7.06.2011
BERSIH ... Timb. Ketua Polis Pun Dah Poning...
Dia kata suruh mohon permit... dengan kadar segera!!!!
Bila orang bagi tau yang BERSIH tu sebuah pertubuhan haram... dia sekadar angguk kepala...
Tandanya dia memang dah pening tuuuu...
Yang rakyat semua heran... kalau dapat permit pun segala yang berkaitan dengan Bersih masih tetap haram...
Negara ku dah jadi Kong kali kong...
Pihak polis mahu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini mengadakan sidang akhbar bagi menasihatkan BERSIH 2.0 supaya memohon permit.
"Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium,” kata Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, petang ini.
"Saya cadangkan (mereka) memohon permit dengan segera. Kita akan memprosesnya secepat mungkin.”
Apabila wartawan mengingatkan Khalid bahawa BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak mungkin layak mendapatkan permit, Khalid hanya mengangguk.
Ditanya wartawan berdasarkan status BERSIH yang dianggap haram oleh kerajaan, sama ada polis akan menolak permohonan itu jika ia dibuat, Khalid enggan menjawab secara langsung.
Apabila wartawan bertanyakan sama ada permohonan di bawah nama pertubuhan yang berdaftar,lain boleh dibuat, Khalid menjawap: “Mungkin mereka boleh, saya tak tahu.”
Katanya lagi, jika permit dikeluarkan, peserta perhimpunan juga dilarang memakai atau memiliki apa-apa barangan yang menyokong BERSIH 2.0
"Baju dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH (2.0)... BERSIH (2.0) telah digazetkan sebagai pertubuhan haram. Apa-apa barangan yang berkaitan BERSIH (2.0) dilarang ,” katanya sambil menambah pesalah akan ditangkap.
Labels:
ISU SEMASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment