10.23.2010

Sokong GAMIS.... Sebarkan

Kenyataan balas kepada Ulama' Muda Umno....

Islamic Fashion Show telah menimbulkan dan meledakkan kemarahan ummat Islam dalam Negara kita. Isu ini dibesarkan lagi bilamana diketahui bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur adalah penaung kepada festival tersebut. Tambah menariknya bila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib sendiri yang hadir ke majlis berkenaan.

Beberapa siri bantahan dibuat oleh NGO, parti politik, dan orang ramai berkaitan isu ini. Mahsiswa juga tidak ketinggalan, namun amat mendukacitakan bila pihak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang bantahan diperingkat mahasiswa yang diadakan semalan, bertempat di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur. Bilangan pihak polis cukup ramai seolah-olah kami ingin membuat rusuhan dikawasan masjid. Kenapa pihak polis dilibatkan dalam isu ini?

Mahasiswa cukup terkilan dengan hujah dangkal seorang ulama’ muda UMNO yang mempertahnkan rosmah dalam isu IFF ini. Hujah yang diberikan ialah Rosmah hanya penaung, bukan penganjur. Kalau orang kampung baca kenyataan ini pun cukup lucu kerana penaung kepada sesuatu program itu merupakan orang kuat yang menyokong dan membantu penganjuran majlis berkenaan. Tambahan pula yang hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia yang kononnya boleh menjadi penasihat kepada Barack Obama dalam isu islamophobia.

Selain itu, disebutkan juga ialah soal adab menegur pemimpin. Saya nak Tanya Ulama’ muda UMNO ini, Rosmah Mansur ni pemimpin ke? Sejak bila rakyat memilih dia menjadi pemimpin dalam system demokrasi? Apa jawatan dia? Sesungguhnya dia bukanlah pemimpin kami dan mahasiswa tidak pernah mengiktiraf dia sebagai fist lady mahupun apajua pengiktirafan selain hanya seorang isteri kepada perdana menteri.

GAMIS berharap agar ulama’ muda ini berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan yang hanya menyerlahkan budaya politik ampu yang ada dalam UMNO. Ulama’ muda ini perlu selari dengan hasrat presiden UMNO yang inginkan budaya politik baru dalam parti. Kami bukan berpihak kepada mana-mana parti, namun kita menilai disiplin ilmu dan keabsahan hujah dalam menilai sesuatu isu. Renungan bersama yang kita boleh jadikan iktibar :

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu dan menjayakan lagi agenda maksiat. Maka, kehadiran, sokongan dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah. Inikan pula suatu pertunjukan fesyen yang jelas melanggar hukum Allah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai.

Mahasiswa hanya ingin dengar permohonan maaf daripada isteri perdana menteri secara terbuka kepada semua umat Islam dan soal taubat itu hendaklah diselesaikan dengan Allah secara terus.

Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)


Kami seluruh rakyat yang beragama Islam yang waras dan tiada unsur-unsur 'membodek' juga mahukan 'first lady'  memohon maaf  secara terbuka kepada semua umat Islam.... 

Namun sukarnya meluahkan kata-kata maaf dari seorang yang di gelar 'pemimpin' oleh ulama UMNO.... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails