4.01.2013

Pakatan Tawar Motosikal Lebih Murah

Motorsikal berkuasa tinggi
Pakatan Rakyat memperluaskan rancangannya untuk mengurangkan harga kenderaan apabila mengambil alih pentadbiran negara – dengan meliputi harga motosikal.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan itu dibuat memandangkan terdapat golongan yang hanya mampu untuk bergantung kepada motosikal untuk pengangkutan.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa ia disebabkan oleh sistem cukai oleh kerajaan BN yang mengenakan lebih banyak cukai kepada golongan bawahan berbanding kelas atas.

Rafizi menjelaskan, duti eksais antara 20 hingga 30 peratus yang dikenakakan ke atas motosikal – mengikut saiz enjin – memberi tekanakan kepada golongan berpendapatan rendah.

Ia turut meningkatkan harga motosikal tersebut dan memaksa pembeli mengambil pinjaman daripada penjual dengan kadar faedah yang tinggi, memandangkang bank tidak menyediakan khidmat pembiayaan untuk pembelian seperti itu.

Selari dengan rancangan untuk menurunkan harga kereta itu, Rafizi berkata Pakatan bercadang untuk mengurangkan kadar eksais motosikal sebanyak 20 peratus mengikut fasa, dan cukai itu akan dimansuhkan selepas lima tahun.

Pengurangan pendapatan kerajaan itu akan ditampung dengan lelongan terus ke atas permit import kenderaan, katanya. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails