1.28.2009

KERANDA 152


KERANDA 152 – (DATO USMAN AWANG)

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu


Sajak yang di hasilkan oleh Dato Usman Awang banyak mengandungi peristiwa yang tersirat dan tersurat. Ia berkaitan dengan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Pejuang bahasa sebelum merdeka adalah juga pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan.
Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bansanya sendiri.

Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.

PPSMI telah mula dilaksanakan pada tahun 2003 diperingkat sekolah kebangsaan bermula dengan tahun satu dan diperingkat sekolah menengah bermula dengan pelajar tingkatan satu. Selepas lebih enam tahun perlaksanaan PPSMI terdengar suara-suara keramat memperjuangkan Bahasa Melayu... Bahasa Ibunda!!!
Di manakah Bahasa Melayu? Apakan jadi Bahasa Ibunda kita... Adakah ianya akan jadi suatu sejarah yang hanya dipelajari oleh cucu cicit kita dan sekadar menjadi bahasa pasar??? Ke manakah arah tuju Anak Bangsa Melayu.... Adakah semakin hari semakin layu... lesu... dan akhirnya kaku! Sanggupkah kita melihat dengan sekadar membisu.......???

Dan sekarang terdengar semula jeritan-jeritan keramat yang ingin mengusung semula Keranda 152... Bagaimana dengan kita?? Adakah sekadar melihat atau sekadar berpeluk tubuh... Menyandarkan kepada Takdir!! Memperjudikan nasib anak-anak yang hanya dijadikan bahan eksperimen oleh manusia-manusia yang rakus dek kerana nafsu dan kedudukan.... Ayuh!!! Marilah kita bersama-sama bangkit demi masa depan anak-anak bangsa kita... Agar Bahasa Ibunda kita sentiasa terjaga dan terpelihara. Agar tetap utuh sepanjang zaman ‘Bahasa Jiwa Bangsa’....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails