4.30.2011

Tahniah Ustaz Shamsul... "Amar makrof nahi Mungkar"

Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul...


Rasa shahdu bila melihat seorang hamba Allah mengambil kesempatan memberanikan diri untuk memberikan nasihat kepada TRIO yang ingin melakukan upacara bersumpah.

Kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala bentuk kemurkaan Allah kerana kerakusan golongan manusia yang terus berdegil melanggar perintah Allah.

Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4

[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.
Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Tayangan peristiwa bersumpah yang macam sampah boleh klik disini

4.28.2011

Pemimpim Gereja Dah Bersuara... 40 Ulama Muda UMNO Bila Lagi?

Masyarakat hari ini dijamu dengan pelbagai cerita lucah dan fitnah di seluruh media tanpa rasa segan silu di hadapan kanak-kanak dan wanita. Anehnya, mana suara-suara dari 40 ulama muda UMNO dan menteri berkelulusan agama yang diam membisu seperti tunggul kayu , walhal dahulunya merekalah pejuang dalam isu-isu agama yang menguntungkan dasar Kerajaan yang memerintah sebuah 'Negara Islam'....

Pada pengumuman mereka masuk ke dalam UMNO suatu masa dahulu dengan ikrar akan menjadi 'Khalifah'... Amar makrof nahi mungkar!!!! Tidak merasa malukah mereka dengan seorang Paderi yang berani mengutuk dan mengecam satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.....

PETALING JAYA: Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.

Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu “penghinaan tidak dapat dimaafkan.”

Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur.

“Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini,” kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor.

“Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius.

“Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak” dia menambah.

Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum “melahirkan lebih banyak kejahatan.”

“Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini.


“Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius,” dia mengingatkan.

Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas.

Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menafikan suaminya adalah lelaki di dalam video itu.

Tiga Ekor Sesumpah : Engkar Perintah Rasulullah SAW


Mengapa yang menuduh pulak nak bersumpah 'Laknat'??? Nasihat siapa yang mereka guna pakai niee... Nasihat para Ulama, para mufti dan tokoh agama  korang tak mau ikut... Korang ikut logik akal korang jeee... Hukum dari agama mana yang dia orang ikut...?

Apa nak jadi dengan negara kita ni, sumpah dah jadi satu mainan...
Siapa siapa pun boleh bersumpah...
Orang siam pun boleh sumpah...
Mat Bangla pun boleh sumpah...
Mat Monggolia pun boleh sumpah...
Sumpah dah jadi sendaan...
Dia tuduh orang, dia pulak yang sumpah...Poning kepala pak cik...

Rasulullah SAW Meninggalkan Dua Perkara
Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)

Kewajipan mentaati baginda SAW juga dijelaskan dalam al-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisaa’: 59)

Maksud mentaati Allah dalam ayat di atas ialah mengamalkan isi kandungan al-Quran, manakala maksud mentaati Rasul pula ialah menjadikan segala ajaran baginda yang berupa hadis dan sunnah sebagai panduan.

Firman-Nya lagi: Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (an-Nisaa’: 80)

Ayat ini menegaskan, tunduk dan patuh kepada setiap perintah Rasul yang berupa peraturan dan syariat bererti tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Ringkasnya, mengingkari Rasul bererti mengingkari Allah SWT kerana pada hakikatnya yang memerintah dan yang menegah itu sebenarnya datang daripada Allah SWT.

Mufti, Tokoh Agama Tolak Sumpah Laknat Eskay Mahu Qazaf Ditegakkan

SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.

Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”

Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok.

Bagimanapun dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Tan Sri Harussani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah.

"Menuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti,” tambah beliau.

Pada 4 April lalu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menfailkan pertuduhan qazaf terhadap Datuk T dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Anwar sendiri sebelum ini bersetuju hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani dakwaan-dakwaan yang disebarkan oleh Datuk T dan pihak lain untuk mengaibkan beliau sekeluarga dan sekali gus menghancurkan karier politiknya.

Penceramah bebas Badrulamin menegaskan sumpah laknat jelas tidak sesuai digunakan dalam isu video lucah dan ia akan hanya mengusutkan keadaan.

“Sumpah laknat dalam kes video seks ini tidak menurut ajaran Islam dan hanya menurut logik dan akal manusia. Ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa dalam masyarakat kerana andai kata kedua-dua pihak sanggup bersumpah ia tidak akan selesaikan sebarang masalah,” kata beliau.

“Jika kita hendak menghentikan fitnah yang sedang melanda ummat ini hanya ada satu jalan iaitu melaksanakan hukum Qazaf,” kata beliau.

Eskay berkata gadingan Datuk T bertekad "tidak akan membenarkan orang bernama Anwar yang merupakan pelaku seks menjadi pemimpin negara Islam."

Mengulas lanjut sumpah laknat yang bakal dilakukan oleh Eskay, Harunsani berkata cara itu selalunya membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri.

“Selalunya orang yang membuat sumpah laknat ini adalah kalau pertuduhan Li'an iaitu suami tuduh isteri.

"Qazaf ini, kalau dia(trio 'Datuk T') tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio 'Datuk T') yang kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu tidak semudah ini untuk menghukum orang berzina,” kata Harussani.

Badrulamin berkata Menteri yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom sepatutnya mengusulkan gadingan Datuk T untuk disiasat mengikut hukum qazaf dan bukannya menyokong tindakan membuat sumpah laknat.

“Jamil Khir sepatutnya menyokong pelaksanaan hukum qazaf bukan sebaliknya menutup fail yang diajukan kepada mahkamah syariah dibawah kes qazaf dan menyuburkan pula budaya sumpah menyumpah ini,” tegas beliau.

4.20.2011

Email 1Malaysia : Bantah Jangan Tak Bantah!!

Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 April: Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.

Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayarcukai.

Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka.

Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.

Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sebuah syarikat bermasalah.

Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

4.16.2011

BN Bakal Tumbang Di Sarawak - Zentrum


Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini. Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.

Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.

Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.

Dari segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas hanya satu peratus.

Data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan BN dengan 34 peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

Pakatan sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu

Gambar-gambar ini membuktikan kebangkitan Rakyat Sarawak yang mahukan perubahan... Reformasi!!!!!










4.05.2011

Teruskan Suara Kecam 'Video Fitnah'

Persatuan Ulama Malaysia Kecam Video Fitnah Seks...


Ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”


KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam penyebaran video fitnah seks yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan ia bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, penyebaran video itu merupakan perbuatan berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.

PUM turut memohon agar campur tangan Majlis Raja-Raja jika pihak berkuasa dan kerajaan gagal menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam.

“Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah,” katanya.

Sementara itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius penyebaran video seks fitnah berkenaan di YouTube dan internet kerana ia mencemar nilai budaya politik di Malaysia.

Pengerusi persatuan itu, Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.

“Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

“Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi terhadap sebahagian rakyat,” kata Mustaffa yang juga bekas Naib Presiden KEADILAN dalam satu kenyataan.

Menurut Mustaffa, tindakan menayang dan membiarkan penyebarannya juga bermakna seseorang itu dihukum sebagai salah dan mendahului kuasa mahkamah.

“MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia,” katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia.

Video Lucah Tidak Layak Jadi Hakim

Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas mufti....
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.

Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.

“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga.

Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.

“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai.
Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.

Menurutnya dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut, harus tampil mengemukakan empat saksi.

Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.

“Sebenarnya banyak ayat Al Quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.

“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.

Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.

“Rasulullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.

“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?

“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu,” ujar ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.

“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.

Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.

“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa.

Kemudian Allah menyebut, "Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.

Temubual penuh bersama Dato Hashim Yahya boleh dibaca di akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan yang dijangka akan berada di pasaran esok.

4.02.2011

Kenyataan Veteran UMNO Melawan Arus....

Ku Li yakin rakyat tolak tuduhan video seks Anwar


KUALA LUMPUR, 2 Apr: Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.

Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.

Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Naib Presiden Umno, yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat- Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails