10.23.2010

Sokong GAMIS.... Sebarkan

Kenyataan balas kepada Ulama' Muda Umno....

Islamic Fashion Show telah menimbulkan dan meledakkan kemarahan ummat Islam dalam Negara kita. Isu ini dibesarkan lagi bilamana diketahui bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur adalah penaung kepada festival tersebut. Tambah menariknya bila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib sendiri yang hadir ke majlis berkenaan.

Beberapa siri bantahan dibuat oleh NGO, parti politik, dan orang ramai berkaitan isu ini. Mahsiswa juga tidak ketinggalan, namun amat mendukacitakan bila pihak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang bantahan diperingkat mahasiswa yang diadakan semalan, bertempat di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur. Bilangan pihak polis cukup ramai seolah-olah kami ingin membuat rusuhan dikawasan masjid. Kenapa pihak polis dilibatkan dalam isu ini?

Mahasiswa cukup terkilan dengan hujah dangkal seorang ulama’ muda UMNO yang mempertahnkan rosmah dalam isu IFF ini. Hujah yang diberikan ialah Rosmah hanya penaung, bukan penganjur. Kalau orang kampung baca kenyataan ini pun cukup lucu kerana penaung kepada sesuatu program itu merupakan orang kuat yang menyokong dan membantu penganjuran majlis berkenaan. Tambahan pula yang hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia yang kononnya boleh menjadi penasihat kepada Barack Obama dalam isu islamophobia.

Selain itu, disebutkan juga ialah soal adab menegur pemimpin. Saya nak Tanya Ulama’ muda UMNO ini, Rosmah Mansur ni pemimpin ke? Sejak bila rakyat memilih dia menjadi pemimpin dalam system demokrasi? Apa jawatan dia? Sesungguhnya dia bukanlah pemimpin kami dan mahasiswa tidak pernah mengiktiraf dia sebagai fist lady mahupun apajua pengiktirafan selain hanya seorang isteri kepada perdana menteri.

GAMIS berharap agar ulama’ muda ini berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan yang hanya menyerlahkan budaya politik ampu yang ada dalam UMNO. Ulama’ muda ini perlu selari dengan hasrat presiden UMNO yang inginkan budaya politik baru dalam parti. Kami bukan berpihak kepada mana-mana parti, namun kita menilai disiplin ilmu dan keabsahan hujah dalam menilai sesuatu isu. Renungan bersama yang kita boleh jadikan iktibar :

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu dan menjayakan lagi agenda maksiat. Maka, kehadiran, sokongan dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah. Inikan pula suatu pertunjukan fesyen yang jelas melanggar hukum Allah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai.

Mahasiswa hanya ingin dengar permohonan maaf daripada isteri perdana menteri secara terbuka kepada semua umat Islam dan soal taubat itu hendaklah diselesaikan dengan Allah secara terus.

Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)


Kami seluruh rakyat yang beragama Islam yang waras dan tiada unsur-unsur 'membodek' juga mahukan 'first lady'  memohon maaf  secara terbuka kepada semua umat Islam.... 

Namun sukarnya meluahkan kata-kata maaf dari seorang yang di gelar 'pemimpin' oleh ulama UMNO.... 

Ulamak UMNO Bersuara Sumbang

 IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang....

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar dari Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.

Kalau nak bodek pun janganlah sampai membenarkan perkara yang bathil...pada 'ulamak muda' Umno ini, sila baca artikel penuh Dr MAZA di SINI, dan Ust Zaharudin di SINI..masih nak menyalahkan pembangkang apabila kedua2 tokoh agama negara ini (neutral) turut mempertikaikan Rosmah?

10.22.2010

Dr. Asri Dah Bersuara... Ulama UMNO Bila Lagi???

Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri....

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

PERSOALAN YANG BERMAIN DIFIKIRAN RAKYAT....


 Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno.....

Mengapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu seribu kata tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia


10.20.2010

Mahasiswa : Buat Kerja Untuk UMNO Semua Boleh!!!

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?...

Bacaan seterusnya klik disini 


Biasa laaaa..... Kalau mahasiswa terlibat dengan Pakatan Rakyat walau cuma memakai pakaian yang ada logo parti politik dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tapi kalau mahasiswa terlibat dengan UMNO.... ohhh tak pe... Semuanya jadi HALAL. Bukan saje mahasiswa, malah semua kakitangan universiti yang nak menyokong UMNO dialu-alukan. Datanglah beramai-ramai bawak sekali anak bini pun boleh ... ke perhimpinan Agung UMNO.
Semua Ditanggung beres.... Pengangkutan, makan minum, tempat tinggal dan macam-macam lagi semuanya ditaja. Lu pikir la sendiri!!!


Lu orang kenal ke dua orang mamat nie.....? Rasanya mamat2 nie dapat baju free, songkok free, samping free, kasut free, spender pun free..... Dengan tak sengaja dapat jalan kat 'karpet merah'... Hidup UMNO!!!

Kos Menara Warisan = 1667 Sekolah

'Menara bukan arahan PM', alasan 'Pak Pandir'....


Kos untuk membina Menara Warisan yang dianggarkan berharga 5 bilion mampu membina 1,667 sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa kepada 5,000 pelajar perubatan di United Kingdom.

Persoalannya.....

Semua rakyat terutama rakyat bawahan seperti Wak nie... dapat ke manfaatnya.... Apa ke faedahnya kepada generasi anak-anak dan cucu cicit kita nanti..... yang bakal menjadi pewaris negara....

Cerita lanjut klik disini

10.15.2010

Melatih Anak Menginfak

Sekadar renungan...

Sempena di hari Jumaat yang mulia ini, Wak nak besembang tentang melatih anak bersedekah atau menginfak ke jalan agama. Setiap hari Jumaat ketika pergi solat Jumaat, Wak akan bekalkan dua orang anak lelaki Irham dan Irfan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid.

Wak bawakan cerita yang boleh dijadikan sebagai contoh dan teladan iaitu tentang tokoh Ikhwan Muslimin, Asy-Syahid Hassan al-Banna. Beliau memberi perhatian yang besar kepada dakwah dan didikan kepada umat Islam.

Ahli-ahli keluarganya adalah sasaran dakwah dan tarbiahnya, sebagaimana beliau mensasarkan dakwahnya kepada segenap umat Islam. Antara didikan beliau kepada anak-anaknya, beliau membiasakan mereka mengeluarkan duit untuk sedekah dan infak.

Setiap hari Jumaat, beliau akan memberikan sejumlah wang kepada setiap orang anaknya untuk mereka sedekahkan atau mereka infakkan ke jalan agama. Anak-anaknya tahu, setiap kali selepas solat Jumaat mereka akan menerima wang daripada ayah mereka. Dan mereka tahu wang itu bukan untuk disimpan atau dibelanjakan tetapi untuk diagih-agihkan khususnya sebagai sumbangan untuk aktiviti dakwah. 

Sedekah boleh dibuat pada bila-bila masa dan orang seperti al-Banna tidak pernah mencatu infak hartanya ke jalan Allah. Tetapi beliau menjadualkan pemberian sedekah oleh anak-anaknya pada hari Jumaat sebagi satu latihan.

Beliau juga menanamkan tauhid ke dalam jiwa anak-anaknya, agar mereka merasakan bahawa Allah menilai semua amal baik yang mereka kerjakan dan Allah akan membalasnya dengan kebajikan yang berganda. Sudah pasti beliau juga menanamkan rasa kehambaan yang tinggi ke dalam jiwa anak-anaknya, supaya mereka tahu bahawa Allah sentiasa memerhati perilaku dan tindak-tanduk mereka walaupun andainya manusia tidak melihatnya. ‘Intipan’ Allah melebihi segala-galanya.

Apabila anak-anak sudah dibiasakan memberi sesuatu kepada orang lain atau menyumbang harta ke jalan Allah, dia akan lebih bersedia untuk menjadi khadam ummah. Bukan saja hartanya, malah jiwa dan raganya sanggup dikongsi untk kepentingan agama. 

Satu perkara yang besar selalunya bermula daripada kecil. Seringgit dua yang dihulurkan kepada anak untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid umpamanya, mungkin membawa kepada sumbangan yang lebih besar dan yang lebih penting....  ianya konsisten, apabila pada satu ketika si anak mula faham akan nilai sesuatu pemberian itu disisi Allah. 

Asy-Syahid Hassan al-Banna ialah pemimpin sebuah pergerakan dakwah yang besar dan amat berpengaruh pada zamannya. Beliau sentiasa sedar akan hakikat bahawa kejayaan dakwah dan tarbiah di peringkat yang lebih besar sentiasa bermula daripada dakwah tarbiah diperingkat yang lebih kecil, iaitu diperingkat keluarga. Salah satu daripadanya adalah dengan melatih anak-anaknya menginfakkan harta. 

Waullahualam...

10.13.2010

Bekas Banduan Buat Gempak

Lagi bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD.....


Inlah akibatnya bila Islam itu hanya pada nama.... Malaysia Nagara Islam!!! Tapi tidak melaksanakan hukum Islam. Dalam kes ini kita boleh sama-sama perhatikan gelagat manusia yang spesis sesumpah.

Kalau korang semua perasan... Dalam kes liwat DS Anuar Ibrahim nie, macam-macam sumpah ada... Dan sumpah tu semua datang dari 'sesumpah' yang yang muda-muda belaka. 'Sesumpah' yang sanggup buat apa saja demi nak menyumpah... Suka-suka emak dia nak menyumpah.

Mula-mula buat sumpah.... Bila rasa sumpah tu dah tak makan sumpah, tarik balik sumpah.... Nanti kalau orang dah tak percaya itu punya sumpah , kenalah pulak pegi surau atau masjid untuk menyumpah.. Baru betul-betul 'sesumpah'...

Kalaulah sesumpah tau pasal kes sumpah menyumpah, tentu dia pun jadi menyampah.. Wak rasa satu masa nanti 'sesumpah' tiruan nie kena makan sumpah. Wak pun dah naik menyampah!!!!! PiiiRahhhhhh!!!!!!

Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.

"Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus,” katanya dalam laporan polisnya.

Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.

"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman,” katanya.

Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.

Bekas banduan

"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.

10.12.2010

Budak Sekolah Curi Motosikal

9 pelajar sekolah antara ditahan curi motor...


YAN: Dua belas orang termasuk sembilan pelajar sebuah sekolah di sini berumur antara 15 dan 21 tahun ditahan polis dalam dua operasi berasingan pada 4 Okt. dan semalam kerana mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata dalam operasi Ops Lejang Bersepadu semalam, polis menahan lima suspek, termasuk tiga pelajar sekolah, iaitu dua ditahan di sekolah dan tiga lagi di rumah masing-masing di Singkir Badung di sini.

"Polis telah merampas tiga buah motosikal curi dan sebuah motosikal yang menggunakan komponen yang dicuri manakala polis juga turut merampas empat rangka motosikal dan beberapa komponen yang lain yang telah dibuang ke dalam sungai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

Beliau berkata selepas kelima-lima suspek itu ditahan, mereka telah membawa pasukan polis ke Sungai Segantang Garam dan menunjukkan tempat rangka dan komponen motosikal itu dibuang.

"Semua suspek ini mempunyai pertalian persaudaraan dan rumah mereka juga berdekatan,” katanya.

Ismail berkata dalam operasi berasingan iaitu pada 4 Okt lepas, polis telah menahan tujuh suspek termasuk enam masih bersekolah kerana melakukan kes yang sama.

"Mereka juga berasal dari kampung dan sekolah yang sama dengan kes semalam tetapi mereka itu adalah kumpulan yang berbeza.

"Suspek telah membawa pihak polis ke hutan paya bakau Sungai Pial dan polis menjumpai sebuah rangka motosikal di situ,” katanya.

Beliau berkata semua suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Dengan tertangkapnya dua kumpulan ini, kita telah menyelesaikan banyak kes kecurian di sekitar daerah ini dan Sungai Petani,” katanya. - Bernama

10.11.2010

Haramkan Konsert Artis ‘Gay’

Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah...

Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalangan anak muda.

"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.

Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.

Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.

"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.

Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.

Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

10.08.2010

Seorang Lagi Yang Akan Menjadi Popular

Nak jadi popular kena tunggu lebih 2 tahun....


Tiba-tiba jee Mamat nie menjadi popular. Sebelum nie Wak setakat mendengar namanya saje. Orangnya cam mana tak penah nak ambik tau.

Dengan pendedahan Mamat nie tempohari, beliau bakal menjadi popular satu Malaya. Mengalahkan Mawi yang melotop namanya satu masa duhulu melalui pentas Akademi Fantasia. Inilah jenerasi muda yang akan menggegar 1Malaysia.

Wak rasa Mamat nie kalau nak lagi cepat menjadi popular kena buat akuan 'sumpah laknat' kat dalam masjid atau surau macam si Saifol buat suatu masa dahulu. Kalau boleh bawak sekali emak bapak, embah2 dan seluruh kaum keluarga duduk kat dalam masjid tuuu....


Kita sama-samalah tunggu dan ikuti episod seterusnya..... Memang PANASSSS!!!!

10.06.2010

Harga Rokok Sebatang 35 Sen

Harga minimum rokok kini 35 sen sebatang...


KUALA LUMPUR, 5 Okt – Berkuatkuasa 1 Okt lepas, Kementerian Kesihatan telah menetapkan harga minimum rokok ialah 35 sen sebatang, atau RM7 bagi sepaket 20 batang rokok.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu membuktikan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kemampuan membeli rokok di kalangan pengguna, khususnya kanak-kanak kerana boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

“Rokok telah disahkan sebagai penyebab pelbagai masalah kesihatan dan penyakit-penyakit serius yang boleh membawa kepada kesengsaraan dan kematian. Saya pasti, masyarakat sedar akan bahaya merokok.

“Generasi muda dinasihatkan agar tidak memulakan tabiat merokok yang amat merugikan dan merosakkan kesihatan ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Penetapan harga minimum itu juga selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan cukai rokok sebanyak 3 sen sebatang, yang turut berkuatkuasa Jumaat lepas, menyaksikan harga runcit rokok naik di seluruh negara bermula semalam, iaitu RM10 bagi sepaket 20 batang berbanding RM9.30 sebelum ini.

Sehubungan itu, Liow berkata semua pengilang dan pengimport rokok dikehendaki memohon kelulusan harga baru jualan runcit bagi produk masing-masing kepada kementeriannya sebelum Jumaat ini, bagi menggelakkan ada pihak menjual di bawah harga minimum baru.

Beliau berkata selain itu, mereka juga perlu mempamerkan notis harga minimum rokok secara jelas dan mudah dilihat di semua kaunter atau tempat jualan tanpa sebarang logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi mengenai rokok berkenaan.

Katanya, kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 2 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Liow berkata kementeriannya turut menyediakan perkhidmatan seperti klinik berhenti merokok bagi membantu mereka yang terbabit menghentikan tabiat yang terbukti memudaratkan itu.

Berdasarkan statistik, setakat ini terdapat tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini. – Bernama

10.05.2010

Buku Teks Sekolah Agama Percuma... Melaka Bila Lagi?


Melaka Maju 2010!!! Itulah yang akan berlaku pada bulan Oktober 2010. Dijangkakan akan berlangsung menjelang tarikh peristiharan pada 20.10.2010 jam 20:10 malam.

Apakah kriteria untuk menjadi negeri maju nie Wak malas nak ulas dalam entri kali ini. . Tapi hanya satu Wak nak mintak dengan kerajaan Negeri Melaka nie... Bagilah buku teks percuma untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Kalaulah negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor dah boleh bagi buku teks percuma kepada semua para pelajar sekolah rendah agama (SRA) di bawah SPBT, kenapa tidak kerajaan Negeri Melaka yang mencanangkan 'Melaka Maju 2010'.

Rasanya seluruh rakyat negeri Melaka khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan merasa teramat gembira dan sekurang-kurangnya merasalah tempias Melaka Maju 2010. Jangan hanya gah di mata dunia 'Melaka Maju 2010' namun hakikatnya rakyat bawahan tidak merasa impaknya....

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

“Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

“Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais

Harga Rokok Naik Lagi..Bila Nak Berhenti Merokok?

Harga rokok naik 63 sen....

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam.

Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

Info Berhenti Merokok

Apakah baiknya berhenti merokok?

  •  Pernafasan bertambah baik
  •  Stamina meningkat
  •  Lebih sihat
  •  Lebih diterima oleh masyarakat
  •  Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
  •  Melindungi orang lain dari bahaya merokok
  •  Menjimatkan wang
  •  Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
  • Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
  • Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
  • Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
  • Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
  • Mengatasi gian dan keinginan merokok
Bagaimana cara berhenti merokok?
  • Menyedari anda mepunyai masalah.
  • Membuat keputusan.
  • Menetapkan tarikh berhenti merokok.
  • Elakkan pengaruh untuk merokok.
  • Minta bantuan dari rakan anda.
  • Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
  • Rancang hari hari tidak merokok anda.
  • Bina keyakinan diri.
  • Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok. 
Petua mengatasi keinginan merokok.
  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan ( contoh : regangan)
  • Sembahyang / meditasi
Nota: Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan - www.infosihat.gov.my, Laman web Malaysia - www.notobacco.org).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails