KUALA TERENGGANU 26 Jun - Tugas guru kian mencabar.....
Cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru terutama guru disiplin pada masa ini kian mencabar. Segala tindakan guru adalah berniat untuk mendisiplinkan pelajar agar tidak melanggar peraturan sekolah dan yang pastinya dalam hati seorang guru ingin melihat anak muridnya berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malahan menjadi pelajar yang berakhlak.
Oleh kerana rasa tidak puas hati dengan tindakan guru disiplin merotan seorang rakan mereka atas kesalahan ingkar arahan guru, sekumpulan pelajar yang masing-masing berumur 15 tahun menyerang rumah guru tersebut.
Mereka datang dengan penuh rasa dendam dan marah. Setibanya di rumah guru itu, kumpulan tersebut mula membuat bising. Mereka semakin ganas dengan menjerit dan mencabar guru terbabit supaya keluar dari rumah.
Guru tersebut hanya mengintai dari tingkap rumahnya, melihat tiga daripada mereka terbabit memanjat pagar rumahnya. Bagaikan dirasuk hantu, kumpulan itu mula menggegarkan pintu jeriji rumah guru berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, dua buah kereta milik guru tersebut, Proton Waja dan Proton Satria turut dirosakkan.
Tindakan ganas ini bukanlah aksi filem atau perlakuan ah long, sebaliknya kumpulan pelajar sekolah yang tidak berpuas hati selepas salah seorang rakan mereka dirotan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang, guru berusia 38 tahun itu berada di rumahnya di Kampung Paya Resak, Bukit Payong bersama isteri dan seorang anaknya.
Masihkah ada jaminan keselamatan kepada guru disiplin pada masa ini bagi menghadapi gelagat pelajar ala samseng jalanan ....
No comments:
Post a Comment