6.24.2009

Kegiatan Penipuan Pakej Umrah @ Haji

Hati-hati dengan tawaran pakej umrah murah - Matta

Kepada sesiapa yang berniat untuk mengerjakan ibadah umrah, perlu berhati-hati dengan tawaran hebat yang diberikan oleh sesetengah pihak terutama syarikat-syarikat yang tidak pasti tentang kewujudannya.

Bukan saja pakej umrah, malahan pakej haji juga ada yang menipu dengan mengambil wang namun pakej yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud. Ini terjadi sendiri kepada seorang kakak yang sama-sama mengajar di tempat Wak. Beliau suami isteri pada musim haji tahun lepas telah kerugian sehingga mencecah RM32K.

Yang sedihnya semua urusan termasuk kelulusan cuti, majlis kenduri doa selamat dan lain-lain persiapan telah disediakan. Tak silap kurang dua tiga hari baru dapat tahu bahawa pakej yang ditawarkan itu tidak mendapat kelulusan visa. Kakak ni berurusan dengan agen sebuah agensi yang menguruskan pakej haji secara persendirian.

Kawan-kawan sekadar simpati dan mungkin ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua agar lebih berhati-hati untuk berurusan dengan agensi haji @ umrah. Walaupun kes ini telah dibawa kepada pengetahuan pihak polis, namun sehingga kini belum dapat diselesaiakan lagi dan yang pastinya wang ringgit yang telah sekian lama dikumpulkan hangus begitu saja.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Satu kegiatan penipuan pakej umrah dikesan sedang berlaku di negara ini dengan memperdayakan bakal peserta umrah terutama dari kawasan luar bandar dengan tawaran pakej umrah semurah RM3,500 serta bayarannya boleh dibuat secara ansuran.

Sambil menyifatkan pakej yang ditawarkan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, kos serendah itu tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah tersebut.

Mohd. Khalid menjelaskan, bahawa kos semasa pengendalian pakej umrah sepatutnya berharga antara RM5,000 dan RM6,000, merangkumi tiket kapal terbang, pengangkutan dan penginapan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang terpedaya terdiri daripada masyarakat luar bandar yang kurang pendedahan dan kurang arif berkenaan dengan terma dan syarat pengendalian pakej umrah.

“Kebanyakan mereka ini teruja dengan harga yang rendah serta terpedaya dengan personaliti baik dan alim yang ditonjolkan oleh wakil agensi pelancongan berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails