Mayat bayi ditemui dalam semak...
Ini sudah pastinya antara ribuan kes buang bayi hasil daripada perhubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan Sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.
Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.
Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.
Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas berlaku perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.
Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.
JOHOR BAHRU - Satu mayat bayi lelaki berusia empat hari ditemui di semak berhampiran sebuah rumah di Jalan Camar 15, Taman Perling di sini semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui di dalam beg plastik oleh anggota polis hasil maklumat orang awam pada pukul 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, bayi lelaki itu dipercayai dibuang selepas dilahirkan.
"Ekoran penemuan mayat bayi ini, polis telah menahan dua wanita warga Indonesia berusia 22 dan 27 tahun di sebuah rumah iaitu 50 meter dari tempat kejadian.
"Dipercayai salah seorang daripada wanita ini adalah ibu bayi berkenaan," katanya.- Kosmo
No comments:
Post a Comment