6.08.2011

Monorel Negeri Melaka Vs Kereta Api Bukit Bendera

Semalam tertengok Berita TV3 cerita pasal Kereta api Bukit Bendera rosak lagi... Dah buat kali ke-3. Malam nie pun bila tertengok Berita TV3, benda yang sama diulas... Rata-rata komen pengunjung yang keluar kat berita menyatakan rasa kecewa dan memalukan negara. Akhir sekali permasalahan ini di sandarkan pada Kerajaan Negeri....

Antara ayat-ayat pembaca berita TV3 semalam :

"Entah mana silapnya, koc baru keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang yang menelan kos RM73 juta terus mengundangkan imej memalukan.

Ketika lokasi itu jadi tumpuan ramai terutamanya kerana cuti sekolah, keretapi yang sama buat hal - rosak kali ketiga.

Ironinya, koc puluhan jutaan ringgit itu baru beroperasi dua bulan.

Perkhidmatan keretapi diberhentikan jam 10 pagi tadi, gara-gara masalah teknikal.

Ia disahkan Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Lee Kah Choon.

Beribu-ribu pelancong yang terkandas di atas bukit terpaksa dibawa turun dengan kenderaan pacuan empat roda.

Yang baru datang pula, hampa dan kecewa.

Memandangkan cuti sekolah, ramai yang datang dari jauh ingin mencuba koc baru, terpaksa patah balik......"


Baru sekejap tadi baca Kosmo online... Nie beritanya....

Kereta api Bukit Bendera disambung
08/06/2011 4:10pm

GEORGE TOWN — Operasi kereta api Bukit Bendera yang dihentikan semalam kerana masalah teknikal disambung semula hari ini.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Lee Kah Choon ketika dihubungi Bernama di sini, berkata perkhidmatan itu beroperasi semula kira-kira pukul 7 pagi selepas masalahnya diatasi oleh jurutera.

Semalam, kira-kira 400 penumpang yang terkandas di puncak bukit itu terpaksa dibawa turun menggunakan bas dan jip, apabila kereta api terbabit rosak buat kali ketiga dalam tempoh dua bulan sejak dibuka kepada umum pada 24 April, selepas dinaik taraf dengan kos RM73 juta. - Bernama


Persoalan yang sama..... Apa cerita Monorel di Negeri Melaka... Sebuah negeri yang telah diistiharkan 'Negeri Maju' pada 20.10.2010 (20 Oktober 2010), jam 20.10 malam.

Di bawah ini gambar kenangan ketika majlis perasmian Monorel di Negeri Melaka....


Cerita lama tapi sampai sekarang tak de sudahnya... ...

Perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketikakira-kira 20 orang berada di dalamnya.Kejadian yang berlaku pada pukul 4.3o petang tadi, sebaik sahaja pengankutan awam termoden di Melaka ini dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada pukul 1 petang. Monorel jenis tiga gerabak ini tiba-tiba terhenti kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Tetapi, 20 orang yang terperangkap di dalam monorel tersebut dapat diselamatkan dengan penggunaan “sky-lift”.Agak tidak bernasib baik pada Kerajaan Negeri Melaka kerana tragik seperti ini berlaku pada hari bersejarah Pengisytiharaan Melaka Maju 2010. Agak khuatir juga kerana apa yang difahamkan, model gerabak monorel tersebut merupakan model baru, tapi belum apa-apa lagi, dah bagi masalah.


Akhirnya ramai pengujung dalam dan luar negara rasa hampa dan kecewa kerana tidak dapat naik monorel negeri melaka. Apatah lagi sekarang ini musim cuti persekolahan....  Sedih.. Kecewa.... dan memalukan negara......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails