7.15.2010

JAMINAN KERAJAAN BN : BARANGAN LAIN TAK AKAN NAIK!!!

Inilah hadiah untuk 1Malaysia.....

Kenaikan harga minyak, gula dan gas akan diikuti oleh kenaikan 1001 jenis barangan pengguna yang pasti membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Namun seperti keadaan biasanya pihak kerajaan akan menabur janji bahawa tidak akan ada kenaikan barangan yang lain. Maka berbondong-bondong pihak penguatkuasa termasuklah Pak Menteri beserta pegawai-pegawai atasan menjelajah seluruh nagara untuk memastikan bahawa tiada kenaikan harga barangan keperluan.

Yang menampakkan bahawa kerajaan ni mesra rakyat, semua tindakan para gerombolan penguatkuasa ini akan dipaparkan diseluruh media elektronik dan media cetak. Maka bersilih gantilah antara meraka mengalunkan irama yang cukup manis "Harga Barangan Terkawal!!!!"

Namun, seperti lazimnya, kerajaan selalu gagal mengawal kenaikan harga barangan. Malah dalam situasi tertentu kerajaan lebih bersimpati dengan pengusaha daripada rakyat jelata.

Kepada semua rakyat 1MALAYSIA... Marilah kita beramai-ramai mengundi BN pada PRU-13 yang akan datang demi 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!!'

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails