1.30.2009
SELAMAT HARI JADI...
Itulah ucapan pertama dari Isteri Wak tepat jam 12.00 malam. Tanggal 29 Januari tiba lagi.... Bermakna bertambahlah lagi umur Wak. Rasa dah tua bro.. Rambutpun dah banyak beruban. Dan tahun ini cukup bermakna sebab telah menjangkau usia 40 tahun ‘Life Begin at Fourty’ . Balik kerja dalam pukul 6.00 (Balik lewat sebab hujan) Wak sampai rumah .. Terkejut Wak..... Bukak pintu jee... ‘SUPRISE!!!’ Anak-anak Wak menjerit bila Wak masuk rumah. Dah terhidang kek Hari Jadi Yang ke 40 dan juadah ... Panggil jiran-jiran terdekat jeee.
Teringat masa dulu2.. Masa masih bergelar CIKGU... Tiap kali tanggal 29 Januari ni datang, banyak lee Wak dapat hadiah. Macam-macam ada.... Laa ni, sekor pelajarpun tak dee nak bagi ucapan kat Wak . Dapat hadiah dari anak bini jee lah.. Itulah bezanya ngajor kat sekolah dengan kolej nii.. Kat sekolah nie bukan saja mengajor tetapi dalam masa yang sama kita mendidik. Beza pulak kat kolej.. Budakpun dah besar panjang.. lebih kepada mengajor jee lahh.. Tapi yang pentingnya ... Lillahitaala!
Apa yang Wak harapkan.. Semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan dalam hidup Wak sekeluarga.. Amin! Kepada isteri tersayang... i love u so much!! Terima kasih kerana sabar menjalani kehidupan bersama dan melayan kerenah anak-anak walau sibuk dengan tugasan di sekolah... Kepada anak-anak.. (2 putera dan 2 puteri) sentiasa didoakan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.. Amin!
1.29.2009
BLAJOR EDIT GAMBAR GUNA PHOTOFUNIA
Kalau nak bagi cantik korang kena pilih gambar yang paras dada jee dan menghadap ke depan. Memang terpegun laa bro... Oklah selamat mencuba! Click web kat bawah nie...
www.photofunia.com
Pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI
Gerakkan Memansuh Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya pada Sabtu ini (31 Januari ) jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka malah bakal hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan dari pelbagai NGO.
Kata Hasni perlancaran ini adalah aktiviti pertama GMP yang dibuat secara terbuka dan akan dilanjutkan melalui 'road-show' ke negeri-negeri yang akan dilaksanakan pada bulan Februari ini manakala mesyuarat bersama pengerak-pengerak di peringkat negeri akan di adakan padaJumaat 30 Januari di Kuala Lumpur.
"Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengapa PPSMI mesti dimansuhkan seterusnya mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama dalam Himpunan 100 ribu di Istana Negara pada Sabtu 7 Mac ini.
Selain itu penyerahan memorandum pemansuhan PPSMI kepada semua ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada Selasa 17 Februari di hadapan Parlimen, katanya.
"Memorandum ini adalah salah satu usaha pihak GMP untuk mendesak pihak kerajaan dan pembangkang memperdebatkan isu ini dalam parlimen dalam waktu yang terdekat.
"Pemansuhan dasar PPSMI perlu dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat. Jika tidak, generasi muda khususnya di luar bandar bakal berdepan dengan pelbagai masalah pada masa akan datang," katanya yang juga Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka.
Berita Dari Harakahdaily
Wed | Jan 28, 09 | 4:21:10 pm MYT
Nota : Wak sentiasa menyokong perkara yang baik untuk membela anak bangsa dan juga Bahasa Ibunda.... ‘ Bahasa Jiwa Bangsa’. Teruskan perjuangan!!!
1.28.2009
KERANDA 152
KERANDA 152 – (DATO USMAN AWANG)
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu
Sajak yang di hasilkan oleh Dato Usman Awang banyak mengandungi peristiwa yang tersirat dan tersurat. Ia berkaitan dengan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Pejuang bahasa sebelum merdeka adalah juga pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan.
Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bansanya sendiri.
Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.
PPSMI telah mula dilaksanakan pada tahun 2003 diperingkat sekolah kebangsaan bermula dengan tahun satu dan diperingkat sekolah menengah bermula dengan pelajar tingkatan satu. Selepas lebih enam tahun perlaksanaan PPSMI terdengar suara-suara keramat memperjuangkan Bahasa Melayu... Bahasa Ibunda!!!
Di manakah Bahasa Melayu? Apakan jadi Bahasa Ibunda kita... Adakah ianya akan jadi suatu sejarah yang hanya dipelajari oleh cucu cicit kita dan sekadar menjadi bahasa pasar??? Ke manakah arah tuju Anak Bangsa Melayu.... Adakah semakin hari semakin layu... lesu... dan akhirnya kaku! Sanggupkah kita melihat dengan sekadar membisu.......???
Dan sekarang terdengar semula jeritan-jeritan keramat yang ingin mengusung semula Keranda 152... Bagaimana dengan kita?? Adakah sekadar melihat atau sekadar berpeluk tubuh... Menyandarkan kepada Takdir!! Memperjudikan nasib anak-anak yang hanya dijadikan bahan eksperimen oleh manusia-manusia yang rakus dek kerana nafsu dan kedudukan.... Ayuh!!! Marilah kita bersama-sama bangkit demi masa depan anak-anak bangsa kita... Agar Bahasa Ibunda kita sentiasa terjaga dan terpelihara. Agar tetap utuh sepanjang zaman ‘Bahasa Jiwa Bangsa’....
1.21.2009
USUL/CADANGAN PIBG
Pagi tadi sebelum pergi sekolah, anak Wak yang sulong.. Dinie Irham kat Tahun 4 serah satu surat suruh isi usul/cadangan PIBG sekolah. Wak pun isilah 3 usul :
1. Membentangkan keputusan analisis UPSR tahun 2008 bagi matapelajaran Matematik dan Sains
2. Membuat kajian keberkesanan PPSMI bagi pelajar-pelajar di SK Gangsa Melaka
3. Membuat kaji selidik kepada ibu bapa berkaitan perlaksanaan PPSMI di SK Gangsa Melaka
Sekarang ni PIBG sekolah rata-rata sedang dalam proses melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG. So kepada teman-teman yang masih tak tau nak isi usul ape... Korang salin ajelah usul Wak tuu.. Anak kita nie kalau bab-bab cam ni dia orang sensitif. Kalau kita ambil serius tentang surat yang dia hulur tuu, terasa di hargai. Tapi kalau korang buat dekkk jee, tak isi apa2, dia akan rasa macam tak dihargai... Kalau dah tak nak isipun kenalah xplain sikit.. Supaya hatinya tak terguris luka!!!
Nampak macam simple je benda nie.. Tapi kita kena sensitive sikit... Macam pakar motivasi pulak dahhh!!! Bukan apa pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup kita dan GURU adalah inspirasiku!!!
Persoalannya kenapa Wak buat usul ini???? Tungguuuuuuu... ulasan seterusnya!!
1.19.2009
TIPS & INFO TENTANG HP
Petua Penjagaan Hp :
i. Jangan meletakkan di tempat yang tinggi, risiko nak jatuh 'bederai' tu tinggi
ii. Jangan guna Hp ketika di 'cas'. (Nak kena karen kat telinga tu.. haa buat laa)
iii. Elakkan terkena air contohnya ketika hujan. (Bungkus plastik la bro)
iv. Jauhkan dari kanak2. (Macam ubat pulakdah....)
v. Yang ada 'bluetooth' jangan on kan selalu.. takut masuk virus
Periksa Model & Jenis Hp :
Untuk mengetahui jenis Hp, tahun keluaran dan jenis fail yang digunakan, korang cuma tekan butang *#0000#
Contoh paparan :
Nokia 6500s-1
V 04.84 = Versi fail
05-12-07 = Tahun keluaran
RM-240 = Jenis fail
(c) Nokia = Pengilang
Kalau Hp hilang apa nak buat bro?
Setiap Hp mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Korang hanya perlu tahu dan simpan catatannya. Untuk memeriksa nombor IMEI ini hanya tekan *#06#
Nombor yang di tayangkan adalah 15 digit. Catatkan nombor nie kat dalam diary kalau adalah. Kalau tak de korang tulislah kat dinding bilik tidur biar senang nak rujuk. Kalau Hp hilang pergi ke Center Maxis ke, Celcom ataupun Digi dan bagi nombor 15 digit tadi supaya Hp yang hilang tu kena 'Blacklist' . Walaupun Hp tersebut ditukar SIM card namun ia tidak boleh digunakan sebab dah kena 'block' penggunaannya. Ambik kau.. Puas hati aku!!!!
Bukan apa sekurang-kurangnya bila si pencuri bahlol nie dah curi sampai 10 biji Hp tapi semua tak boleh nak guna, lama-lama dia insaf laaa.. Tu je yang kita nak. Tapi kalau dia masih nak curi jugak, Wak rasa dia nie dah masuk kategori 'sakit jiwa'.
Oklah.. tu je yang dapat Wak kongsikan kat korang semua untuk kali ini ... Adius! Aminggus! Berambus!!!!
Nota : Wak sedang membuat kertas kerja Kursus Pendek Menservis & Membaikpulih Handphone. Sesiapa yang berminat bolehlah contact Wak ok...
SALAM MAAL HIJRAH 1430 & SELAMAT TAHUN BARU 2009
"Ukhuwah itu tidak hanya terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan di bibir semata, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa: Salam Maal Hijrah 1430"
1.18.2009
Pilihanraya Kecil P036 : PAS menang majoriti 2,631 undi
Wak dapat keputusan jam 9.30 malam sewaktu menonton TV Awani. Dah kira lambat la tuu. Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan.
Pilihanraya ke-12 sebelum ini Haji Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.
Selepas tu ada pulak rancangan Awani Global dan seterusnya Wak menonton Analisis Khas tentang Pilihanraya P036 Kuala Terengganu. . Banyak pengajaran yang Wak ambil dari kedua2 rancangan tersebut. Antaranya Dato Kadir Jasin ada menyebut bahawa dalam keadaan sekarang ini Budaya GERTAK tidak lagi relevan untuk memastikan bahawa sesebuah Parti itu terus berkuasa. Wak senyum jeee… Teringat kata-kata seorang member yang mencabar Wak berhenti dari kerja kerajaan. Pasal ape dia cabar Wak.. lu pikir laa sendiri. Wak pun malas nak ulas banyak-banyak kat sini nanti kena black-list pulak... maklumlah, laa ni Wak kerja dengan kerajaan yang memerintah.
Syabas dan tahniah kepada PAS & PR, YAB Mohd Abd Wahid Endut dan semua pejuang-pejuang yang sanggup bekorban demi memertabatkan Bangsa, agama dan Negara.
1.17.2009
GURU INSPIRASIKU....
Tanggal 01 Disember 1994 adalah hari pertama Wak sah menjadi seorang GURU. Rasanya satu mimpi indah dalam hidup Wak kerana cita-cita untuk menjadi seorang GURU dari kecil lagi telah tercapai.
Apa yang terharunya melihat titisan air mata kedua orang tua, emak dan abah (abah telah pergi buat selamanya pada 3 Ogos 2006) .... sewaktu mula2 Wak melangkah masuk ke Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur tahun 1993.
Banyak pengalaman pahit dan manis Wak lalui sepanjang menjadi insan bergelar guru. Dan yang sentiasa menjadi kenangan adalah sajak karya Dato' Osman Awang.... Itu sebab Wak titipkan sajak itu dipermulaan blog Wak nie....
Saban tahun setiap Hari Guru tiba, Wak akan sampaikan sajak Guru Oh Guru ketika di SMVKK @ SMTKK.... Bukan Wak ingin menyanjung diri.. tapi lebih dari itu sebenarnya Wak terkenangkan jasa cikgu2 yang mengajar Wak di zaman persekolahan (Sek Keb Seri Maimon - termasuk sekolah Agama & SMDS Pt Sulong). 'Terima Kasih Cikgu!!!!'
Tapi.... Wak berduka dalam gembira.... Tanggal 1 Mac 2003 menukar title Cikgu yang Wak ada. Wak berpindah mengajar di Kolej Komuniti Jelebu dan pada tanggal 1 Mac 2004 bertukar ke KKBBM sehinggalah sekarang.
Namun di mana bumi Wak pijak..... Guru adalah Inspirasiku! Terima kasih sekali lagi CIKGU!!!
Sungguh kami menyemai keladi
Keladi bergenang di pinggir tebat
Sungguh kami mengenang budi
Budi dikenang sepanjang hayat
GURU OH GURU
Guru Oh! Guru (Usman Awang - 1979)
Berburu ke padang datarDapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.