5.31.2010

Logo Halal 'Cap Ayam'

Mana peginya penguatkuasaan....

Gambar kat bawah nie Wak ambik kat Mydin MITC Melaka. Memang le benda nie setakat kentang segera.. bukannya ayam macam kat Tesco yang kena saman RM1.6 juta tuuu..(klik di sini)


Tapi isunya macamana cop halal nie boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh syarikat pengeluar makanan kat negara kita yang mengaku menjadi hab halal antarabangsa. Dan satu lagi isu.. bagaimana pihak pengurusan Mydin yang diterajui oleh orang Islam boleh terlepas pandang dengan perkara seperti ini.

Jangan pandang sebelah mata... Bukan apa, takut nanti keluar kat paper syarikat Mydin kena saman berjuta ringgit kerana menjual barangan yang diragui tentang kehalalannya.... Tolong hormati hak dan perasaan pengguna terutama yang beragama Islam!!!

Wak berharap semua pihak terutama supermarket2 yang besar dan ternama perlu peka dengan logo halal yang digunakan pada barangan yang dipasarkan. Sama-samalah kita memperjuangkan hak kita sebagai pengguna. Jadikan kes di TESCO sebagai pengajaran kepada kita semua agar isu Halal ini tidak dipandang remeh...

p/s : Wak telah menghantar email kepada pihak pengurusan HQ Mydin supaya mengambil tindakan dalam isu logo halal yang digunakan oleh pengeluar makanan segera tersebut. Jadilah pengguna yang perihatin!!!

Semua Dah Bantah... UMNO Bila Lagi???

PAS sambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit lawan syaitan Israel...

PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam. Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal.

Berita dari Istambul melaporkan, lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel hari ini. Menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman, lapan rakyat Malaysia itu terdiri daripada enam sukarelawan dan dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Dr Abd Rani yang kini berada di Instanbul juga mengesahkan bahawa 16 terkorban dan enam dari kapal yang diserang itu kini dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan. Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu. "Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza. Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera. Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan. Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin hari ini.

Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya berkata, pihaknya juga meminta masyarakat antarabangsa turut mengecam tindakan terhadap Israel. Selain itu kata beliau, PKR juga menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO.

“Keadilan memanggil seluruh dunia untuk mengutuk dan mengambil tindakan terhadap Israel dan menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan dan kemanusiaan, katanya. (AK)

5.24.2010

Bertukarlah Kepada Kad Kredit Islamic

Kad kredit konvensional HARAM....

Pagi tadi Wak ada sembang dengan sorang member kat ofis bercerita pasal kad kredit. Dia guna kad kredit sebuah bank tapi bukan Islamic. So Wak pun bagi tau yang mana kad kredit konvensional tu ada unsur riba.

Member nie kata, dia jarang guna kad kredit nie. Cuma bila terdesak jee.. Biasanya bayar sebelum bank kenakan interest. So tak ade le riba.

Tapi Wak bagi tau dia lagi... Walau tak guna sekalipun, kita dianggap menyimpan senjata untuk berperang dengan Allah. Member nie pun rasa tercungap jugak.

Wak yakin masih begitu ramai umat Islam yang menggunakan kad kredit konvesional tanpa rasa gusar dan ada cita-cita untuk beralih kepada kad yang Islamik. Walhal, bukan satu atau dua buah bank yang menawarkan alternatif, bahkan sudah banyak bank yang memiliki produk kad yang Islamik yang boleh dipilih.

Hanya terpulang kepada kita selaku pengguna untuk membuat pilihan, sama ada masih setia dengan janji kita kepada Allah dalam bentuk ‘kami dengar dan kami patuh’ (an-Nur: 51) ataupun masih tegar untuk setia dengan produk berasaskan riba yang kononnya dijamin dengan pelbagai kelebihan.


Surah 2; Al-Baqarah, Juz 3, Ayat 275-281, halaman 47


275: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

276: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

279: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

281: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Ulasan tentang kad kredit oleh Ustaz Zaharuddin klik di sini

5.21.2010

1MALAYSIA BANTAH JUDI BOLA

1MALAYSIA bantah kecuali UMNO....



Mana Pemimpin UMNO Yang Lantang Isu Kalimah Allah????

PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.

Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.

Katanya, ia bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal tersebut.

Dulu katanya, pemuda Umno bukan main bingkas bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi apabila isu itu meletup selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.

"Mana dia pemuda Umno, tokoh agama Umno dalam hal ini kenapa mereka membisu sampai kini. Sepatutnya sebagai seorang Islam mereka kena bangkit menentang BN yang jelas bersekongkol dengan tabiat buruk," tambahnya.

Kerajaan, tegasnya telah mengikut jejak syaitan dan bertindak biadap kerana judi mengundang kerosakan.

Tegasnya, judi sama ada berlesen atau tidak tetap haram di sisi Islam yang meningkatkan jenayah setelah berlaku pergaduhan antara kaki judi yang berhutang sama ada dengan ah long atau sebagainya.

"Jenayah pasti meningkat bila perjudian dibenarkan. Adakah tidak memadai dengan kebenaran lesen-lesen perjudian yang lain seperti penjualan Sport Toto, Dama Chai dan seumpamanya di seluruh negara," jelasnya.

Antara yang berucap di majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Haji Ghazali, Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Cabang Keadilan Bagan, Farid Arshad dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidiq Noor.

5.16.2010

AKHIRNYA DAP MENANG MAJORITI 398

Keputusan rasmi telah diumumkan oleh pihak SPR...

BN - 18447 undi
Bebas - 232 undi
DAP - 18845 undi

Majoriti 398 undi

p/s : Bukan saje proses pengiraan lambat... Nak baca buat pengumuman keputusan pun lambat. Tersekat-sekat... Pegawai SPR pun macam tak percaya laaa.... Orang Jawa kata 'kaget'!!!

Semua Dah kira kecuali Undi POS???

Pelik tapi benar....



Undi POS belum di kira iaitu sebanyak 2537.... Adakah keputusan akan berubah??? TUNGGUUUUUU.....

Sumber Berita AWANI!

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT

Tak sabar nak baca tajuk berita surat kabar esok hari...

Walaupun keputusan tak umum lagi secara rasmi, tapi Wak tak sabar nak ucapkan TAHNIAH pada DAP dan Pakatan Rakyat.

Dari Malaysiakini....
Mendahului 2,590 undi, pemimpin DAP isytihar menang
LAPORAN LANGSUNG

Proses pengundian akan berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini. Keputusannya dijangka diketahui pada jam 9 malam ini.


8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

SELAMAT HARI GURU

16 Mei datang lagi....



5.13.2010

AWAS!!! H1N1 TERUS MEMBURU MANGSA

52 kes baru H1N1 dilaporkan semalam...

PUTRAJAYA 13 Mei — Sejumlah 52 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 14,524 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican berkata, sebanyak 674 kes gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) masih dirawat dan daripada jumlah itu 74 disahkan sebagai H1N1.

Sehingga kini 13 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya dikategorikan sebagai kes berisiko, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ismail mengingatkan mereka yang mempunyai gejala IlI supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mengulas mengenai pemberian pelalian H1N1, katanya, ia berdasarkan kepada prinsip “siapa dulu dia dapat” kerana bilangan vaksin yang terhad.

"Sehingga semalam, masih terdapat kira-kira 130,000 baki dos vaksin H1N1 di seluruh negara untuk diberikan,” katanya. - Bernama

Langkah-langkah pencegahan :

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
* Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
* Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
* Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
* Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejalainfluenza, segera dapatkan rawatan awal
7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

LESEN JUDI : AKHIRNYA MUFTI PERAK BERSUARA

Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib...

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.- TVSelangor

5.09.2010

Iklan Berharga RM10 Juta!!!

First Lady of Malaysia.....


Iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Persoalannya : Benarkah Rosmah First lady of malaysia??? Semua rakyat menggaru kepala dengan perangai isteri kepada PM 1Malaysia.....

Masih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Nilai RM10 juta itu seperti tidak berharga bila mana hanya diperuntukkan untuk sebuah iklan mempromosikan seorang wanita 'nombor satu Malaysia'.

Cerita berkaitan klik di sini

5.08.2010

Pelantikan Ezam bakal hancurkan Umno

Kesian nasib UMNO....

JERAI, 7 Mei: Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai ahli Dewan Negara bukan sahaja menjadi keraguan dan kesangsian kepada kepimpinan Umno khususnya tetapi juga dianggap sebagai satu laluan ke arah kehancuran bagi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelantikan Ezam itu telah berjaya mempamerkan sikap tidak setia kawan dan menghormati suara rakyat.

"Jika Ketua Pemuda Umno yang menang telah dikesampingkan, manakala yang kalah pula dilantik menganggotai kabinet dan kini Ezam yang dulunya melabelkan Umno dan BN itu sebagai perasuah besar serta penuh dengan penindasan dan kezaliman tiba-tiba dilantik sebagai Senator membuktikan parti itu semakin hampir dengan kehancuran.

"Umno dan BN sudah tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa sehingga Datuk Seri Najib terpaksa membawa seorang yang tidak mempunyai jasa besar kepada partinya serta yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kental dilantik sebagai Senator semata-mata untuk menentang kewibawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Tambahnya lagi, Umno dan BN hanya mengharapkan ahli Parlimen yang lompat parti dan mereka yang tidak mempunyai prinsip untuk berkokok bagi pihak mereka.

"Namun begitu rakyat jangan gusar dan bimbang kerana Ezam yang kita kenali sekarang ini bukannya yang kita kenali dahulu semasa berkokok tentang kejahatan, penyelewengan, korupsi dan ketidakadilan yang diamalkan oleh Umno dan BN.

"Ia juga tidak ubah sebagai seorang upahan untuk melaksanakan misi Najib bagi mematahkan kekuatan dan kekentalan yang ada pada Anwar sebagai seorang tokoh yang ternyata mempunyai karisma dalam perjuangan dan kepimpinan selama ini," ujarnya lagi.

Di PERMATANG PAUH, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, tindakan Najib melantik Ezam itu sebagai satu usaha bagi mempertahankan survival politik beliau bagi menentang kemaraan Anwar yang semakin terserlah.

Katanya, pelantikan itu bukan saja jelas membuktikan bahawa Najib telah memperlekehkan serta menyisihkan pemimpin Umno yang senior, sebaliknya ia juga telah memperlihatkan dengan jelas sikap Presiden Umno yang mahukan ahlinya patuh dan akur dengan apa saja tindakan beliau.

Ini juga, ujarnya membuktikan Najib memberikan tempat kepada pemimpin yang kecewa untuk mempertahankannya dari serangan yang sudah tidak mampu ditangkisnya lagi.

Tambahnya, tindakan itu merupakan salah satu strategi halus bagi mengenepikan sebahagian besar daripada kepimpinan Umno yang pro timbalannya bagi memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno dalam jangka masa yang akan datang.

"Namun begitu saya yakin mereka yang berada dalam Umno sendiri sudah dapat membezakan bentuk dan stail kepimpinan presiden mereka apabila dengan mudah menolak tokoh-tokoh Pemuda yang ada sehingga Ezam diberi tempat walaupun perjuangan beliau tidak sehebat mana.

“Kemungkinan juga ia hebat kepada Najib kerana isu rasuah dan korupsi yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh Ezam sudah kelu dan kaku," katanya lagi.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain berkata, pelantikan itu menunjukkan betapa rapuh dan lemahnya kepimpinan Umno sehinggakan tiada seorang pun calon yang layak dilantik sebagai Senator walaupun telah memenangi kerusi dalam parti sendiri.

"Sekiranya tiada bantahan dalam kepimpinan Umno sendiri sudah jelas membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti ‘pak turut' yang sentiasa mengikut apa saja keputusan pemimpin walaupun ia membelakangi kebenaran dan keadilan yang sepatutnya dilaksanakan," katanya.-Harakahdaily

KESIAN NASIB SI KHAIRY.....

(Lirik lagu P.Ramlee)
Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

5.06.2010

BURU & HUKUM PEROGOL PELAJAR INI

Pelajar tingkatan 4 teberanak dalam tandas....

Gejala lahirkan bayi luar nikah dikalangan pelajar semakin meruncing. Yang pastinya dalam kes terbaru yang melibatkan pelajar di bawah umur (16 tahun) merupakan kes rogol samada ia berlaku secara sukarela atau sebaliknya.

Apa yang pentingnya dalam kes ini, pihak yang berkenaan hendaklah memastikan perogol pelajar di bawah umur ini diambil tindakan yang sewajarnya. Ini amat penting supaya lelaki yang durjana ini tidak terlepas dari tindakan seadilnya. Supaya ia akan menjadi iktibar dan pengajaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa pun permasalahan seperti ini perlu diambil serius terutama oleh para ibu bapa dalam peranan mendidik dan mengawasi pergaulan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.


KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Empat melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan Jerangau, Felda Jerangau, Dungun dekat sini, hari ini.

Difahamkan pelajar itu ke klinik berkenaan pada pukul 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.

Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.

Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi.

Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.

Pemangku Ketua Polis Dungun, Asisten Supritendan Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Pelajar terbabit masih berada dalam keadaan lemah dan buat masa ini, kami belum mendapat kenyataan jelas daripadanya dan bayinya juga kini sedang diberi rawatan," katanya tanpa menyatakan jantina bayi yang dilahirkan pelajar itu. - BERNAMA

5.01.2010

JUSTICE FOR AMINUL RASYID

Kebenaran pasti datang....

Bersamalah kita berkempen untuk keadilan adik Aminul Rasyid. Marilah kita bersama-sama agar dapat menyertai kumpulan "Justice For Adik Aminul Rasyid".

Untuk menyertai kumpulan tersebut, bolehlah klik di sini.


Siapa yang bersalah bukan urusan kita. Itu urusan undang-undang. Bersamalah kita berkempen untuk menegakkan keadilan....


Keterangan Saksi Kedua Sokong Saksi Pertama - Khalid Samad

Keterangan saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, mengesahkan jalan cerita saksi pertama berhubung kematian tragis Aminulrasid Amzah yang maut ditembak polis, 27 April lalu.

TV Selangor difahamkan, Zafrullah, yang mendiami salah sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, antara yang terawal tiba di lokasi kejadian dimana allahyarham ditembak mati sejurus selepas kereta mangsa terbabas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mengatakan anggota terbabit melihat mangsa berusia 14 tahun ini sebagai satu ancaman serius lalu bertindak mempertahankan dirinya dari dilanggar mangsa.

Menurut keterangan polis, kereta mangsa terbabas selepas terbabit dalam aksi kejar-mengejar, dan Allahyarham cuba mengundurkan kereta dan melanggar kereta peronda yang menyekat laluan mangsa.

Keterangan saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, bagaimanapun menyanggah kesahihan keterangan polis ini.

“Dia telah turun untuk melihat selepas kes tembak-menembak di mana Aminulrasyid telah mati, kereta itu telah terbabas dan melanggar tembok. Tetapi apabila dia menceritakan kepada saya apa yang dia lihat dan apa yang dia saksikan, saya telah meminta dia membuat laporan polis.

“Kerana point yang terpenting dalam penyaksian dia ialah dia mengesahkan jalan cerita saksi yang pertama iaitu kereta itu terbabas dan melanggar tembok dan tidak ada-ada mana ketika aruah telah cuba untuk mengundurkankan kereta dan hendak langgarkan kereta peronda,” katanya.

Zafrullah Ahmad Zainal Abidin merupakan saksi kedua yang tampil bagi memberi keterangan kepada pihak polis pada 29 April 2010. Keterangannya diambil bermula jam 10.27 malam semalam sehingga jam 2 pagi.

Saksi kedua ini meluru ke tingkap yang terletak di tingkat dua rumahnya lalu menyaksikan enam buah kereta peronda mengepung kereta mangsa, yang telah terbabas ke dinding rumah jiran. Zafrullah turut menyaksikan saksi pertama cuba menyelamatkan diri dari gerombolan anggota polis ketika itu.

Curiga dengan apa yang disaksikannya, Zafrullah bergegas menghampiri lokasi kejadian dan ternampak Allahyarham Aminulrasid tersembam di tempat duduk pemandu.

“Tidak ada mana-mana ketika bila polis itu mengeluarkan parang daripada kereta kerana beliau berada di situ, maka pertuduhan yang menceritakan bahawa ada senjata dalam kereta tidak ada hujah yang menyokong kerana saksi yang pertama rakan Aminulrasyid dan saksi yang kedua yang berada di situ telah menyatakan pihak polis menyuluh dalam kereta tidak ada mengeluarkan parang atau apa-apa senjata daripada kereta berkenaan,” katanya.
-tvselangor-

Orang Melayu Yang Sanggup Nak Bunuh Bangsanya Sendiri

Tok Guru diugut bunuh oleh Pemuda UMNO....

Rasa sedih dan terkilan bila membaca berita dari rakan-rakan blogger yang menyiarkan berita ada orang berbangsa Melayu yang sudah pastinya Islam sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membunuh saudara Islamnya sendiri.

Rasanya manusia ini spesis yang lebih ganas dari bangsa Israel sebab mereka tidak sanggup untuk membunuh bangsanya sendiri. Namun pemuda Melayu ini begitu taksub dalam perjuangan politiknya sehingga sanggup untuk membunuh...

Kata-kata yang rasanya terlalu angkuh, kesat dan biadap dari seorang yang rasanya baru mengenal erti kehidupan berbanding TGNA.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi"

"Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu"....begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa pemuda ini dan diberikan hidayah... Amin!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails