2.24.2011

Sebuah Cerita Untuk Si Pemarah

Kesan Paku Pada Tembok Batu..


Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ibu….?” Tanya Said

‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu” jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, “kau telah melakukannya dengan baik anakku… tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

“Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati pedih daripada luka fizikal…”.

Renong-renongkanlah….

2.21.2011

Harta 'Taib' Al- Mubarak Sarawak Mareee

BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia...

Rakyat 1 Malaysia khususnya rakyat Sarawak perlu berbangga kerana salah sorang bangsa Melayu dari Malaysia memiliki kekayaan yang sangat luar biasa.... Wak pun tumpang berbangga sambil memikirkan nasib peribumi Serawak terutama yang duduk di kawasan pendalaman.....


Maklumat berkaitan boleh klik di sini

2.17.2011

Liwat II : Semakin Bercelaru

Banyak persoalan dan pertanyaan di kepala rakyat '1 Malaysia' bila meneliti kesah perbicaraan Liwat II.... Pelik bin heran...

1. Memang sah SAifol Tak Cuci Bontot

Ini buktinya.....

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.


2. Bagaimana Saifol Boleh Terpancut Maninya Ketika Dijobori

Ini yang peliknya....

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.


3. Mungkinkah Saifol Dijobori oleh Lebih dari seorang Lelaki

Ini ceritanya....

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

Sumber : Malaysiakini

Sape2 Ada Kehilangan BULU...

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan....

Dia orang ada jumpa bulu kemaluan... bahasa orang Jawanya 'Bulu JEMBUT' yang tidak dapat dikenali di lokasi kejadian Liwat II. Ini bermakna adakah si Pengadu telah diliwat secara beramai-ramai....

Maknanya ada orang lain yang menjobori si mangsa selain dari tertuduh.... Atau bulu Jembut tuu datang dari makhluk yang memang berbulu.

Macam-macam perkataan yang akan kita pelajari hasil dari kes Liwat II ini. Sudah tentunya ada perkataan yang tidak pernah di dengari oleh anak-anak kita. So ibu bapa perlulah peka dengan perkataan-perkataan yang mungkin terkeluar dari mulut anak-anak kita.... Pembelajaran sex secara tidak sengaja.....

Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.

Bagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.

Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.

Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.

Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.

2.14.2011

Dalam Perut Pari... Macam2 Ada

Cuba kita tengok dalam perut ikan pari ada apa ekkk....








INFORMASI EMAS KLIK DI SINI

2.12.2011

Tolonglah!!! Jangan Teruskan Berdoa....

Rentetan kematian ADUN Kerdau.. (Tapi sebenanrnya segalanya adalah ketentuan Allah)

Petikan berita dari Malaysiakini....(Suara Rakyat 25 Jan 2011)


Nampaknya semakin ramailah rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Semua masjid di DUN Tenang dapat RM100,000 serta semua surau dan sekolah agama dapat bantuan.

Tetapi lihatlah sendiri masjid yang sudah hendak roboh di Pahang tempat Perdana Menteri sendiri dan surau Maahad Ahmadi di Gemencheh tidak jauh dari DUN Tenang di bawah ini.

Apa gunanya suruh wakil rakyat kerap menjalani pemeriksaan kesihatan jika rakyat di kawasan mereka sentiasa mendoakan kematian wakil rakyat mereka. Suruhlah rakyat di kawasan mereka mendoakan kesihatan wakil rakyat mereka.

Pilihanraya kecil di mana pula selepas di DUN Merlimau? 


TELAH TERJAWAB!!!! KERDAU.......

Nota : Kenapa Wak mintak tolong jangan teruskan berdoa.... Sebabnya dah terlalu banyak duit rakyat terkorban dalam PRK .... Lu pikir la sendiri!!!

Salam Takziah Buat Keluarga ADUN Kerdau

 PRK datang lagi....

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.

NONESejak setahun lalu, allahyarham seringkali keluar masuk hospital kerana pelnagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. - Malaysiakini

2.10.2011

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :


Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”


NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:


Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :


* Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.


* Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.


* Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.


* Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.


* Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


* Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.


* Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.


* Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

 والله أعلم بالصواب
Rujukan : Majlis Fatwa

Hormati Larangan Umat Islam Rai Hari Valentine

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari valentine.

“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” ujarnya.

Sumber : Harakahdaily

2.09.2011

Cara Nak Bukak Pengunci Tayar Kereta

Nie lah beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk selamat dari kena saman akibat terkena 'pengunci tayar kereta'....

Langkah Pertama :


Langkah kedua :


Langkah ketiga :


Langkah keempat :


Langkah kelima :


SELAMAT MENCUBA!!!!

INFORMASI EMAS klik di sini

2.06.2011

Hosni Mubarak Manusia Terkaya Di Dunia


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion). Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails