Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia
bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian
berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin.
Gambar hiasan
Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit
baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan
miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan
kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi
memecahkan cermin kereta mangsa.
Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan.
“Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.
“Lebih menyedihkan, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki berusia lewat 20-an terbabit sebelum diheret semula ke dalam kenderaan mereka untuk dibawa ke mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan memaksa mangsa mengeluarkan wang RM1,600,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke satu kawasan kondominium di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan dengan dibantu pengawal keselamatan kondominium berkenaan, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd
Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian
dan berkata, siasatan lanjut dijalankan. - HMetro
No comments:
Post a Comment