8.03.2009

H1N1 : Kanak-kanak Tidak Menunjukkan Symtom

Kanak-kanak 10 tahun mangsa kelima..

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, seorang kanak-kanak perempuan, Nor Shaqikah Roshisham, 10, dari Matang Gerdu, Bagan Serai dilapor meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak pada pukul 5.30 pagi kelmarin.

"Ujian sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak itu mengesahkan mangsa positif jangkitan H1N1 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ismail berkata, mengikut maklumat, kanak-kanak itu mula sakit pada 27 Julai tetapi tidak demam atau mempunyai sebarang gejala jangkitan pernafasan semasa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta.

Menurutnya, pesakit kembali semula ke klinik yang sama kelmarin dan semasa pemeriksaan pada pukul 5 pagi, mangsa mengalami sesak nafas, demam dengan suhu 39 darjah celsius sebelum tiba-tiba tidak sedar dan meninggal dunia 30 minit kemudian.


Kanak-kanak 11 tahun mangsa keenam H1N1

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa keenam penyakit Influenza A (H1N1). Kanak-kanak dari Johor Bahru itu meninggal akibat komplikasi hari ini. Sementara itu, 39 lagi kes baru dicatatkan, kesemuanya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Ismail Merican berkata kanak-kanak tersebut di dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai dengan symptom demam selama sehari.

Menurutnya, tiada simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 30 Julai.

"Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009.

"Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pada 2 Ogos semasa dalam rawatan di ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1 comment:

  1. Al-Fatihah kpd semua mangsa H1N1.

    Salam semua…

    Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tentang anak-anak anda atau orang tersayang dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

    Insyaallah selamat…
    Wasalam…

    http://www.PROTECUR.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails