4.05.2013

Penuntut Universiti Dicabul 3 Lelaki

Pelajar tunggu bas dicabul tiga lelaki...

Anak gajah pun tahu mencabul... Ini kan pulak samseng jalanan....

Kajang: Malang bagi seorang penuntut sebuah universiti apabila menjadi mangsa cabul tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas untuk bertemu rakannya, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun berada di sebuah pondok menunggu bas di depan universitinya dan dalam perjalanan ke pekan Kajang.

Sumber berkata, ketika itu, sebuah kereta yang tidak dikenali berhenti di depannya dan tiga lelaki yang berada dalam keadaan mabuk menegur serta mempelawa mangsa menaiki kenderaan mereka.

“Mangsa tidak mengendahkan pelawaan berkenaan sebelum dua daripada lelaki itu turun dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

“Mereka mencabul mangsa menyebabkan mangsa menjerit serta cuba melepaskan diri,” katanya.

Katanya, beberapa minit kemudian, sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan menghampiri kenderaan lelaki terbabit.

“Tindakan pemilik kereta itu cuba menyelamatkan mangsa dan menyebabkan lelaki terbabit terperanjat serta panik. Mereka menolak mangsa ke luar dari kereta sebelum memecut kenderaan berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - HMetro

1 comment:

  1. webwinkel beginnen stappenplan webwinkel beginnen welke software

    Feel free to visit my site ... nuwebwinkelbeginnen.nl

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails