10.13.2010

Bekas Banduan Buat Gempak

Lagi bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD.....


Inlah akibatnya bila Islam itu hanya pada nama.... Malaysia Nagara Islam!!! Tapi tidak melaksanakan hukum Islam. Dalam kes ini kita boleh sama-sama perhatikan gelagat manusia yang spesis sesumpah.

Kalau korang semua perasan... Dalam kes liwat DS Anuar Ibrahim nie, macam-macam sumpah ada... Dan sumpah tu semua datang dari 'sesumpah' yang yang muda-muda belaka. 'Sesumpah' yang sanggup buat apa saja demi nak menyumpah... Suka-suka emak dia nak menyumpah.

Mula-mula buat sumpah.... Bila rasa sumpah tu dah tak makan sumpah, tarik balik sumpah.... Nanti kalau orang dah tak percaya itu punya sumpah , kenalah pulak pegi surau atau masjid untuk menyumpah.. Baru betul-betul 'sesumpah'...

Kalaulah sesumpah tau pasal kes sumpah menyumpah, tentu dia pun jadi menyampah.. Wak rasa satu masa nanti 'sesumpah' tiruan nie kena makan sumpah. Wak pun dah naik menyampah!!!!! PiiiRahhhhhh!!!!!!

Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.

"Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus,” katanya dalam laporan polisnya.

Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.

"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman,” katanya.

Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.

Bekas banduan

"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails