5.16.2011

Selamat Hari Guru

Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru. Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Guru Penyuluh Kesempurnaan Insan
Guru Teras Keunggulun Negara dan Bangsa
Guru Dedikasi Negara Terpuji
Ketakwaan Guru Asas Kesempurnaan Pendidikan
Ke Arah Penglahiran Guru Ahlut-Takwa
Kearah Pembentukan Akhlak Yang Mulia
Guruku Masa Depanku
Mendidik Dengan Iringan Doa
Guru Cemerlang Negara Gemilang

Kata keramat Dato'Dr Usman Awang 1979....
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Perahu sarat membawa ulam
        pucuk temu dengan siantan
Guru ibarat sebatang kalam
        Tinta ilmu seluas lautan.

"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails