2.28.2013

Panas... Penangan Dari Video Salih Yaacob Dan Nabil

Kata orang lama-lama.....

"Kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa"

 TERKINI : Salleh Yaacob Minta Maaf & Akan Bersara Dari Dunia Hiburan... Selamat Tinggal Salleh Yaacob!!!...

SINAR Terkesan Dengan Pembabitan Penyampai Radionya Yang Terlibat Dalam Pembikinan Video "Bangkang Dari Longkang". Ternyata "Kuasa Rakyat" Membuatkan Stesen SINAR.FM "Tak Senang Duduk" Nampaknya Hingga Pihak Mereka Terpaksa Mengeluarkan Kenyataan Berikut:

Kat Bawah nie video lakonan  SY dan Si Nabil...

 





2.27.2013

Penggali Kubur Ditangkap Khalwat Bersama Pelajar Kolej

Penggali kubur nie tak pernah tengok Drama Tanah Kubur yang ditayangkan pada setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis mengisahkan pelbagai pengalaman aneh seorang penggali kubur, Tok Adi (Nasir Bilal Khan)......
 
Alor Gajah: Tindakan seorang penggali kubur menyewakan sebuah rumah untuk kekasihnya selain berlagak seperti pasangan suami isteri sejak hampir setahun lalu terbongkar selepas diserbu ahli jawatankuasa (AJK) masjid bersama polis di sebuah taman perumahan di Kampung Sungai Petai, di sini, petang kelmarin. 

Serbuan diketuai Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maaruf bersama ahli jawatankuasa masjid serta sepasukan polis hasil maklumat awam pada jam 4 petang. 

Harian Metro difahamkan, penggali kubur berusia 30-an itu menyewakan rumah milik arwah bapa saudaranya itu RM200 sebulan dan sering bermalam di rumah kekasihnya yang juga pelajar sebuah kolej berusia 20-an. Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang berasmara di ruang tamu rumah sewa mereka sambil menonton televisyen. 

“Selepas memberi salam, pasangan yang menyedari kehadiran pasukan serbuan kelam-kabut. Penggali kubur yang ketika itu berseluar pendek mempersoalkan tindakan iman bersama jawatankuasa masjid dan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan. -HMetro

Seorang Ibu Sanggup Bunuh Anak Kerana Kemaluannya Mengecil

Bunuh anak kerana malu kemaluannya mengecil ... 

JAKARTA — “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengakumembunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa. 

Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari semalam, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa. Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. 

Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu. Seorang jurucakap polis dipetik sebagai berkata oleh portal berita kompas.com bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu. 

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat. Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan anaknya itu, kata jurucakap berkenaan. 

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan. — BERNAMA

Pantang Maut Sebelum Ajal

Budak 10 tahun mampu bangun, berjalan selepas digilis traktor....


ALOR PONGSU - “Bagai mati hidup semula," itu adalah pengakuan kanak-kanak yang terselamat setelah sebahagian badannya digilis traktor pengangkut kelapa sawit seberat dua tan dalam kemalangan di Changkat Lobak, di sini. baru-baru ini. 

Lebih mengejutkan, kanak-kanak terbabit, Muhammad Syafiq Hamid, 10 menceritakan, dia dapat bangkit dan berjalan seperti biasa mendapatkan ayahnya yang sedang memandu traktor tanpa sebarang rasa sakit.

Menurutnya, bapanya sedang memandu traktor menuju ke pusat pengumpulan hasil sawit di Changkat Lobak sewaktu kejadian pada jam 2.30 petang itu berlaku, untuk menjual hasil sawit yang dikutip di kebun. "Saya duduk di sebelah ayah ketika itu dan terjatuh ke bahagian belakang traktor ketika sedang melihat kenderaan di belakang. 

Saya jatuh terlentang dan digilis tayar belakang traktor. "Saya terkejut ketika itu dan menyangka telah mati. Tapi saya langsung tidak rasa sakit selepas separuh badan digilis lalu bangun dan berjalan seperti biasa," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Changkat Lobak, semalam. 

2.22.2013

9 Janda Jadi GRO Di Pusat Karaoke

Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal.”

Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.

“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.

 
Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38; Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan Rosnita Mawardi, 35. - HMetro

TAMIN.... GULA2 PRU 13

Hina kebijaksanaan rakyat dengan cuba menawan dan membeli hati rakyat dengan hanya sebotol kicap, sos cili dan bes perisa ros....



Begitu murah sekali UMNO-BN menilai hati dan maruah Rakyat!!!

Wahai pewaris-waris perniagaan 'TAMIN'...
Selamat berjuang dalam parti kepercayaan anda, tapi jangan tersilap langkah macam 'skincan ikan bakar'...

Fahamilah maksud ini kerana perjuangan dan perniagaan
tidak boleh digaulkan bersama...



 Masihkah kau ingat!!!!

Nasib 'Skinchan Ikan Bakar Melaka' (berhadapan dengan Mydin MITC). Telah secara rasminya ditutup pada awal tahun 2013.. 





Sayu.. Pilu... Sendu dan terkedu.... 

Dan dah banyak lagi cawangannya telah ditutup akibat kebongkak kan dan keceluparan 'Taukey' 'Skincan Ikan Bakar' 

 Terkenang suatu masa dahulu...
Gah dipandangan mata



SUARA RAKYAT... SUARA KERAMAT!!!!




2.20.2013

Janda Anak 3 Berkemban Ditangkap Khalwat Dengan 'Mat Nepal'

Janda 3 anak, lelaki warga Nepal tinggal sebilik dicekup...


AMPANG - Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam. 

Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan. 

"Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu. "Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya. 

Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati. “Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.

"Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam," katanya. Dalam serbuan berasingan, perbuatan mencurigakan beberapa wanita memasuki rumah bujang lelaki di Taman Melur, di sini, terjawab apabila kediaman itu diperiksa. 

Ahmad Nawi berkata, lima individu termasuk dua wanita sekitar 20 hingga 30an ditahan dalam serbuan berkenaan. Menurutnya, dua lelaki masing-masing hanya bertuala dan berseluar pendek didapati tidur bersama seorang wanita berpakaian lengkap di ruang tamu rumah berkenaan. 

"Seorang daripada lelaki terbabit memberi alasan teman wanitanya terpaksa menumpang di kediaman itu kerana kesukaran mencari rumah sewa lain," katanya. Pada masa sama, sepasang kekasih turut dicekup tidur bersama dalam bilik di tingkat atas rumah itu. 

Lima yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk laporan tangkapan. - Sinar

PRU 13 : DUN Selangor Bubar Hari Ini....

MB menghadap Sultan Selangor, bubar Dun hari ini?


SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu. 

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor. 

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. “Memang setiap Rabu, Menteri Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. 

Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini. “Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya. 

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama. “Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya. Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut. 

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya. Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini. 

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. - Sinar

2.18.2013

Gambar Yang Amat Menakutkan Menteri Pertahanan

Gambar ini khas buat Menteri Pertahanan Malaysia.... Zahid Hamidi!



Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Cerita lanjut klik di sini...

Peragut Belasah Suri Rumah Tanpa Belas kasihan


Miri: Seorang suri rumah bukan saja dibelasah tanpa belas kasihan, malah kepalanya turut dihentak dengan objek keras oleh penjenayah dalam kejadian ragut di Lorong 4, Permyjaya, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 40-an itu dikatakan berjalan kaki bersendirian ke rumahnya selepas menemui seorang rakan di sebuah rumah berhampiran, kira-kira jam 9 malam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tidak menyedari diekori suspek ketika melalui kawasan berkenaan dan kesempatan itu digunakan penjenayah terbabit menolak dan merentap beg tangan mangsa.
Katanya, mangsa dikatakan cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan suspek berang dan membelasah serta menghentak kepala mangsa dengan objek keras.

“Hentakan itu menyebabkan mangsa berlumuran darah dan jatuh di atas jalan raya sebelum dibantu beberapa penduduk yang menyedari kejadian itu. - HMetro

2.16.2013

Temankan Tunang Tidur Di Bilik Hotel


BATU PAHAT – “Sumpah ustaz, kami tak buat apa-apa, saya hanya temankan tunang saya tidur sahaja,” kata seorang lelaki ketika ditahan dalam serbuan Ops Valentine di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam. 

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 pagi itu, seorang pemuda berusia 24 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama wanita yang didakwa sebagai tunangnya yang juga berusia 24 tahun. 

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika ditahan lelaki terbabit memberi pelbagai alasan antaranya mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan. 

Katanya, keesokan harinya ada perkara yang penting menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidur bersama di hotel itu manakala pasangannya hanya mendiamkan diri ketika disoal siasat. “Pemeriksaan mendapati pasangan terbabit masih belum mempunyai ikatan perkahwinan. 

“Alasan yang diberikan antaranya menemani tunang yang takut tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan ianya tetap tidak boleh diterima selagi mereka masih belum mempunyai ikatan sah. 

“Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini turut memberi alasan mereka sudah bertunang sejak dua bulan lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian. 

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum dituntut waris masing-masing. “Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. 

“Kami akan meneruskan operasi dan menjalankan serbuan seperti ini bagi memastikan kegiatan khalwat dapat ditangani sekaligus menangani gejala tidak bermoral di daerah ini,” katanya. Katanya lagi, setiap ibu bapa juga dinasihati untuk lebih peka dan berwaspada dengan keadaan dan lokasi anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perkara sebegini. 

Dr Juanda & Dr Asri Akan Bertanding PRU13?

Dr Juanda: Saya memang timbang serius sertai PRU13...


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


Beliau juga mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut. 

Dr Juanda (kiri), pemegang zamalah Universiti Oxford kelahiran Sarawak itu turut mengakui langkahnya menyertai pilihan raya merupakan "persoalan besar" yang perlu difikir semasak-masaknya.

"Saya memang tengah timbang serius untuk masuk (bertanding pada) pilihan raya kali ini.

"Banyak pihak sudah jumpa dan tawar. Sekarang dalam proses analisis keadaan semasa dan kesesuaian. Ini soal besar," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini semalam.

Kelmarin ahhbar Sinar Harian melaporkan beliau dan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata Dr Juanda kemungkinan bertanding di Parlimen Kangar, Perlis atas tiket PKR. Manakala Mohd Asri dikatakan akan bertanding di Pulau Pinang.



Bagaimanapun semalam beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilapor akan mengumumkan pendirian rasminya berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.

Sependapat dengan Mohd Asri (kanan), rakan seperjuangannya, Dr Juanda juga memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum mengumumkan pendirian rasminya.

"Ya (tempoh dua atau tiga minggu). Bagi saya masa buat analisis," katanya menjawab soalanMalaysiakini.

Dr Juanda adalah lulusan syariah Univerisiti Al-Azhar 1991 hingga 1995.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).- Malaysiakini

2.07.2013

Juruwang Dirogol Bergilir-gilir 4 lelaki

Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin.

 Gambar hiasan 

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi memecahkan cermin kereta mangsa.

Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan.
“Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

“Lebih menyedihkan, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki berusia lewat 20-an terbabit sebelum diheret semula ke dalam kenderaan mereka untuk dibawa ke mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan memaksa mangsa mengeluarkan wang RM1,600,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke satu kawasan kondominium di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan dengan dibantu pengawal keselamatan kondominium berkenaan, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut dijalankan. - HMetro

Gempar ! Kanak-kanak Sembilan Tahun Lahir Anak

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam. 

"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu. Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks. 

Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan. Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram. Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP

Kehilangan Besar : Pakar ICT Meninggal Dunia ..

Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia ...

KUALA LUMPUR — Pemenang Anugerah Perdana Menteri ”Best of the Best” APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat deman panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi. Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun. 

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira pukul 7 malam. Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. 

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok. Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. 

Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. 

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula pukul 7.30 pagi setiap hari. 

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. "Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri,” katanya. Pada majlis Anugerah Teknoloji Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. — BERNAMA

2.03.2013

Suri Rumah Lakukan 'Urutan Batin' Untuk Mencari Nafkah

Suami tak bantah pakej urut batin...



Kuala Lumpur: Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut ‘geli-geli’ dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak sampai melakukan hubungan seks.

Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami tiada pendapatan tetap.

Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.

Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata untuk mendapatkan pulangan lumayan.

Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, baru-baru ini. - HMetro

2.01.2013

"UMNO Tidak Tahu Membina Sebuah Negara Berteraskan Islam"

 
ALOR SETAR - Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam. “Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. 

Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah. “Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. 

Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin. 

Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang danSelagor - SH

Kanak-kanak 3 Tahun Maut Didera


Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.

Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.

Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.

Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.

“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya. - HMetro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails