4.16.2013

PRU 13 : Akhirnya Si 'KATAK' Bertanding Tiket BN


SHAH ALAM: Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin dinamakan oleh Barisan Nasional sebagai calon parti itu untuk merebut semula kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum ini.

Beliau dijangka akan bertanding melawan Khalid Abdul Samad daripada Pas yang menyandang kerusi berkenaan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Zulkilfli menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru atas tiket Parti Keadilan Rakyat tetapi kemudian mengisytiharkan diri keluar parti jadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

2 comments:

  1. moga berkubur tanpa nesan politik si katak

    ReplyDelete
  2. kalau aku hindu aku akan pergi berkempen utk semua hindu supaya menolak seorang rakyat malaysia yg hanya mahu melihat perpecahan dalam masyarakat. semua kaum ada sumbangan dan bakti mereka. mahukah kita melantik seorang muslim yg kurang ajar macam ini. islam tak pernah mengajar penganutnya menghina agama lain. sikapnya memalukan islam dan seluruh penganutnya. zoo nordin wajib ditolak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails