6.26.2009

Hukum Hudud : PAS Lebih Ke Depan Berbanding UMNO

Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri

Nampaknya parti komponen BN masih tidak jelas dengan Hukum Hudud. Di sini cuba kita sama-sama fikirkan mengapakah parti-parti komponen seperti Gerakan ini masih lagi keliru dengan perlaksanaan Hukum hudud.

Wak rasa pemimpin kita sendiri kabur dan sengaja mengkaburkan tentang hukum hudud, bukan sahaja dikalangan orang yang bukan Islam malahan juga dikalangan orang-orang Melayu yang majoritinya Islam.

Berbanding dengan PAS yang kini lebih ke hadapan dalam isu hukum hudud sehingga orang yang bukan Islam boleh menerima parti itu malahan mereka menjadi ahli sekutu PAS. Inilah perbezaan yang jelas lagi nyata dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS berbanding UMNO.

Malahan jika kita lihat pemimpin-pemimpin bukan Islam (kecuali Karpal Sigh) dari Pakatan Rakyat telah faham dan tidak lagi menentang cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud jika PR dapat memerintah.

Walaubagaimanapun diucapkan tahniah kepada Datuk Jamil Khir Baharom yang berani menyuarakan isu hukum hudud di Dewan Rakyat. Macamana pulak dengan respon dari pemimpin-pemimpin UMNO dalam isu yang diketengahkan ini.

Apa yang perlu pemimpin-pemimpin UMNO lakukan dari sekarang ialah mengambil contoh PAS dalam membuat pendekatan bagi memberi penjelasan tentang hukum hudud kepada semua lapisan rakyat supaya mereka tidak lagi keliru seperti apa yang berlaku kepada parti Gerakan.

Gerakan memandang berat kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Menurutnya, satu aspek hukum hudud ialah hukuman memotong tangan penjenayah yang mencuri atau meragut beg.

Lim berkata, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Katanya, ia termasukkan jenayah ragut di mana mangsa diseret dari motosikal mereka, mengakibatkan tercedera dan ada yang terbunuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana kerajaan memandang berat terhadap usaha untuk membanteras jenayah kecil dan besar di negara ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails