12.28.2010

NUTP Perlu 'Neutral'

NUTP DINASIHAT JANGAN BERAT SEBELAH...

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) melalui Presidennya Hashim Adnan yang menyifatkan tawaran imbuhan khas pendidik RM500 setiap bulan oleh Pakatan Rakyat adalah sebagai tidak masuk akal dan ia sekadar gimik politik.

Menurut Presiden NUTP dipetik sebagai berkata bahawa jumlah dijanjikan itu luar biasa kerana Pakatan Rakyat andai memerintah Kerajaan Pusat, perlu RM215 juta setiap bulan dan RM2.58 bilion setahun untuk menyalurkan imbuhan kepada kira-kira 430,000 guru di seluruh negara.

“NUTP sepatut konsisten menjaga kabajikan para guru, bebanan guru yang banyak adalah isu yang tidak pernah selesai, tekanan terhadap guru lebih berbaloi dengan adanya imbuhan yang lebih oleh kerajaan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs . Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kerajaan dikatakan tidak memiliki wang sebanyak itu untuk menyalurkan imbuhan dengan amaun sebesar itu adalah satu kenyataan yang menimbul persoalan serta meragukan.

Sedangkan menara warisan yang menelan belanja 5 bilion juga wang kerajaan, persoalannya benarkah kerajaan tiada wang?soal Drs. Khalil.

Selain itu beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak menjangkakan lebih banyak ketirisan dalam perbelanjaan negara akan menyelamatkan wang rakyat dan itu juga lebih dari mampu untuk dikembalikan kepada guru .

“Adalah tidak logik apabila Pakatan Rakyat menawarkan tambahan gaji RM 500 untuk setiap guru , Muhyiddin sebagai menteri pelajaran dan presiden NUTP, terus membela kerajaan dengan katanya kerajaan tiada wang ,” tegasnya.

Menurutnya lagi yang merupakan ADUN Titi Serong, NUTP sepatutnya menyokong sebarang langkah serta usaha oleh mana-mana pihak untuk menjaga kebajikan guru, bukannya hanya menidakkan usaha itu..

“Saya kira beliau (Presiden NUTP) tidak layak bercakap mengenai kemampuan kewangan negara kerana beliau tidak tahupun kapasiti serta kemampuan kewangan Negara ” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan guru patut bersuara bagi mendesak beliau berundur dari jawatan tesebut, perlu ganti dengan individu yang benar-benar ikhlas mahu berjuang atas nama guru.

“NUTP jangan jadi kuda tunggangan Umno dan BN, NUTP wajib bertindak sebagai sebuah badan yang komited membela kebajikan guru di Malaysia dengan tanpa memperdulikan dari mana cadangan itu datang,” ujarnya.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

p/s : Wak pun ahli NUTP.... Sebulan bayar yuran RM6.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails