6.28.2010

UMNO... UMNO!! Tak Habis2 Kerja nak Menipuuuu...

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda...

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.- Harkahdaily

P/S : Agak-agaknya sesape jer yg lalu lalang kat situ, kalau pakai kopiah ke, songkok ker.. ada janggut sikit mesti kena tarik.. Silap hari bulan kalau 'Singh' yang lalu kat situ masa tuu pun kena tarik jugak... free2 jer 'Singh' tuu dapat title ulamak muda....... Kecoh satu Malaya kahkahkah44x!!!!!!

6.26.2010

Tips Hilangkan Stress

Jangan 'stress' kan diri anda....



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

Mana Dr. Asri??? Tak Nampak Mukapun...

TAHNIAH!!! 40 Orang Ulama Muda masuk UMNO....

KUALA LUMPUR: Gembar-gembur bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam.

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan, seramai 40 ulama muda menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa kedua sedikit masa lagi.
"Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.

"Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong)," katanya padasidang media di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam semalam.

Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka. Selain itu, mengulas lanjut mengenai penyertaan golongan ulama itu, Shahidan berkata, kemasukan mereka ke dalam Umno bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
"Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam... mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

"Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umatIslam," katanya.
Sementara itu, pada sidang media yang sama, ketua kumpulan ulama berkenaan, Fadlan Mohd Othman berkata, tujuan mereka menyertai Umnoadalah bagi menyemarakan aktiviti dakwah dalam parti itu.

"Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah...selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama," katanya yang juga merupakan pensyarah di Universiti KebangsaanMalaysia (UKM).

Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Seorang lagi ulama, Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti ituuntuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.

"Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," katanya.

Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepadamasyarakat.

"Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya... kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.

"Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia... maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan," katanya.

6.15.2010

Tiga Tahun Dah Hafaz 30 Surah Al-Quran

Si cilik pintar, terang hati...

KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.

Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.

Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.

Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.

“Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.

Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.

Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.

“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.

“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.

Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.

Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.

Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.

“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.

Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.

Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.

6.14.2010

Jualan Kondom Meningkat Di Korea Selatan

Jualan kondom meningkat selepas Korea Selatan menang perlawanan pertama

SEOUL: Jualan kondom di Korea Selatan melonjak lima kali ganda selepas penyokong meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka sewaktu menentang Greece pada perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Kira-kira sejuta penyokong berbaju merah di seluruh negara itu, termasuk 200,000 di Seoul, memenuhi kompleks perniagaan, stadium dan taman tema, Sabtu lalu untuk menyokong pasukan mereka yang menang 2-0 ke atas juara Euro 2004, Greece.

Bagaimanapun, pihak yang paling beruntung adalah kedai serbanika dan premis menjual ayam goreng segera ketika penyokong membanjiri jalan raya, lapor JoongAng Daily, semalam.

Selepas perlawanan itu, penyokong yang bergembira membeli lima kali ganda kondom berbanding ketika persembahan luar biasa pasukan itu sewaktu Piala Dunia 2006. - AFP

6.09.2010

400 Helai Seluar Dalam Wanita Dan Coli Ditemui

Pembantu perubatan gemarkan pakaian dalam wanita ditahan...

KUALA TERENGGANU: Pada mulanya, polis menyerbu rumah seorang pembantu kesihatan awam untuk mencari dadah, namun serbuan awal pagi ini di Marang membawa satu penemuan yang mengejutkan apabila beratus-ratus helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli, yang dipercayai dicuri, ditemui dalam almari lelaki bujang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dijalankan pada 2.45 pagi di rumah milik bapa lelaki itu di Kampung Rawai, Alor Limbat bagi mengesan beliau untuk satu kes dadah. "Tujuan serbuan itu dijalankan adalah untuk mengesan suspek bagi tujuan pertuduhan di mahkamah, namun hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah itu, polis menemui kira-kira 400 helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli dalam almarinya.

"Lelaki berkenaan tinggal seorang dan masih bujang. Selepas soal siasat dijalankan, suspek mengaku mencuri sebahagian besar daripada seluar dalam wanita itu ketika bertugas di Dungun dan Marang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu turut memaklumkan bahawa pakaian dalam itu dicuri di sekitar kawasan perumahan di dua daerah berkenaan sejak setahun lalu.

Roslan berkata, paling mengejutkan, lelaki berusia 39 itu mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita.

"Tetapi fizikalnya tidak mencerminkan dia seorang pondan ataupun gay," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati lelaki itu turut positif dadah metaphetamine dan dia ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

"Polis juga sedang menyiasat sekiranya ada laporan dibuat oleh mana-mana wanita berhubung kehilangan pakaian dalam mereka bagi membolehkan polis membuat pertuduhan atas kesalahan mencuri," katanya.

Sementara itu, serbuan berasingan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alur Limbat, kira-kira jam 5.30 pagi itu turut membawa kepada penahanan empat individu termasuk seorang wanita, ekoran penemuan 60 biji pil kuda bernilai RM2,400.

Roslan berkata, mereka berumur antara 19 hingga 22 tahun dan ujian air kencing mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu positif dadah.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.-Bernama

6.05.2010

Doktor HKL Memang Betul-Betul Pakar

Tak sabar nak tunggu penghabisan cerita drama sadis nie....

1 Malaysia rasa bertuah kerana mempunyai doktor yang pakar sebagaimana yang kita lihat dalam kes perbicaraan Liwat II. Setiap hari dalam kes perbicaraan ini akan menunjukkan 1001 tanda tanya yang sukar untuk dijawab dengan akal yang waras.

Di tengah tengah kemarahan yang meluap luap kepada Israel kerana tindakan pengecut mereka ke atas kapal kemanusian, sedang berjalan pula perbicaraan drama kemanusian yang tidak kurang juga membangkitkan kemarahan sejagat.Urutan perbicaraan menampakkan satu demi satu kebobrokan "Yahudi"dan kini kes perbicaraan memasuki fasa keterangan forensik yang boleh mengubah hala tuju perundangan negara kerana mengatasi keutamaan lapuran perubatan yang sebelum ini diterima sebagai bukti utama kes kes seperti ini.

Keterangan doktor pakar melayu pula menunjukkan bahawa dia merupakan doktor terbaik dunia sehingga boleh membuat kesimpulan berlakunya tembusan dengan menggunakan pelincir sekalipun tidak ditunjukkan apakah jenis pelincir yang digunakan.Hebat Doktor pakar melayu 1Malaysia yang mungkin mampu mengatasi pakar forensik yang dibawa khas oleh pasukan pembela.

Doktor ini juga menunjukkan kehebatan beliau ketika mengatakan bukti yang ditemui adalah konsistan dengan keterangan saksi.Hebat kerana berjaya menghubungkan bukti bukti itu dengan semua kejadian seperti diceritakan saksi.Rasanya belum pernah ada seorang doktor perubatan yang mampu berbuat demikian sebelum ini.

Belum ada Doktor yang berani membuat kesimpulan sepertinya dalam kes kes sebelum ini.Hanya dengan penemuan lembapan yang kemudian dikenalpasti sebagai air mani dan lapuran jabatan kimia berhubung penemuan itu, doktor pakar melayu 1Malaysia sudah mampu membuat kesimpulan berlakunya tumbusan zakar yang konsistan dengan keterangan saksi dan dengan yakin mengatakan pelincir digunakan bagi mengelakkan sebarang kesan kecederaan.

Namun ketika mengikuti keterangannya pada hari pertama, terdapat beberapa perkara yang perlukan penjelasan lanjut.

Penemuan DNA 2 lelaki di jubur Saiful menimbulkan banyak spekulasi. DNA 2 lelaki tidak dihurai dengan lebih lanjut, tidak dinyatakan milik siapa DNA tersebut dan kenapa dalam kejadian liwat mesti perlu ada DNA 2 lelaki?

Begitu juga menemuan air mani di jubur Saiful, tidak disebut dengan jelas milik siapa air mani tersebut.

Jenis pelincir yang digunakan ketika liwat berlaku tidak dibuktikan dengan penemuan sample di jubur Saiful sebaliknya hanyalah satu andaian yang dibuat oleh doktor pakar melayu ini untuk sampai kepada kesimpulan yang dibuatnya.Satu yang belum pernah dibuat oleh mana mana doktor pakar dalam kes kes sebelum ini termasuk kes liwat I dulu.

Begitu juga soalan pendakwa tidak menyentuh masa yang diambil Saiful selama 2 hari selepas diliwat untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.Jadi tidak dapat didengar maklumat dari doktor pakar melayu yang hebat ini mengenai bagaimana kelembapan di jubur Saiful yang disebutnya terdahulu boleh kekal di situ selepas 2 hari.Tidak dapat didengar bagaimana doktor pakar yang hebat itu menjelaskan bahawa air mani akan terus kekal lembap untuk beberapa hari.

Keterangan seterusnya sedang dibuat oleh doktor pakar hebat ini dalam sesi soal balas peguambela.Dan tidak sabar rasanya untuk mengetahui keterangan lanjut beliau dan menilai kemungkinan untuk menabalkan beliau sebagai doktor pakar terbaik negara.Jangan lupa selepas beliau ada 2 orang lagi doktor yang akan memberi keterangan.- Notan

6.04.2010

20 Pelajar Sebuah Sekolah Mengandung Luar Nikah

4 dah terberanak. Apa nak jadi.... dah akhir zaman!!!!

KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.

Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. “Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. “Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan.

6.02.2010

RESPON ISU LOGO HALAL ’CAP AYAM’

Jadilah pengguna yang bijak...

Semalam Wak ada email kan aduan ke pihak HQ Mydin. Lebih kurang dalam pukul 12 tengahari wakil pihak Mydin telah call. Mereka menyatakan terima kasih di atas keperihatinan yang Wak telah buat dalam isu logo halal.

Wak pun ucapkan terima kasih kembali kerana begitu pantas memberikan respon terhadap aduan pelanggan. Wak memang ’tabik spring’ lah pada pihak pengurusan Mydin.

Bila Wak bukak email, wakil dari pihak Mydin telah memberikan respon tentang aduan yang telah Wak buat. Wah!! Memang hebat!! Tak cukup call, di baginya email laa pulak. Barulah kita respect dengan pihak pengurusan Mydin terutama bahagian aduan pelanggan.. Tahniah dan Syabas!!!

Wak ada sisipkan di entri ini salinan aduan pelanggan yang telah Wak emailkan ke pihak HQ Mydin dan juga jawapan dari wakil bahagian aduan pelanggan Mydin..

Email yang Wak antar...

Salam...

Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai jualan barangan pihak tuan yang tidak menggunakan logo halal yang dibenarkan dalam barangan kentang goreng segera. (ada beberapa barangan lagi yang dapat saya perhatikan).

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya ada mengambil gambar tersebut di Mydin Melaka.

Saya mencadangkan agar pihak tuan dapat mengeluarkan semua barangan yang tidak mempunyai logo halal yang dibenarkan dari permis jualan tuan. Ini bagi menjaga imej Islam itu sendiri dimana Mydin memang telah diketahui ramai adalah milik orang Islam.

Saya berharap agar pihak Mydin menjadikan isu saman RM1.6 juta kepada pihak Tesco baru-baru ini sebagai pengajaran dan saya percaya jika pihak tuan tegas dalam hal ini maka tiada syarikat yang sewenang-wenangnya mengunakan logo halal yang palsu.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya adalah pelanggan utama Mydin Melaka dengan menjadi pelanggan tetap bagi menyokong syarikat yang diterajui oleh orang Islam.

Saya berharap komen saya ini diambil tindakan serius. Saya juga tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke pihak yang berwajib jika tiada tindakan susulan dari pihak tuan demi menjaga maruah Agama Islam.

Semoga isu ini dalam pengetahuan dan pertimbangan pihak tuan.

sekian terima kasih.


Balasan email dari pihak Mydin...

Assalamualaikum Encik Emran,

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Tuan sudi memaklumkan kepada kami berkenaan dengan produk tersebut yang terdapat di hypermarket kami.

Sebagai sebuah perniagaan milik anak tempatan yang beragama Islam, kami sememangnya amat mengambil berat mengenai status Halal setiap produk ataupun barangan yang dijual di semua rangkaian perniagaan kami. Kami juga amat berbangga kerana mempunyai pelanggan seperti Tuan yang mengambil berat dan peka mengenai perkara ini.

Pihak kami memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Tuan juga ada menyatakan yang Tuan ada mengambil gambar barangan tersebut, dan jika tidak menjadi keberatan dan tidak menyusahkan pihak Tuan, kami memohon kerjasama Tuan untuk emailkan kepada kami gambar-gambar barangan tersebut bagi memudahkan pihak kami menjalankan siasatan dan mengambil langkah yang selanjutnya.

Pihak kami mengucapkan terima kasih sekali lagi diatas keikhlasan Tuan untuk memaklumkan perkara ini kepada kami. Sesungguhnya ianya amat berguna kepada kami untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi perkhidmatan kami untuk masa-masa yang akan datang.

Akhir sekali, terima kasih kerana memilih MYDIN sebagai tempat membeli-belah Encik Emran sekeluarga dan teruskan menyokong perniagaan milik anak tempatan ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan makluman, Encik Emran bolehlah berhubung terus dengan saya.

Sekian Terima Kasih. Wassalam.


Moral of the story.....

Kita sebagai pengguna kena peka dengan isu logo halal. Jadikan iktibar apa yang telah berlaku baru-baru ini dalam kes saman RM 1.6 juta terhadap pasaraya Tesco di mana ayam yang dijual mempunyai logo halal yang meragukan. Dan hasilnya sembelihan yang dilakukan terhadap ayam yang dijual kepada pelanggan termasuk yang beragama Islam tidak sempurna mengikut kehendak syarak.

Justeru, sebagai pengguna Islam, kita mesti lebih kuat dan lebih bersatu dalam menuntut dan menunjukkan sensitiviti kita dalam hal ini. Ia tidak boleh dibuat sambil lewa. Bukan sahaja di hypermarket yang diterajui oleh mereka yang beragama Islam, malahan kepada supermarket, kedai makan, kedai runcit dan sebagainya diseluruh negara.

Malah, teori dan model ini juga telah diiktiraf oleh system kapitalis barat sendiri, yang mana mereka mengiktiraf perlunya interaction of supply and demand di antara pembekal dan pengguna. Bagi mereka ia penting bagi mencipta kesimbangan atau ‘equilibrium' yang menjamin apa yang terbaik buat pengguna sahaja kekal di pasaran.

Termasuklah dalam hal ini, sistem politik, ekonomi, kepimpinan, makanan, pakaian dan lain-lain yang menuruti disiplin Islam, pasti sesuai buat semua dan baik untuk semua.

Kesimpulannya, proses ini bermula dari diri kita, maka bertindaklah. Mari bertindak menjauhi ayam tidak sembelih atau yang tiada tanda halal yang sah, makanan yang tiada logo halal @ ada logo tapi meragukan, sistem kewangan tidak halal, sistem pemerintahan tidak halal, sistem pendidikan tidak halal, dan banyak lagi yang belum atau tiada logo halal.

Bertindaklah tepat pada masanya sebelum kita dihinjek-hinjek (pinjam dari bahasa Jawa) hasil kelemahan sistem ini di dunia, dan dihinjek-hinjek di kubur hasil kerana kealpaan dan tiada kepekaan kita.


Tepuk dada tanya iman.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails