5.31.2012

HARAM Jejak Kaki Ke JOHOR.... K-POP Tak Pe!!

Himpunan Jutaan Belia.... Ada konsert separuh bogel ... korang tak kesah!!!


Mufti sorang nie pulak memberi komen dengan penuh lemah-lembut... lemah gemalai.... "K-POP Patut tiada"... Wahhh!!!! Seronok laa korang... Sebab dia kata  tak HARAM.... 'Patut Tiada' dengan 'Haram' nie memang jauh beza.... malas laa nak ulas lebih-lebih beb... Sebab yang berkata nie seorang Mufti... Siapalah kita nie nak bandingkan Mufti.. jauh beza, macam langit dengan bumi... keh keh keh!!!!


Cuba korang perati kes bidaan nombor plat keta 'WWW 1'... Kalau yang buat belah PR, serta merta buat tuntutan yang tegas dan kadang tuu tak masuk dek akal... Korang tengok lee sendiri gelagat Pemuda UMNO JB... Siap bakar gambar ... "Kita mengharamkan Nizar menjejakkan kaki ke bumi Johor..."


Ohhhhh.... Bila bab si Nizar serta merta korang haramkan jejak kaki ke bumi Johor yaaa.... Tapi bila ada kumpulan separuh bogel buat konsert kat perhimpunan korang tempohari, korang senyap membisu.... seronok la tuu dapat tengok amoi Korea tuu terkangkang sana terkangkang sini... nampak spender gituuu....

Lagi satu cuba kita teliti pulak karikatur katoon yang menyindir bab plat keta 'RM500 000' kat KOSMO. Sekarang bila nak report polis pasal berita kat KOSMO? Bila nak haramkan KOSMO dari jejak ke bumi JOHOR? Jangan pilih bulu kawannnn..... nanti jadi 'HARAM JADAH!' (pinjam kata2 PM)


Rakyat dah naik MELUAT.... 



5.29.2012

'HARAM JADAH!" Terplanting Ke Muka Sendiri...


Amacam Majlis Fatwa..... Ada brani kaa keluarkan fatwa berkenaan Himpunan Jutaan Belia?????......

5.25.2012

Sendat... Padat...Hebat Lagi Menyengat!!!

Alahai Mak Cik2... Kak Long Mak Long!!! 


Tolong laa jangan pakai baju Bersih 4.0 nie.. Mengancam Gila!!! Habis terkeluor tayer spare tuuu.. Kalau macam nie boleh gulung tikar kedai tayer.... Tauke kedai pulak buat demo depan rumah Ambiga!!!

5.24.2012

Apa Kita Bantu Anak Muda Bernama ASRUL WADI!


Sedih melihat gambar kecederaan parah pada Asrul Wadi,,sehingga kini RAKYAT masih mampu bersabar,tapi sejauh manakah kesabaran ini jika RAKYAT terus menjadi mangsa kekejaman dan ketidak adilan???

Ayuh RAKYAT mari kita bersatu hati tanpa melihat warna kulit dan agama sama-sama membantu saudara kita yang nyaris menjadi mangsa bunuh ini, kekejaman ini amat melampau,dan kami RAKYAT amat bersimpati ke atas apa yang berlaku kepada saudara Asrul Wadi,harap pihak Penganjur Bersih 3 dapat memaparkan nombor akaun saudara Asrul Wadi untuk kita sama-sama membantu atau wujudkan tabung khas untuk mengumpul dana bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau....

Cerita lanjut klik di sini

5.17.2012

Mari Ramai-ramai Ke Seri Perdana Makan Kuetiau



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia. "Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya. "Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Nie le kesan dari kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah Ambiga, ketua badan bukan kerajaan (NGO), selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam. 


Selagi tak mengganggu orang awam... So tak salah kalau mereka tak buat kacau. Lepas nie kalau ada orang nak bagi tosai percuma depan rumah Timbalan IGP kat Ampangan jangan marah Datuk Seri.... Kalau boleh sediakan le air minuman ringan... Tak pun orang Melayu minum air suam jeee... 


Kadang-kadang harap pangkat je tinggi tapi otak cetek... Lebih cetek dari otak lembu yang duduk kat kondo. Hambik kauw!!!!!!

5.16.2012

Selamat Hari Guru...

16 Mei datang lagi...

Selamat hari Guru buat semua insan bergelar guru... Terutama buat guru-guruku semasa di Sekolah Kebangsaan Seri Maimon , Parit Othman (1975 - 1980), buat guru-guru di Sekolah Menengah Rendah parit Sulong... (1981-1983) Buat guru-guru di Sekolah Menengah Dato' Sulaiman parit Sulong (1984-1986).

 Tak lupa juga buat pensyarah-pensyarah di Politeknik Ungku Omar (1990 - 1992), buat pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Teknik KL (1993 - 1994), buat pensyarah-pensyarah di UTM Jalan Semarak (1999 - 2001) dan semua pensyarah di OUM (2002 - 2006)....


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails