3.26.2011

Terharu Membaca Tulisan Dr Asri....

Video lucah dan dosa politik....
Tulisan beliau klik di sini

Hampir seminggu negara kita digemparkan dengan tayangan video lucah yang di 'HALAL' kan untuk tatapan umum (insan-insan terpilih). Sebenarnya kita semua terlalu rindu mendengar pandangan dari para mufti yang dilantik oleh pihak berkuasa. Tentunya mereka makan gaji yang datangnya dari duit rakyat.

Tertanya-tanya kemana perginya gerombolan 40 orang ulama muda yang telah mendaftar menjadi ahli UMNO dihadapan pemimpin-pemimpin negara. Mengapa mereka membisu seribu bahasa. Hanya kedengaran pandangan seorang dari mereka bersuara mempertahankan 'Festival Busana Muslim' yang ada kaitan dengan seorang yang digelar 'FLOM' suatu ketika dahulu.

Mana mufti? Mana Majlis Fatwa? Mana ulamak? Bangunlah sebelum fitnah dan malapetaka lebih dahsyat melanda! Terangkanlah kepada ramai bahawa dosa fitnah adalah lebih besar daripada membunuh dan mengundang murka Allah!

Akhirnya hari ini bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah memberikan pandangan yang cukup bernas berkaitan video lucah... 'Video lucah dan dosa politik'

Tertarik dengan perenggan terakhir dari tulisan beliau.....

Bangkit generasi baru


Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Sekadar renongan...

Negara diambang kemurkaan Allah. Jika tiada usaha golongan ulama untuk mencegah perilaku pemimpin negara pada masa ini yang jelas melakukan kemungkaran sangat hina iaitu memfitnah. Ini salah satu kemungkaran yang amat dilarang keras agama Islam. Oleh kerana si penuduh dan tertuduh semuanya beragama Islam, kita amat bimbang jika kemungkaran ini tidak dicegah. Tidak mustahil bala bencana daripada Allah diturunkan ke atas negara dan rakyat. Justeru itu, wahai orang Melayu yang mengaku Islam, wajiblah menjauhi buruk sangka dan fitnah. Janganlah kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu akan mendapat musibah kecelakaan daripada Allah. Sesungguhnya negara dan rakyat Malaysia kepunyaan Allah.

3.24.2011

Besrsediakah Kita Dengan Hukuman Qazaf....

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Wak baru saja meneliti sehingga tamat sidang media oleh Datuk T, Trio yang merujuk kepada tiga orang individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah di Malaysiakini.tv.

Merujuk kepada pendedahan mereka, sepatutnya sebarang pertuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu haruslah disalurkan menerusi prosedur perundangan yang sah.

Inilah akibatnya bila nama sahaja ‘Negara Islam’ tetapi tidak melaksanakan Syariat Islam yang sebenarnya, maka fitnah sebegini akan berlaku sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi dan politik semata-mata..

Jika kes berkenaan itu membabitkan seseorang Muslim, kedua pihak pendakwa serta pembela sepatutnya menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah.

Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan.

Kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak yang terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf yang turut menafikan hak si tertuduh sebagai saksi di masa-masa akan datang.

Tuduhan liwat atau zina merupakan satu tuduhan yang berat dan ianya memerlukan kepada bukti yang kukuh serta yang menuduh perlu membawa 4 orang saksi yang adil. Jika tidak sebaliknya yang menuduh akan menghadapi hukumaan Qazaf disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ini adalah hukum ALLAH yang mesti diyakini dan dilaksanakan . Kenapa hukum ini begitu keras ? Tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menjaga maruah manusia itu sendiri.

Dalam menghadapi isu tuduhan yang terbaru iaitu terlibat dengan video seks oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, diharapkan kita tidak terlibat di dalam melakukan tuduhan tanpa bukti dan saksi kerana kita boleh saja dithabitkan dengan dosa qazaf di mahkamah Allah di akhirat nanti. Ya Allah ampunilah dosa kami ....
 
Iklan : Simpanlah Emas Untuk Anak-anak

Fitnah... Lebih Kejam Dari Membunuh!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Kita sering mendengar istilah “Fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”. Namun apakah pengertian fitnah itu sebenanrnya....

Dalam bahasa sehari-hari kata ‘fitnah’ diertikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maka perilaku tersebut disebut memfitnah. Tapi apakah makna ‘fitnah’ yang dimaksud di dalam Al Qur’an itu seperti yang disebutkan itu? Mari kita telaah.

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqoroh (2) ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli…” yang artinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”. Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram.

3.23.2011

JANGAN BUAT U-TURN



Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima


Ini bukan lagi tamparan..... 'Terajang Maut'!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.

Cerita lanjut klik di sini

Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Keputusan SPM 2010 akan diumumkan pada esok hari, Rabu bersamaan 23 April 2011. Tentunya mereka yang telah mengambil peperiksaan SPM 2010 yang lalu rasa berdebar-debar untuk mendapatkan keputusan.

Buat kali pertama pada tahun ini, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.


Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang!!!!

3.22.2011

HIMPUNAN 1001 CERITA MENGENAI ' VIDEO SEX'

GEMPAR!!!! 1MALAYSIA digemparkan dengan cerita pasal Video Seks..... 1001 macam cerita dihidangkan diinternet dan juga media elektronik.... Di sini dihimpunkan 1001 cerita yang sempat diceduk dari media baru.... Berita online @ blog....

Berita dari Malaysiakini :

Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?



Tayangan 'meletup' di Carcosa Sri Negara


Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks


Detikdaily : Siapa dapat faedah isu video seks?

 Harakahdaily : PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar
Harakahdaily : Jangan terlibat dengan qazaf
Siasahdaily :Video seks: PR nafi Anwar, Ummi Hafilda tidak terkejut


Berita dan pandangan para blogger....


VIDEO : TANGKAP PENGANJUR TAYANGAN LUCAH

Malaysia Berjaya Mengatasi Barat Dalam Hal "Seks"

Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS

Siapa Datuk 'T' yang dibenarkan membuat tayangan Perdana Filem Lucah itu??


Siar dan kita nilaikan


Datuk 'T', Ni Jembalang Mana Lagi Ni?

Kantoi Video Lucah Porno 1mesia beb.. kahkahkah

Ahli Parlimen Binatang! Punya Teori Bangsat Untuk Junjung Pemerintah Zalim !!

 "Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....Video Penipu

PANAS!! Di Mana Sebenarnya Anwar Ibrahim Pada 21 Februari 2011??

Fitnah Video Seks : Sidang Media Datuk Sri Anwar Ibrahim

Sudah banyak video dicipta untuk Anwar, video dengan Mak Nyah Siam pun ada

18SX PANAS BERAPI - Video adegan seks : Buncit macam ni ker?

`TSUNAMI' DI SERI CARCOSA, SEKUTU APCO SILAP LANGKAH LAGI

 

 

Dan banyak lagi..... Dah tak larat nak copy & paste!!! Korang carik lee sendiri.....

3.15.2011

Jepun: Krisis Nuklear Paling Teruk Selepas Perang Dunia II


Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.

Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Pagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

Sementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami. Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa

Nik Aziz Harap Chong Wei Kekal Prestasi

Harapan dari Tok Guru....


KUALA LUMPUR, 14 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Seluruh England, malam tadi.

"Kekalkan prestasi selaku pemain No 1 dunia!" tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Pemain perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk membenamkan musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.

Pada kejohanan edisi ke-100 tahun lepas, beliau berjaya memenanginya selepas menewaskan Kenichi Tago dari Jepun pada perlawanan akhir dengan 21–19, 21–19.

Rogol Bawah Umur Membimbangkan

Terbaca berita tentang kes rogol di bawah umur dari Dewan Rakyat nampaknya cukup membimbangkan. Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005.

Ini bermakna dalam tempoh setahun lebih kurang terdapat 1915 kes kejadian rogol bawah umur. Kalau nak dikira dalam tempoh sebulan pulak lebih kurang 160 kes rogol dicatatkan. Memang cukup membimbangkan.

Yang lebih menggerunkan kita semua dari rekod PDRM menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Jika dilihat dari fenomena ini, para perogol kat Malaysia nie lebih gemarkan budak bawah umur berbanding orang dewasa. Apalah agaknya yang menyebabkan perkara ini berlaku….

Peningkatan kes rogol terutama yang melibatkan rogol bawah umur, wajar diambil perhatian serius oleh semua pihak termasuk oleh golongan ibu bapa, guru dan masyarakat setempat, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain juga mestilah turut sama memainkan peranan sama ada untuk mendidik atau mewujudkan suasana yang sihat di negara ini.

Kes rogol adalah kes jenayah berat terutama yang melibatkan kes bawah umur. Ia melibatkan wanita terutama mereka yang bergelar pelajar atau kanak-kanak. Dalam masa kita hendak menuju status negara maju, tetapi anak-anak perempuan kita masih tidak selamat. Kita semakin bimbang berikutan statistik yang tidak menunjukkan tanda penurunan.

Moralnya…. Selagi kita berpaksi kepada Hukum Buatan Manusia, selagi itulah jenayah ini akan meningkat dan terus meningkat. Tiada jalan lain lagi selain kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Sama-samalah kita fikirkan….

Link Berkaitan klik di sini

3.14.2011

All-England : Datuk Lee Pertahankan Kejuaraan

Datuk Lee Chong Wei Juara All-England...


Rasa puas bila melihat Datuk Lee Chong Wei menumpaskan musuh ketat di atas gelanggang dari negeri China... Lin Dan. Walaupun agak kecewa melihat bergu negara tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Denmark, namun kemenangan Datuk Lee dapat mengubat rasa kekecewaan itu. Puas memang cukup puas.....

Sebelum ini kita hanya melihat gaya tersendiri Lin Dan yang penuh dengan emosi apabila dapat menundukkan Lee Chong Wei. Gaya yang ditunjukkan itu tidak ketara bila Lin Dan menundukkan musuhnya yang lain. Namun pada pagi ini gaya-gaya emosi Lin Dan terkubur dengan kekalahan straight set kepada pemain nombor satu dunia.

Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraannya di Kejohanan Badminton All-England. Beliau mengalahkan Lin Dan dalam perlawanan akhir yang dinantikan oleh seluruh peminat badminton dunia. Yang tambah manis, kemenangan straight set..... 21-17 dan 21-17. Syabas dan tahniah Datuk Lee!!!!

3.07.2011

Khuratat Yang Membawa Padah


Mengapa masyarakat kita terlalu mudah mempercayai kepada sesuatu yang dianggap pelik itu membawa kabaikan dalam kehidupan mereka. Sehingga mereka melakukan perkara yang khurafat....

Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala- galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38)

Bala meminum air kencing pokok petai...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air yang kononnya keluar dari sebatang pokok petai 'menangis' di sini kerana ia mungkin mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis)

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, sehubungan itu orang ramai perlu berhati-hati kerana banyak punca penyakit berjangkit disebarkan oleh binatang atau serangga termasuklah leptospirosis yang disebarkan melalui air.

Beliau berkata, tindakan meminum air berkenaan hanya mendedahkan orang ramai kepada risiko termasuk penyakit kerana tidak mengetahui punca sebenar air tersebut.

3.05.2011

Bayarlah Saman Untuk '1MALAYSIA'

Orang ramai digalak bayar saman secara online...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin membuat semakan dan membayar saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menggunakan perkhidmatan online dan SMS sebagai alternatif.

Menurut Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Zabidi Zainal, semakan saman boleh dibuat menerusi laman web rasmi JPJ (http://www.jpj.gov.my) dan laman web PDRM (http://www.rmp.gov.my).

Pembayaran boleh dibuat melalui laman web http://www.myeg.com.my dan http://www.rileks.com.my menggunakan mod bayaran Kad Debit atau Kad Kredit.

“Penggunaan perkhidmatan online akan mempermudahkan orang ramai membuat pembayaran saman itu sepanjang masa.

“Namun begitu, orang ramai perlu bijak menggunakan masa termasuk penggunaan masa di luar beban puncak untuk menggunakan perkhidmatan online tanpa menunggu tarikh akhir lanjutan semakan dan bayaran bagi mengelak kesesakan ke atas talian yang boleh menjejaskan perkhidmatan seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

3.04.2011

PRK Merlimau & Kerdau : DS Anwar Bukannya Calon

Pelik bin hairan....



Calon yang bertanding di PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau adalah dari PAS. Bukannya DS Anwar Ibrahim. Ulang suara lagi sekali... Bukan DS Anwar Ibrahim!!!

Tetapi lihat sajalah 2 gambar di atas tuuu... Mengapa mereka ini berkempen atas tiket BN tetapi menyerang peribadi DS Anwar Penasihat PKR. Ayam-ayam sabong dan ayam denak ini 'berkokok' semahu-mahunya menghentam peribadi dan salahlaku DS Anwar katanya.

Mungkin mereka alpa bahawa yang bertanding di kedua-dua kawasan itu adalah dari PAS. Ini membuktikan Umno sudah tiada modal untuk menyerang PAS lagi, maka isu lapok dan basi peribadi DS Anwar dibawa masuk.

Isu itulah menjadi penyebab dunia tertawakan negara kita, tetapi isu itulah yang mereka cuba untuk perbodohkan masyarakat di Merlimau dan Kerdau.

Semua orang Merlimau & Kerdau dah pening kepala....

Pak Cik penoreh getah pening kepala...
Mak Cik goreng pisang pening kepala...
Mak Cik Kantin sekolah pun pening kapala...
Pak Cik2 kat kedai kopi lagi pening kepala...
Mat peon pun pening kepala...
ABang posman pening kepala....
Minah kilang pening kepala....

Tapi yang paling Wak pening kepala.... Pangkah tetap BN. BN dulu, kini dan selamanya!!!!

3.03.2011

Berhati-hati Penipuan Melalui Perbankan Internet


KUALA LUMPUR – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.

“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).

"Untuk makluman pengguna, pihak bank tidak menggunakan perkhidmatan e-mel untuk tujuan kemas kini akaun perbankan Internet.

"Sehubungan itu, sekiranya pengguna menerima e-mel sedemikian, sila abaikannya," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penipuan perbankan Internet boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Pusat Kawalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di talian 03-26163999.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails