12.13.2012

Pendera Budak Berusia 3 Tahun (You Tube) Ditahan

SHAH ALAM - Seorang mekanik yang disyaki mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun, ditahan polis di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, Klang, kelmarin. Penahanan dibuat susulan laporan diterima polis dari seorang pengadu yang juga kenalan suspek.

Berdasarkan laporan terbabit, pengadu mendakwa melihat sebuah klip video di laman YouTube yang memaparkan penderaan dilakukan suspek ke atas mangsa. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada jam 7 petang kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerbu rumah suspek dan menahannya kira-kira satu jam kemudian. Menurutnya, ketika ditahan, mangsa berada di rumah tersebut. Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ibu mangsa yang juga isteri kedua suspek.

"Suspek berusia 32 tahun itu kita tahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. "Anak tirinya (mangsa) dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut," katanya, semalam.

Jani berkata, berdasarkan laporan hospital, terdapat banyak kesan luka lama dan baru ditemui pada seluruh badan mangsa. "Kita percaya mangsa sudah lama didera oleh suspek, namun kesan luka baru menunjukkan ia dilakukan sejak dua bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, mangsa kini masih dirawat di hospital terbabit dan perkara itu sudah dimaklumkan untuk pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, siasatan awal mendapati klip video yang menunjukkan penderaan terhadap mangsa dipercayai dirakamkan oleh isteri pertama suspek menggunakan telefon bimbit, sebelum dimuat naik ke YouTube. 

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya kini sedang menjejaki isteri pertama suspek bagi membantu siasatan.- Sinar

UNTUK MENONTON KLIP VIDEO PENDERAAN
 SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH


12.11.2012

Sadis... Anak Diculik Ketika Tidur



ARAU: “Abah...tolong abah! Selamatkan Fasha. Akak takut!” antara jeritan yang masih terngiang-ngiang di telinga Mazlizan Md Isa, 28, ketika anak perempuannya, Nur Fasha Adriana, 10, dilarikan lelaki yang memecah masuk rumahnya di sini, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di rumahnya yang terletak di Ulu Pauh, Mazlizan parah dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan di tangan dan dagu selepas ditetak suspek menggunakan pisau.

Ketika itu, katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan berpaut di tingkap kereta suspek sebelum dia jatuh selepas diseret lebih 100 meter.

Difahamkan, ketika kejadian, anaknya tidur nyenyak di rumah itu bersama nenek dan datuknya, manakala Mazlizan baru pulang daripada berniaga.



“Ketika itu Fasha, ayah dan ibu saya tidur nyenyak.- HMetro


12.03.2012

Gadis 18 tahun Diikat Kaki & Tangan Ketika Dirogol

Gambar hiasan

KEMAMAN - Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan. 

Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol. Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat. 

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut. Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan. 

"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. - Bernama

Nik Aziz: 'Soal jasa, Umno kena bersikap terbuka'

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara. "Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.

Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa! "Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin. Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan. 

"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH". Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. "Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini. Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".

11.29.2012

Bayi Maut Ditimpa Durian

Benarlah kata orang-orang lama... 
"Malang Tidak Berbau"
Walau pun durian itu berbau...

NIBONG TEBAL - Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian semasa di dukungan ibunya ketika sedang mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian dibelakang rumah mereka dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ibunya, Samimi Kasmin, 29, membawa bersama Mohamad Yusoff itu keluar bersama, ketika sedang mengutip pakaian, tiba-tiba buah durian gugur mengenai kepala dan bahunya. 

Mangsa merupakan anak sulung kepada pasangan Samimi dan Zainal Abedin, 52. Panik dengan keadaan itu, Samimi merupakan warganegara Indonesia cuba mententeramkan anaknya sebelum menghubungi suaminya yang ketika itu tidak berada dirumah. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superitendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, buah durian seberat 2.150 kilogram (kg) itu gugur daripada pokok lalu terkena kepala mangsa dan bahunya menyebabkan dia menangis kesakitan. 

“Keadaan ini menyebabkan ibu mangsa ketakutan dan dalam masa sama cuba memberikan bantuan dengan menggosok-gosok kepala anaknya itu. “Samimi kemudiannya bertambah panik selepas mendapati anaknya itu tiba-tiba berhenti menangis dan tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi suaminya sejurus selepas itu,” katanya. 

Shafien berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia meninggal dunia kira-kira jam 5 petang, sejam selepas kejadian. 

Mayat mangsa kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Lama Sungai Bakap petang, semalam. 

Difahamkan akibat terlalu sedih dan tidak mampu mengawal diri, Samimi dilaporkan pengsan di perkarangan hospital.- Sinar

11.28.2012

Kemalangan Ngeri : Putus Kepala!



SLIM RIVER: “Saya terduduk seketika selepas melihat kepala seorang daripada mangsa terputus dan otaknya melekat pada pintu kenderaan,” kata Ku Mohd Hayazi Ku Mohd Isa, 32, saksi kemalangan yang meragut lima nyawa di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Slim River arah selatan, di sini, semalam.

Kemalangan pada jam 7 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dinaiki 11 ahli pancaragam kebudayaan Cina yang terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan.

Semua yang terbunuh penumpang MPV manakala enam lagi termasuk pemandu kenderaan itu cedera dan Ku Mohd Hayazi adalah kelindan lori terbabit yang berhenti di tepi lebuh raya kerana mengalami kerosakan tayar belakang.

Mangsa yang terbunuh ialah Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak; Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dan Poh Hock Huat, 60, kedua-duanya dari Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Ong Choon Jee, 33, dari Perai, Pulau Pinang.

Mangsa yang cedera ialah Chong Soon Choy, 61, (pemandu MPV) dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal; Boo Goik Hong, 58; Lim Tau Hong, 5, dari Butterworth, Pulau Pinang dan Heng Ah Lek , 60, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak. - HMetro

11.26.2012

PRU 13 : Kerusi Parlimen BN Yang Selamat Tak Samopai 100!


SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.

Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.

Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berka ta, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu.

"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang.

"Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012.

Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini.

"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini.

"Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir," ujarnya lagi.

Tambah beliau, kerusi-kerusi yang kini disandang oleh wakil dari MCA dan MIC juga boleh dianggap sebagai kerusi yang terbuka dalam PRU kali ini.

Sementara ditanya mengenai kedudukan 'kerusi panas' di antara 96 kawasan yang dimaksudkan,  Agus berkata, "pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkan
pindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas." - Sinar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails