5.27.2011

Tarif Elektrik : Terima kasih BN!!!

Tarif elektrik tak naik... cuma kurangkan subsidi jeee!


Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

5.17.2011

Nadanya Sama Tapi tak Serupa....

Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali...

Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya atau menghukum mereka.

Suatu ketika dahulu....

Nazri kata tayangan video lucah tidak salah.....

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah membuat ulasan berkaitan ‘tayangan video aksi seks’ di hotel Carcosa Seri Negara oleh ’Datuk T’.

Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

P/s: Ramai orang kampung dan juga orang Felda dah mula pening dengan kenyataan Pak Menteri nie.... Orang bandar dah lama pening. 1Malaysia pun dah naik pening. Lalat pun dah tau pening... Pening2 LALAT!!!

Hadiah Hari Guru Vs Buku Jingga

Hadiah Hari Guru dari PM....

Untukmu Pengetua dan GPK.....

1.Kenaikan gred gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

2.Semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

3.Semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

Untukmu GURU BIASA :

Guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (La nie pun ada jugak pergerakan gaji tahunan... Persoalannya apa benda yang barunya????)

Umum untuk semua GURU....

Semua guru boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu :
i. Guru Biasa
ii. Guru Kanan
iii.Guru Wibawa dan
iv. Pendeta Guru.

P/s: Itu pun bermula 01 Januari 2012 dan perlu diingat kepada seluruh Guru Biasa, untuk kenaikan pangkat perlu ada sokongan dari pihak Pengetua/Guru Besar. Ini bermakna guru-guru biasa mestilah mengikut telunjuk mereka yang mungkin akan terjurus kepada arahan kerajaan yang memerintah sekarang.... (Tp Januari 2012 tuu tak taulah Kerajaan apa yang memerintah... Samada masih BN @ PR)

BUKU JINGGA

Khas untukmu SEMUA GURU tanpa memilih 'bulu'....

Golongan Pendidik Diutamakan

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada para pendidik mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.
Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.

Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.

P/s : Yang menariknya Buku Jingga nie khas untuk semua Guru adalah "Aspirasi Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam buku jingga pada kovensyen kedua antaranya ialah mengangkat martabat guru dengan meningkatkan elaun RM500/bln adalah satu janji yang akan ditunaikan sekiranya Pakatan menang dan berkuasa dan dilaksanakan dalam 100 hari memerintah"

Sama-samalah warga pendidik renong-renongkan.....

5.16.2011

Saiful Saksi "Benar dan Berwibawa."....

Termakbul Doa Si Saiful semasa di Tanah Suci bersama 'Neneknya'

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Selamat Hari Guru

Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru. Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Guru Penyuluh Kesempurnaan Insan
Guru Teras Keunggulun Negara dan Bangsa
Guru Dedikasi Negara Terpuji
Ketakwaan Guru Asas Kesempurnaan Pendidikan
Ke Arah Penglahiran Guru Ahlut-Takwa
Kearah Pembentukan Akhlak Yang Mulia
Guruku Masa Depanku
Mendidik Dengan Iringan Doa
Guru Cemerlang Negara Gemilang

Kata keramat Dato'Dr Usman Awang 1979....
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Perahu sarat membawa ulam
        pucuk temu dengan siantan
Guru ibarat sebatang kalam
        Tinta ilmu seluas lautan.

"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"




5.10.2011

Harga Gula Naik 20 Sen : Kerajaan Berjimat RM116.6juta.

Harga gula naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei...


Mengapa harga gula naik?

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Bagi sikit alasan mengapa gula naik?

Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat....

Bagi lagi alasan yang boleh rakyat buat perbandingan...

Walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina


Apa kesannya bila harga gula naik 20 sen?

Pak Menteri akan bersuara .....

"Kita akan pastikan kenaikan harga gula ini tidak akan membembankan rakyat... Kita akan pantau harga barangan supaya mereka tidak akan menaikkan harga sewenang-wenangnya"

Tapi apa yang akan rakyat rasakan tempias dari harga gula naik!!!!

Semua barang akan naik.....

Teh tarik mamak dan yang seangkatan dengannya akan naik...
Kuih-muih Mak Cik yang jual kat tepi jalan pun naik...
Air tebu @ kelapa pun naik...
Apam balik naik juga...
Harga roti kaya pun naik...
Susu anak-anak gerenti naik....
Susu pekat... susu cair... macam2 susu naik...
Darah tinggi Mak Cik/ Pak Cik Kat Kampung dah mula naik....

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan”

Terima kasih Kerajaan BN!!!!!!

5.05.2011

PETUA MENGASIHI ISTERI

Khas buat si suami.......

Kekadang kita terlupa....
Kekadang ambil ringan...
Kekadang ambik tak kesah...
Kekadang tak peduli...
Kekadang tak perasan...
Kekadang dah jadi biasa...
Kekadang dah lali...
Kekadang tak ambik pusing...
Kekadang.... masih belum terlambat... mari kita mulakan!!!!


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

Sumber : MY Baby Store

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails