
Tak taulah apa rasionalnya dalam memberikan alasan yang rasanya orang kampung macam Wak nie pun tahu menilai sejauh mana kewarasan dan kebenaranya dalam isu liwat DSAI. Lagi satu kalau kita pikir pulak dari sudut logiknya, tuduhan liwat nie pun dah banyak sangat 'keajaiban' yang berlaku sejak bermulanya dari budak si Saiful bertemu dengan DS Najib sampailah kepada berlakunya sumpah menyumpah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.
Kot ya pun nak bagi alasan keluar parti tu... bagilah alasan yang logik sikit bro. Kita orang kampung pun dah boleh capai internet dalam mencari cerita yang sebenar dan tidak akan menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan media elektronik yang lebih condong ke arah pemerintah sahaja...
Malaysiakini - ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.
Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.
Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.
Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.