Melanjutkan usia;
(7) Memberkatkan razki;
(8) Menyenangkan arwah ibu bapa dan datuk nenek;
(9) Menambahkan marwah dan meninggikan darjat;
(10) Beratmbah pahala kemudian daripada mati, kerana kaum kerabat mendoakannya dan mengingati (menyebut- nyebut) kebaikan dan kebajikannya.
Wallahu a'lam.

9.13.2010

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit


2010/09/13 KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.

“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.


Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya

9.04.2010

Hentikan Guna Minyak Sapi 'QBB'

Sama-sama kita sebarkan....



KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar atas) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.

"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ramadan… Pemergianmu ditangisi

Akhir Ramadan....



Masa solat Jumaat tadi Wak ada ambil satu pemplet yang disediakan oleh IKRAM NEGERI MELAKA kat maasjid Kampung Gangsa. Menarik isinya. Lalu Wak bawa balik untuk bacaan isteri tersayang kat rumah.

Wak ingin berkongsi sedikit ilmu dan manfaat yang perlu kita ketahui diakhir bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semarakkan ibadah pada akhir Ramadan…

* Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
* Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam
tersebut.
* Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah
r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir
Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya
dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
* Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah
dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
* Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu."
* Melakukan iktiraf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan
daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktiraf pada sepuluh
hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
* Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
* Memperbanyakkan sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan
bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan
terang benderang.

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar

1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.

Adab Mengakhiri Ramadhan & Menyambut Eidul Fitri

1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan
'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan syaitan.
2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala ni'matNya dengan bertahmid dan berzikir.
3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat
fitrah).
5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Firi dan mendengar khutbah
dengan penuh penghayatan.
6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
8. Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahmi.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dalam Ramadhan yang bakal berakhir.

9.03.2010

Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Rakyat lebih percaya media baru, fikirlah Najib...

KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul supaya semua media mencontohi media perdana yang dikatakannya melaporkan dengan fakta, berbeza dengan media baru.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sangsi dengan kenyataan Najib mengenai kenyataannya dengan mendakwa media perdana pada hari berada di dalam landasan yang betul, manakala yang salah ialah media baru seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya.

“PAS yakin inilah keresahan yang melanda di kalangan pemimpin kerajaan pada hari ini yang cuba hendak meletakkan media baru di kandang orang salah supaya rakyat sangsi terhadap pemberitaan media baru.

“Datuk Najib harus fikir kenapa rakyat lebih percaya media baru daripada media perdana. Sebabnya rakyat pada hari ini sudah tahu membezakan antara kaca dan permata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, sebaik sahaja satu laporan yang dibuat oleh media perdana, maka selang beberapa minit sahaja laporan itu diperbetulkan kembali dengan fakta dan gambar.

Contoh yang terbaru, ujarnya sikap yang ditunjukkan oleh media ayam daging Umno ketika melaporkan apa yang berlaku di Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

“Media ini melaporkan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang sedang memberi ‘tazkirah’ dan memberi bantuan kepada ahli PAS,” katanya.
Apa yang berlaku, jelasnya ialah Teo sedang memberi taklimat mengenai skim pendidikan Kerajaan Selangor dan beliau memberi bantuan kepada surau sebanyak RM1,000.

Ini, tambahnya hanya satu contoh fitnah yang jahat untuk memburukkan PAS dan Teo daripada DAP.

“Apakah ini yang Datuk Najib suruh media baru tiru cara laporan media perdana yang penuh dengan fitnah?” soalnya.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan oleh media perdana, mereka tidak memperdulikan soal saman malu dan balasan Allah SWT, yang penting ialah dapat memuaskan golongan yang menzalimi dan menipu rakyat.
Tambahnya, tujuan laporan yang berupa fitnah mereka buat supaya persepsi rakyat terhadap PAS jahat.

Ini, kerana katanya mereka tahu proses undang-undang memakan masa yang lama, setelah fikiran rakyat telah dirosakkan begitu lama.

“PAS bukan meminta media ini memuji PAS dan Pakatan Rakyat dalam pemberitaan mereka. Kalau pun tidak mahu melaporkan apa yang PAS buat, jangan pula sanggup melaporkan berita fitnah terhadap PAS,” ujarnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails