SLIM RIVER: “Saya terduduk seketika selepas melihat kepala seorang daripada mangsa terputus dan otaknya melekat pada pintu kenderaan,” kata Ku Mohd Hayazi Ku Mohd Isa, 32, saksi kemalangan yang meragut lima nyawa di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Slim River arah selatan, di sini, semalam.
Kemalangan pada jam 7 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dinaiki 11 ahli pancaragam kebudayaan Cina yang terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan.
Semua yang terbunuh penumpang MPV manakala enam lagi termasuk pemandu kenderaan itu cedera dan Ku Mohd Hayazi adalah kelindan lori terbabit yang berhenti di tepi lebuh raya kerana mengalami kerosakan tayar belakang.
Mangsa yang terbunuh ialah Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak; Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dan Poh Hock Huat, 60, kedua-duanya dari Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Ong Choon Jee, 33, dari Perai, Pulau Pinang.

Mangsa yang cedera ialah Chong Soon Choy, 61, (pemandu MPV) dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal; Boo Goik Hong, 58; Lim Tau Hong, 5, dari Butterworth, Pulau Pinang dan Heng Ah Lek , 60, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak. - HMetro
No comments:
Post a Comment