6.21.2009

Luqman Bapa Mithali

SELAMAT HARI BAPA...



Wak mengambil kesempatan pada entri kali ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada seluruh insan yang bergelar bapa.

Wak titipkan sedikit catatan untuk menjadi panduan pada kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam mendidik anak-anak.

Dalam surah Luqman, secara panjang lebar Allah SWT menceritakan kisah seorang bapa yang bernama Luqman bersama anaknya. Pastinya bukan ‘saja-saja’ tanpa sebab Allah SWT nukilkan kisah-kisah para bapa ini di dalam al-Quran. Pastinya untuk manusia mengambil pengajaran dan contoh teladan.

Khususnya dalam mendidik anak, para bapa tidak perlu ragu dengan kebijaksanaan Luqman. Ini kerana Allah SWT tegaskan telah mengurniakan pimpinan-Nya kepada Luqman sehingga kerana itu beliau dikenali dengan gelaran al-Hakim.

Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak. Dalam ayat ketiga belas hingga sembilan belas daripada surah Luqman akan ditemui kaedah bagaimana cara penyampaian didikan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anak. Demikian juga apakah pengisian ilmu dan pokok-pokok ajaran yang hendak diterapkan dalam diri anak-anak mengikut tertib dan keutamaannya sekali.

Diantara nasihat Luqman kepada anaknya ialah :

1.Hendaklah engkau selalau berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2.Janaganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3.Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan dating tiba-tiba.

4.Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah takwa sebagai kapalnya.

5.Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6.Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah-lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara-maramu melainkan engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7.Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails