8.04.2009

Peserta Demo Diupah : Kenyataan Paling Lawak

Agak-agak berapa upah diaorang dapat.....

Macam biasa laa bila ada saja 'demonstrasi', maka semua pihak terutama pak-pak menteri akan memberikan komen. Media massa, elektronik dan seluruh jenis media akan berebut-rebut mendapatkan pandangan dan komen dari semua pihak.

Namun selepas peristiwa demo GMI ni, wak tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Wak rasa inilah komen yang boleh memenangi kategori 'Komen Paling Lawak'.

Cubalah korang congak agak-agak berapa kos nak upah diaorang semua niii... Lu kira laa sendiri.....

PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.

''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing.

Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang.

2 comments:

  1. klu btl mereka dpt upah tok hadir ke perhimpunan, org yg mngupah dan yg menerima tu je yg tahu..
    tapi bila difikirkan pandai juga org yg mengupah ni.. di cari org yg kurang mampu, yg xde keje.. org mcm ni sikit dpt pn ok je...kenderaan disediakan pulak.. ape lagi bukan senang nk dtg jln kt KL..smbl mkn angin leh gak sertai perhimpunan.. meramaikan n memenuhkan KL ni..

    ReplyDelete
  2. yg aku hairan nape rmai student yg terlibat.. diorg ni xfkr ms dpn ke.. xsayang diri sndri kot.. atau dh xfkr ibu bapa lg.. diorg ni mesti dh termakan kata hasutan dari pihak tertentu..sebelum bertindak fikir la dulu.. nnt bila dh dikenakan tindakan, masa depan dh gelap mula slhkn pihak tertentu pulak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails