12.22.2010

ASB agih pendapatan 7.50 sen

Jangan lupa keluarkan zakat...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan tersebut merupakan peningkatan sebanyak dua sen seunit berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 7.3 sen seunit.

Pengumuman tersebut menjadikan pulangan keseluruhan tahun ini menjadi 8.75 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, berdasarkan prestasi ASB yang lebih baik tahun ini, Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bersetuju memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM5.93 bilion.

Nota :

Zakat Wang Simpanan

Pengertian Wang Simpanan

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Akaun Simpanan

Tarikh Masuk
Tarikh Keluar
Amaun (RM)
Baki (RM)
01/01/XXXX

10,000.00
10,000.00

23/04/XXXX
2,000.00
8,000.00

30/05/XXXX
3,000.00
5,000.00
10/07/XXXX

200.00
5,200.00

12/08/XXXX
1,200.00
4,000.00
11/11/XXXX

2,000.00
6,000.00
31/12/XXXX

1,000.00
7,000.00

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 4,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/xxxx – 31/12/xxxx.

Contoh Pengiraan
Baki Terendah = RM4,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM4,000 x 2.5%

Pengiraan Bagi Pendeposit Yang Memiliki Beberapa Akaun Simpanan

Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Pengiraan Zakat Pelbagai Buku Akaun Simpanan

Haul : 1/1/xxxx – 31/12/xxxx

Buku Simpanan
Baki Terendah (RM)
Buku 1
4,000.00
Buku 2
1,000.00
Buku 3
15,000.00
Jumlah Baki Terendah
20,000.00

Jumlah baki terendah : RM 20,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM 20,000 x 2.5%
= RM 500

Akaun Simpanan Tetap

Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam jangkamasa tertentu.
Contoh:
Simpanan tetap : RM10,000
Zakat : RM10,000 x 2.5% (kadar zakat)
= RM250

p/s: Rujukan PPZ

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails