11.05.2011

PPSMI : Kerajaan BN Mungkir Janji....

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI......

"BN tipu adikkk.... BN tipu lagi... BN tipu dulu, kini dan selamanya!"

Wak dah terlalu lama tidak berbicara di dalam blog ini. Seakan sudah mati akal untuk berbicara dengan pelbagai cerita yang kadang-kdang tiada penghujungnya.

Telah banyak yang kita lihat, isu-isu yang dimainkan dimedia-media massa dan elektronik menurut telunjuk sang pemerintah. Mereka memainkan isu demi kepentingan politik sempit yang kadang-kdang memualkan untuk kita terus bicarakan. Satu demi satu isu dimainkan.

Yang pastinya setiap isu yang dimainkan pasti menyebelahi sang pemerintah walau ianya jauh menyimpang dari kebenaran... Segalanya diwujudkan demi menagih simpati dari rakyat jelata untuk terus memerintah pada PRU-13 nanti.

Tidak kira dalam isu apa jua yang dimainkan sudah pastinya pihak Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa tidak kira serangan peribadi atau pun parti. Inilah demokrasi ala BN 1Malaysia.

Kenapa Wak menggagahkan jari untuk menulis pada entri kali ini setelas beberapa bulan menyepi. Wak dah tak tahan lagi dengan permainan politik sempit BN. BN mungkir janji!!! Bukan sekali tapi dah banyak kali. Melalui TPM yang membuat pengumuman semalam bahawa pelajar PPSMI diberi pilihan samada untuk meruskan dalam BI atau sebaliknya.

Apa kejadah semua ini....  Apa lagi sandiwara yang mereka mainkan disebalik pengumuman oleh TPM semalam. Siapa disebalik TPM???? Adakah TPM dan pemimpin BN yang lain gentar dengan ugutan PAGE. Adakah mantan PM, Tun M telah memberikan kata dua kepada TPM yang telah berjanji bahawa kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk memansuhkan PPSMI menjelang 2012.

Ini semua adalah kerja politik dengan mempolitikan bahasa dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia....Menipu rakyat... Mungkir janji... Munafik!!!!

Tindakan TPM untuk memberi pilihan kepada murid-murid memilih samada mahu meneruskan PPSMI atau sebaliknya akan mengkucar-kacirkan sistem pendidikan negara.
Mereka juga yang mengakui bahawa PPSMI telah GAGAL. Namun mereka juga yang menyediakan kubur untuk anak-anak bangsa yang masih di alam persekolahan.

Terang lagi bersuluh.... Kajian menunjukkan kurang 5% daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan BI sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9% daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan BI dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Terutama di kawasan luar bandar...


Kalaulah BN boleh tunduk dengan ugutan PAGE, marilah kita sama-sama bergerak terutama pencinta Bahasa Kebangsaan dan demi anak bangsa... kita tumbangkan BN pada PRU-13 yang akan datang. Jangan halang kami jika terpaksa sekali lagi mengusung keranda PPSMI ke jalanan.... 'Perarakan Keranda 152'!!!

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails