7.09.2011

Gelombang Kuning Dari Selatan Sedang Menuju Ke Ibu Kota


Difahamkan sekarang ini segerombolan penyokong Bersih dari selatan sedang dalam perjalanan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke Ibu Kota. Mereka mula menaiki KTM pada jam 2 pagi tadi.

Adakah mereka akan lolos sehingga ke destinasi Bersih yang telah ditetapkan masih menjadi tanda tanya. Semoga perjalanan sahabat-sahabat kita yang cintakan keadilan dipermudahkan... Amin!

Adakah hari ini akan tercipta sejarah Tanah Air... 'Tentera Kuning' menawan Ibu Kota. Dengan segala bentuk tekanan serta ugutan dkenakan terhadap pendokong-pendokong Bersih. Tidak cukup dengan ugutan kepada seluruh rakyat melalui propanganda pemerintah melalui seluruh jenis media massa dan elektronik... Mimbar masjid.. Pekeliling-pekeling segera jabatan-jabatan kerajaan... sekatan jalanraya... dan banyak lagi yang kadag tak terfikir oleh kita rakyat biasa yang katanya duduk dalam sebuah negara demokrasi...


Kita tunggu detik sejarah ini.. Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan semoga rakan-rakan semua mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa.... Sesungguhnya aku malu dan merasa begitu kerdil kerana berhati kecil yang tidak mampu melawan 'arus perdana' sang pemerintah....

Teruskan perjuangan.....

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai dalam kalbu

kini, cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas
memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya
kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya

A SAMAD SAID
Sasterawan Negara Yang Tulen

2 comments:

  1. kita mempunyai t/jawab masing2, yg mana tak dpt dtg tlg doakan akan keselamatan kami, semoga yang dirancangkan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. Itu betul yang tak dapat datang tolong doakan banyak -banyak.keselamatan mereka yang hadir. Pasti mereka akan selamat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails