1.06.2011

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Jabatan Pembangunan Kemahiran
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan  bagi keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.

Tujuan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)  adalah untuk mengiktiraf keterampilan yang sediada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Penyata Pencapaian (PC).

Prinsip Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
  • Kaedah menilai keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan menduduki ujian khas.
  • Bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi diperlukan untuk dinilai sebelum pengiktirafan diberi.
Kelebihan PPT kepada individu  

  • Dapat pengiktirafan
  • SKM/DKM/DLKM/PC diperolehi dalam masa yang singkat
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
  • Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  • Jimatkan tenaga dan masa (tidak perlu melalui latihan & ujian)

Kelebihan PPT kepada majikan

  • Pekerja bermotivasi tinggi dapat tingkatkan produktiviti kerjaya
  • Pekerja berketerampilan dapat meningkatkan kualiti

Note : Maklumat tentang Panduan Bagi Perlaksanaan PP-PPT Untuk Persijilan SKM-PPT sila klik di sini

Untuk keterangan lanjut & mendaftar sebagai calon PPT boleh berhubung dengan saya :

Telefon : 012-6103619
Email : mdemran69@gmail.com

p/s : Hanya untuk bidang Juruteknik Elektrik (C-051) dan Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3)


Informasi Pelaburan Emas Klik di sini

1.05.2011

Semak Keputusan MUET

Keputusan MUET dikeluarkan Khamis...

Semak keputusan MUET klik di sini

P/s: Calon boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian bermula pada hari Khamis mulai 9 pagi.

KUALA LUMPUR – Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari esok.

Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip: “MUET No. Kad Pengenalan” dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam ini.


Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara, katanya. – Bernama

Informasi Pelaburan Emas Klik di sini

1.04.2011

Awas !! Tengah Malam Nie Ada Barang Naik

RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini...


Sama-samalah kita tunggu ape komen sedara kita nie....Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar).

Ungkapan yang biasa pernah kita dengar....
 
"Bla-bla bla bla bla .... Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab."

“Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita),” 


"Kenaikan ini  masih rendah berbanding di Indonesia...."

"Rakyat kena faham... Ini bukan kenaikan, tapi pengurangan subsidi!!! RON95, harga masih kekal"

"....... Ia tidak akan membebankan rakyat.."


KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama

Iklan Penaja : Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas Klik di Sini

TAK PERASAN STEM DAH NAIK HARGA

Pagi semalam selepas breakfast, Wak gii pejabat pos sebab nak pos surat ‘endosmen’ untuk client Medic Care. Memang jarang Wak mengepos surat nie sebab biasanya Wak fax atau scan dan email.

Oleh kerana borang endorsmen nie kena client tanda tangan hidup, so terpaksalah Wak gunakan perkhidmatan pos.

Wak tunjuk sampul surat berwarna putih kat budak kaunter... “Pos ke Selangor Dik... berape stemnya??”

Budak kaunter tu jawab, “60 sen bang!..”

Wak pun terkejut beruk “Aik... Bila naik nie... Dulu Cuma 30 sen jeee.. Nie dah 2 kali ganda...”

“Ehh... dah lama la Bang... Abang guna sampul putih 60 sen, kalau guna sampul coklat lain harga bang... 80 sen!”

Wak pun bertanya pasal kemuskilan yang tahap gaban... “macam tuu pulak... Apasal sampul surat lain warna pun dah beza harga stem dia... beza 20 sen tuu”

Budak tuu menjawab “Yang warna putih tu kira sampul standard bang... Yang coklat tak dikira standard”

Compius...Putus fius!!!!

Bukan ape, Wak sebenarnya kali terakhir mengepos surat nie masih guna stem 30 sen. Tapi hari nie dah guna stem 60 sen.. Tu yang terkejut beruk ... Kalau beruk tau stem dah naik harga, Wak rasa dia pun terkejut jugak..

Kot ya nak naikkan harga patut2 laaa... Takat naik 10 sen tu boleh gagah lagi. Tapi ni sekali nak naik 2 kali ganda.

Nie lah kesannya bila petrol naik 5 sen. Tapi ‘orang-orang atas’ kata cuma naik 5 sen... Tak membebankan rakyat yang katanya didahulukan. Memang betullah orang kata 2011 nie tahun naik harga barang.... Penghujung 2010 pun dah terasa bahngnya... 2011 nie tunggu je lah....

1.03.2011

2011 : BERTAMBAH 'MERIAH' BARANG NAIK


TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

Selamat Tahun Baru

Sibuk Persiapan Anak Ke Sekolah

Anak-anak tak sabar nak ke sekolah...

Hari nie anak-anak dah mula ke sekolah. Sesi persekolahan yang baru 2011 dah bermula. Macam-macam persiapan yang di buat termasuklah bab menggunting rambut. Bagi anak Wak yang lelaki si Irham dan si Irfan memang Wak yang guntingkan rambut dia orang.

Semenjak kecil lagi memang Wak yang gunting rambut dia orang... Tak pernah antar ke kedai. Apa pesyen yang Wak buat terpaksalah dia orang terima. Bukan tak mampu nak gunting kat kedai, tapi sentuhan tangan bapak sendiri nie lagi berkat. Cuma Si Irham dah pandai mintak pesyen rambut 'plat top'.

Sekurang-kurangnya bila Wak gunting sendiri nie, dah jimat laa sikit. Kalau antar kedai mamak pun satu kepala RM5. Sekrang nie mana nak dpt harga tu lagi... Budak sekolah jee dah cecah RM8. Kalau dua orang dah RM16. Kalau gunting sendiri modal beli mesin gunting rambut jee dalam RM20 dah dpt yang baik. Boleh laa pakai 2-3 tahun kalau pandai penjagaannya.

Tuu baru cerita kedai gunting... Belum cerita pasal barang-barang keperluan yang lain. Rata-rata memang ada kenaikan termasuklah pakaian sekolah, alatan tulis, buku-buku dan macam-macam lagi. Kalau nak cerita pasal kenaikan harga nie memang tak abis. Semua barang naik. Nie pukulan bila pertol naik (walau 5 sen), gula naik... gas naik... Semua barang naik. Tapi yang pelik bin ajaibnya, gomen tetap dengan kata-kata manis 'kenaikan ini tak akan membebankan rakyat...', 'Kami akan pantau harga barang...' , dan yang paling sadis "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!!" . 

Lain-lain persiapan ke sekolah dia orang nie, Wak dah buat pada minggu lepas termasuklah membeli buku dan membayar yuran persekolahan. Memang tak dinafikan perbelanjaan persekolahan anak-anak nie agak tinggi lebih-lebih lagi bagi mereka yang perpendapatan rendah... Kena pulak ramai anak yang bersekolah.

Apa pun kita kena pandai membuat perancangan kewangan untuk perbelanjaan awal persekolahan anak-anak pada setiap tahun. Yang wajibnya adalah perbelanjaan buku dan yuran persekolahan. Ajar anak-anak berjimat cermat. Mana yang boleh pakai, gunakan lagi pada tahun nie. Kalau semua nak berganti memang laa tinggi kosnya.

Apa pun terpulang kepada kemampuan dan kebijaksanaan ibu bapa dalam mempersiapkan keperluan anak-anak ke sekolah bagi sesi yang baru... Selamat melayan kerenah anak-anak bersekolah...

                                             
                                                  

1.01.2011

2011 Menjelang Tiba

Selamat tinggal 2010....


Detik demi detik yang dilewati, tak terasa perjalanan di tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang telah kita lalui, dan tentunya banyak pengajaran yang bisa kita ambil untuk bekalan di tahun 2011.

Kekurangan dan kelemahan di tahun ini tak seharusnya terus kita sesali, melangkah maju ke depan dengan optimisme adalah solusinya. Segala sesuatu yang baik dan sesuai dengan azam, harus dipertahankan dan diperjuangkankan resolusi baru di tahun 2011 yang bakal menjelma.

Meninggalkan yang lalu kemudian berjalan terus kehadapan dengan semangat dan optimisme baru, azam baru, amunisi baru, dan tentunya strategi baru...

Selamat datang 2011....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails