6.16.2011

Kurang Ajar dan Patut Diajar

Utusan Malaysia Hina Islam...

BOIKOT UTUSAN!!!! DAH LAMA TAK BACA UTUSAN... SEMENJAK MEMAPARKAN GAMBAR-GAMBAR PORNO VIDEO SEKS DATO 'T'.

Marilah kita sama-sama memboikot Utusan sehingga ke liang lahat kerana mereka telah menghina Hukum Islam. Saya menyeru seluruh negeri Pakatan Rakyat mengharamkan pengedaran dan penjualan akhbar Utusan ini.

Mereka dah melampau!!!! Kurang 'AJAR' dan patut kita ajar!!!!


Kalau dilihat pelukis kartun 'Kekeliruan Kes Rogol' hanya berjenaka berdasarkan kisah sebelum ini iaitu kenyataan Presiden Pas Hadi Awang yang mana ada mengatakan bahawa camera vedio / hp ini tidak boleh di jadikan bukti sebab ianya hanyalah besi semasa perhimpunan pas tempoh hari.

Tetapi atas kedangkalan agama dan juga atas dasar kebobrokan politik sempit yang dimainkan oleh pihak akhbar ini telah menjerat diri mereka sendiri. Dengan jelas jalan cerita kartun tersebut telah menghina dan memberikan tanggapan yang negatif kepada Islam.

Apa yang jelas akhbar milik UMNO ini menghina hukum Islam dan menambah pergeseran dan perpecahan umat. Dan yang paling menyedihkan kita semua apabila akhbar ini menyiarkan dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

Pihak Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

Cerita lanjut klik di sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails