9.23.2012

Apahal Budak Pompuan Nie Kencing Berdiri?


Ha ha ha ha.... 
Gambar kat atas tuu takde kaitan dengan entri kat bawah nie ... 
Inilah dia politik tranformasi 1Malaysia! … Hidup BN!!!!!!
Lu pikir laa sendiri!!!

PM tolak dakwaan kekayaan Taib Mahmud 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing. "Jangan kita layan," katanya lagi. NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion. Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Sumber Malaysiakini 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails