7.31.2010

Burung Macaw Zoo Melaka Ditemui

Burung bertandang ke Taman Seri bayan, Melaka....

Petang semalam ketika Wak balik dari ofis, anak Wak bagi tau ada burung cantik kat atas bumbung rumah. Wak pun tengok burung tuuu... memang cantik dan jinak. Yang Wak tau burung tuu species burung kakak tua macam yang kat zoo Melaka.

Dalam kepala Wak mungkin burung nie terlepas dari zoo agaknya. So sorang member kat taman tuu telepon zoo Melaka. Memang sah!! Burung nie kepunyaan zoo Melaka yang dilaporkan hilang kena curi. Pihak zoo kata sesape yang dapat tangkap burung nie dan pulangkan ke pihak zoo, akan mendapat imbuhan sebanyak RM10 000.

Wah lumayan.... Wak pun berpakat dengan member untuk menangkap burung yang dipahamkan dari jenis macaw (Brazil). Member nie pun panjat bumbung rumah dua tingkat sementera Wak tunggu kat bawah. Jiran-jiran dah penuh kat lorong jalan SB 2.



Lebih kurang dalam pukul 6.45 petang barulah Wak dapat menangkap burung macaw yang terbang rendah ke tanah. Wak kurung burung nie kat dalam sangkar dawai sambil menunggu pihak zoo Melaka datang untuk mengambil burung tersebut.



Lebih kurang pada pukul 8.00 malam, pihak zoo Melaka datang untuk mengambil burung macaw tersebut. Wak pun bertanya kepada pegawai zoo yang berkenaan tentang imbuhan yang ditawarkan oleh pihak zoo. Pegawai tersebut memberitahu bahawa jika ada apa2 imbuhan, pihak zoo akan menghubungi kita orang.

Riuh se taman yang mengatakan kami berdua bakal mendapat saguhati RM 10 000. Andainya benarlah apa yang diberitakan memang rezeki kamilah..... Rezeki menyambut awal Ramadan agaknya.

Kalau tak de.... Mungkin bukan rezeki kami kott..... Amal jariah !!!!

7.30.2010

Tips Untuk Elak Menjadi Mangsa Culik, Ragut dan Bunuh...!!

Pelajar diculik depan sekolah...


Terbaru kisah adik Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15 yang hampir berjaya diculik yang dipercayai untuk dirogol oleh manusia berhati setan. Sebagai ibubapa atau orang dewasa kita bertanggungjawab untuk memberi panduan dan maklumat kepada anak-anak agar mereka selalu waspada terhadap orang sekeliling terutamanya orang yang mereka baru atau tidak kenali. Di sini, Wak kongsikan tips untuk mengelakkan anak-anak menjadi mangsa culik, ragut dan bunuh...!!

1) Jerit Untuk Minta Bantuan

Sekiranya ada orang menarik anda menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.

2) Sentiasa Berteman

Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan diri anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).

3) Peraturan Sentuhan

• Tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit anda kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Tiada sesiapa yang boleh menyuruh anda memegang bahagian sulit anggota badan mereka
• Sekiranya anda berasa keliru atau tidak selesa dengan cara orang lain membuat sentuhan cakap dengan jelas penolakan anda...katakan TiDAK, atau LARI
• Beritahu kepada orang dewasa yang anda percayai

4) Katakan TIDAK!!

Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.

5) Nombor Telefon

Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.

6) Pakai Pakaian Berwarna Cerah

Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.

BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 15 dan 23 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari melarikan Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, ketika dia sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah untuk menjemputnya pulang selepas tamat kelas tambahan.

Sebelum kejadian, abang mangsa telah datang ke sekolah berkenaan tetapi pulang semula ke rumah selepas mendapati adiknya masih belum keluar.
Nurmuni Ainun Izzati merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.

Sebaik sampai di sekolah berkenaan, salah seorang suspek tersebut terus menarik mangsa ke dalam kereta hingga menyebabkan pelajar berusia 15 tahun berkenaan cedera manakala beg sandangnya putus dan tertinggal di situ.

Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain tetapi mereka tidak sempat membantu kerana mendakwa kejadian berlaku begitu pantas.

Difahamkan, suspek berusia 23 tahun tersebut dipercayai dalam keadaan gersang kerana isterinya dikatakan masih berpantang kerana baru lepas bersalin.
Mangsa kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dengan salah seorang suspek memeluknya dari belakang.

Nurmuni Ainun Izzati kemudian bertindak melawan dengan meronta-ronta dan menendang papan pemuka kereta menyebabkannya rosak manakala pemandunya pula gagal mengawal kenderaan tersebut.

Ekoran tindakan drastik mangsa, kereta tersebut kemudian terbabas hingga memasuki sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

7.29.2010

MLM oh MLM!!!

Pelaburan auta ....

Sedih!!! Sudah pastinya orang Melayu yang ramai tertipu. 'Tipah Tertipu banggg!!!' Apa nak buat... Memang sudah sebati dalam diri orang Melayu nak cepat kaya. Tak kiralah berapa modalnya untuk buat MLM, sanggup bayar....

"Yang penting tak perlu jual barang! Bayar sekali seumur hidup. Cuma perkenalkan orang untuk dibawa untuk dengar ceramah. Tak pandai cakap tak peee.... Biar kita yang terangkan..." nilah ayat power para penggiat MLM Auta!!!

Awas!!!! Jangan terjerat dengan MLM auta. Nak kenal MLM species ini senang jeee... Kalau MLM nie cuma bayar sekali jeee seumur hidup... SAH memang MLM auta. So lu pikir laa sendiri!!!!

KUALA LUMPUR - Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.

Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengedarkan risalah di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Subang Jaya. Risalah tersebut mengandungi kata-kata manis untuk mengecap kekayaan dengan usaha yang minimum.

Anggota-anggota sindiket itu pula akan menggunakan kereta-kereta mewah seperti BMW pelbagai siri, Mercedes Benz, Toyota Aplhard dan Nissan Fairlady setiap kali hadir menyampaikan ceramah di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Difahamkan, kesemua kereta itu didaftarkan dengan digit nombor yang sama bagi meyakinkan orang ramai.

Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.

Bagaimanapun, kegiatan penipuan sindiket yang beroperasi di Subang Jaya sejak dua tahun lalu itu terbongkar apabila seramai 59 ahli sindiket termasuk sembilan wanita ditahan selepas polis menerima tiga laporan daripada mangsanya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Serbuan pada pukul 10 malam kelmarin di dua buah restoran di kawasan Mentari Court Subang Jaya itu dilakukan ketika ahli sindiket berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu sedang leka mengadakan ceramah.

Difahamkan, ketika serbuan terdapat lebih 30 pengunjung berada di situ.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa (gambar) berkata, selain pulangan wang, sindiket itu juga menawarkan hadiah berupa barangan serta percutian.

Katanya, mangsa yang gelap mata akan mudah terpedaya dengan imbuhan serta hadiah yang ditawarkan dan terus membuat pinjaman untuk melabur ke dalam skim tersebut.
"Sindiket juga membantu menyediakan bantuan kewangan bagi pelabur yang berminat. Mereka kemudian akan mengarahkan mangsa supaya mencari orang bawahan bagi merancakkan perjalanan wang tersebut.

"Itu hanyalah taktik sindiket di mana mereka akan menggunakan wang yang dicari daripada orang bawahan untuk dibayar kepada pelabur berkenaan dan begitulah seterusnya. Skim tersebut sebenarnya tidak membuat sebarang keuntungan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rohaimi berkata, tiga kakitangan kerajaan yang membuat laporan polis tersebut mendakwa mereka ditipu sindiket berkenaan apabila langsung tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan.

7.28.2010

Benarkan Semua Pegawai Kerajaan Berpolitik

Apa nasib pegawai yang menyokong Pakatan Rakyat...

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpandangan sepatutnya semua pegawai kerajaan dibenarkan aktif berpolitik tanpa kawalan yang ketat.

Justeru, ketua penerangannya, Fadhil Osman berpendapat kebenaran kerajaan terhadap pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk terlibat politik adalah permulaan yang baik namun ia belum memadai.

Katanya, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan membenarkan pegawai siswazah untuk aktif dalam politik sebenarnya adalah tindakan yang agak lambat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau pegawai kerajaan telah lama diberi kebenaran untuk aktif berpolitik dan memegang mana-mana jawatan politik sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.

“Hak mengundi dan memilih parti politik mana yang mereka sukai adalah hak individu sejak mereka berusia 21 tahun. Ini adalah hak rakyat Malaysia yang kerajaan tidak boleh nafikan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily

Beliau menambah, berpolitik bukanlah suatu jenayah dan ia tidak menyekat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Menurutnya, menyertai parti-parti politik adalah amalan biasa bagi negara yang mengamalkan demokrasi sihat seperti Malaysia.

Baginya, berpolitik boleh menyuburkan sifat kepemimpinan, sensitif serta peka terhadap isu dan meningkatkan semangat berorganisasi dikalangan pekerja-pekerja.

“Menyertai parti politik tidak akan menjejaskan prestasi kerja dan menimbulkan sikap ekstrem terhadap masyarakat Malaysia,” ujarnya lagi.

Katanya, DPPWP merasakan tindakan untuk meminta kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

“Kebenaran ini seolah-olah menyukarkan pegawai kerajaan kerana harus melalui pelbagai peringkat birokrasi,” katanya.

Beliau mempersoalkan bagaimana sekiranya surat permohonan kebenaran pegawai-pegawai kerajaan untuk berpolitik tidak diluluskan.

“Apakah jaminan kerajaan sekiranya permohonan ini ramainya yang datang dari pegawai yang menyokong Pakatan Rakyat?” soalnya.

Justeru, katanya kerajaan tidak perlu meletakkan apa-apa prasyarat pegawai kerajaan menyertai parti politik.

Tambahnya, tindakan boleh diambil sekiranya pegawai tersebut mengabaikan tugasnya namun bukan menyekat rakyat dari menyertai mana-mana parti politik.- Harakahdaily

Pegawai DH41 - DH48 Ape Cerita...

Guru Siswazah Dibenar Berpolitik...

Wak malas nak mengulas tajuk nie sebab dah ramai bloger2 mengulas dengan panjang lebar. Apa yang Wak nak bangkitkan pada entri nie ialah bagaimana pulak dengan PPPT DH yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti. Kami pun 'Pegawai Pendidikan'...

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.- Bernama

7.27.2010

Antara Yang Tersurat dan Tersirat...

Antara Tun Dr Siti Hasmah dan 'Perempuan itu'....

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!- Minda Tajdid

7.22.2010

HyppTV Lawan Astro

HyppTV, televisyen Internet....

HyppTV merupakan satu perkhidmatan terbaru yang telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhususkan kepada para pelanggan talian Internet jalur lebar UniFi TM untuk menonton pelbagai saluran TV yang disediakan.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Jeremy Kung berkata, kewujudan HyppTV adalah seiring dengan perkembangan teknologi hari ini yang mana orang ramai boleh menonton saluran TV menggunakan talian Internet jalur lebar yang disambungkan pada peti TV.

"HyppTV ditawarkan kepada semua pelanggan kediaman perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) UniFi TM dan perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian daripada tiga perkhidmatan yang ditawarkan termasuk talian telefon dan internet berkelajuan tinggi.

"Ketika ini, HyppTV menyediakan sebanyak 22 saluran dan ia dapat ditonton secara percuma kepada lebih 5,000 pelanggan UniFi TM pada masa ini meliputi saluran TV dalam dan luar negara," ujarnya pada majlis pelancaran di Menara TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkhidmatan VoD yang disediakan melalui HyppTV juga adalah merupakan salah satu tarikan untuk menarik lebih ramai pengguna dan ia adalah satu pengalaman baru yang mana orang ramai berhak untuk memilih sendiri rancangan yang disukai tanpa mengira waktu atau masa terluang.

Melalui VoD juga pelanggan sudah tidak perlu terikat lagi dengan jadual rancangan yang tetap dan harus dipatuhi. Malah, program-program yang terkandung dalam VoD juga akan diperbaharui setiap bulan.

Kandungan program yang disediakan dalam VoD bukan sahaja mengandungi filem atau drama bersiri terbaru dari Hollywood dan negara-negara Asia yang lain, malah turut disediakan juga kandungan program-program tempatan.

Kemunculan teknologi terbaru seperti HyppTV adalah satu bentuk transformasi memandangkan kini adalah zaman peredaran maklumat yang begitu pantas dan ia bukan diperolehi melalui berita, malah melalui dokumentari atau filem yang dipaparkan di kaca TV

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails