10.05.2010

Buku Teks Sekolah Agama Percuma... Melaka Bila Lagi?


Melaka Maju 2010!!! Itulah yang akan berlaku pada bulan Oktober 2010. Dijangkakan akan berlangsung menjelang tarikh peristiharan pada 20.10.2010 jam 20:10 malam.

Apakah kriteria untuk menjadi negeri maju nie Wak malas nak ulas dalam entri kali ini. . Tapi hanya satu Wak nak mintak dengan kerajaan Negeri Melaka nie... Bagilah buku teks percuma untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Kalaulah negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor dah boleh bagi buku teks percuma kepada semua para pelajar sekolah rendah agama (SRA) di bawah SPBT, kenapa tidak kerajaan Negeri Melaka yang mencanangkan 'Melaka Maju 2010'.

Rasanya seluruh rakyat negeri Melaka khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan merasa teramat gembira dan sekurang-kurangnya merasalah tempias Melaka Maju 2010. Jangan hanya gah di mata dunia 'Melaka Maju 2010' namun hakikatnya rakyat bawahan tidak merasa impaknya....

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

“Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

“Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails