7.22.2010

HyppTV Lawan Astro

HyppTV, televisyen Internet....

HyppTV merupakan satu perkhidmatan terbaru yang telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhususkan kepada para pelanggan talian Internet jalur lebar UniFi TM untuk menonton pelbagai saluran TV yang disediakan.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Jeremy Kung berkata, kewujudan HyppTV adalah seiring dengan perkembangan teknologi hari ini yang mana orang ramai boleh menonton saluran TV menggunakan talian Internet jalur lebar yang disambungkan pada peti TV.

"HyppTV ditawarkan kepada semua pelanggan kediaman perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) UniFi TM dan perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian daripada tiga perkhidmatan yang ditawarkan termasuk talian telefon dan internet berkelajuan tinggi.

"Ketika ini, HyppTV menyediakan sebanyak 22 saluran dan ia dapat ditonton secara percuma kepada lebih 5,000 pelanggan UniFi TM pada masa ini meliputi saluran TV dalam dan luar negara," ujarnya pada majlis pelancaran di Menara TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkhidmatan VoD yang disediakan melalui HyppTV juga adalah merupakan salah satu tarikan untuk menarik lebih ramai pengguna dan ia adalah satu pengalaman baru yang mana orang ramai berhak untuk memilih sendiri rancangan yang disukai tanpa mengira waktu atau masa terluang.

Melalui VoD juga pelanggan sudah tidak perlu terikat lagi dengan jadual rancangan yang tetap dan harus dipatuhi. Malah, program-program yang terkandung dalam VoD juga akan diperbaharui setiap bulan.

Kandungan program yang disediakan dalam VoD bukan sahaja mengandungi filem atau drama bersiri terbaru dari Hollywood dan negara-negara Asia yang lain, malah turut disediakan juga kandungan program-program tempatan.

Kemunculan teknologi terbaru seperti HyppTV adalah satu bentuk transformasi memandangkan kini adalah zaman peredaran maklumat yang begitu pantas dan ia bukan diperolehi melalui berita, malah melalui dokumentari atau filem yang dipaparkan di kaca TV

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails