10.25.2012

Doktor Ramas Buah Dada Ibu Tunggal

Doktor suruh buka baju....


Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hsubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini. 

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.

Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.

Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.

Polis jalankan siasatan terperinci kes Nurul...


JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya sudah menerima laporan mangsa dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

10.24.2012

Isteri Curang Ketika Suami Keluar Bekerja

Ketawa manja isteri curang...

MELAKA: Kepulangan seorang kontraktor untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal bertukar detik memeritkan apabila mendapati isterinya bermesra dengan seorang lelaki lain dalam rumah mereka di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, Ahad lalu.

Difahamkan, kecewa dengan perbuatan curang isterinya yang berusia 24 tahun, lelaki berusia 36 tahun yang ketika kejadian sedang bekerja pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) meminta serbuan dilakukan bagi mencekup mereka. 

Pegawai Jaim yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan jam 4.15 pagi kelmarin, mendapati tiga orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang lagi wanita berusia 30-an dan mereka ditahan untuk siasatan.

Kontraktor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Salman, mendakwa ketika keluar bekerja pada jam 8 pagi Ahad lalu, dia memberitahu isterinya tidak pulang kerana bertugas di luar kawasan.


“Dia (isteri) yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di negeri ini, biasanya mula bertugas jam 9 pagi hingga 11 malam.- HMetro


SEKADAR RENONGAN....


Kisah Isteri Curang Melekat bersama pasangan ketika berzina 

Berdasarkan keterangan video (klik di sini) dan catatan beberapa laman web mengenai berita menggemparkan itu, kejadian ini berlaku di Nairobi, Kenya. Ia bermula apabila suami wanita itu mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. 

Tapi dia tak mempunyai bukti dan si-isteri puula menafikan dia pernah berlaku curang dengan lelaki lain. Dik kerana geram si-suami meminta seorang dukun mengenakan sihir agar kemaluan isteri dan kekasihnya itu melekat jika mereka benar-benar melakukan seks di belakangnya. 

 Dan akhirnya sangkaan si suami benar apabila isterinya memang curang di belakangnya. Dan jadilah perkara memalukan itu: kemaluan isterinya yang curang melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Kisah ini menarik perhatian komuniti setempat dan mereka beramai-ramai datang untuk menyaksikan kejadian menakjubkan itu. 

 Walaupun pihak polis cuba membantu memisahkan kemaluan si-isteri dan kekasihnya, namun kemaluan kedua-duanya tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan. Pihak polis cuba memujuk si suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya, namun dia enggan berbuat demikian. 

 Hanya setelah kekasih gelap isterinya itu berjanji akan membayar pampasan sebanyak Shilling Kenya 20,000 (lebih kurang RM716) barulah si suami bersetuju memanggil dukun yang mengenakan ilmu hitam itu dan tidak lama selepas itu pasangan kekasih gelap tadi berjaya dipisahkan. 

 Kejadian ini perlu dijadikan iktibar kepada pasangan yang dah berkahwin agar jangan mengadakan hubungan sulit dengan orang lain. Apa lagi bagi mereka yang beragama Islam kerana hukuman Allah (bukan hukuman Mahkamah Syariah) terhadap penzinaan tersangatlah berat... 

 Setialah selalu kepada pasangan anda..

Menyayat Hati....


Ibu mati berdarah, bayi berbungkus kain...


KULIM: Rasa curiga seorang lelaki apabila mendapati isteri jirannya tidak mengambil anak sulung di sekolah seperti biasa membawa kepada penemuan mayat wanita berkenaan bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di Taman Kekwa, di sini, kelmarin.

Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air. 

Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.

Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari.



Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang.- HMetro

10.23.2012

Gadis 22 Tahun Dinoda

Dinoda dalam keadaan tidak sedarkan diri...


KUALA LUMPUR: Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, di sini, Sabtu lalu.

Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.



“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri.

“Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.


Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.

Langkah Pencegahan Dari Menjadi mangsa Rogol...

  • Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai. 
  • Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol. 
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali. 
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi. 
  • Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas. 
  • Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan. 
  • Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam. 
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali. 
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk melepaskan diri. 
  • Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.

10.21.2012

Soi Lek.... Lu Punya Mulut Serupa Longkang!!!

Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'




Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".

Kenyataan orang tua ini seperti mendapat restu dari pemimpin2 dan orang UMNO.... 

Dia orang buat BODOH... BISU  & PEKAK kan telinga....

Kenyataan orang tua sebelum ini sila klik di sini 

Sumber : malasiakini

Piala Malaysia 2012 : TAHNIAH Pasukan Kelantan

Kelantan melakar kejayaan cemerlang apabila menjulang Piala Malaysia 2012 setelah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan 'The Red Warriors' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.

Kemenangan bersejarah itu sekali gus melengkapkan kejuaraan trebel buat pasukan Kelantan selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini, iaitu sesuatu yang kali terakhir dilakukan Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.

Barisan pemain ATM, yang digelar skuad 'The Gladiators' ternyata gagal menyekat kemaraan pasukan Kelantan sekali gus melepaskan peluang menebus kehampaan mereka di pentas final sulung 46 tahun lepas apabila tumpas 0-1 kepada Selangor.

- Bernama

10.20.2012

Pakatan Rakyat Dalam Kedudukan Selesa


Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi di seluruh negara.... 

Untuk memperolehi majoriti mudah, sesebuah pakatan politik mesti memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tersebut, atau 111 kerusi (222 bahagi 2 = 111 kerusi). Ini bermakna pakatan politik yang hendak menubuhkan kerajaan persekutuan mestilah mempunyai lebih 111 kerusi iaitu mesti berkelebihan sekurang-kurangnya satu kerusi berbanding pakatan politik lain (112).

Keyakinan tersebut berdasarkan kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah. Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak, bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi. “Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Najib Altantuya telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. “Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya. Menurutnya, Najib Altantuya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet. “Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan. 

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya. Takiyuddin pula berkata, Najib Altantuya menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Mahathir Mohamad lapan bulan, Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain. “Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya.

Sumber :Jalan Pulang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails