7.22.2013

Remaja 18 Tahun Diperkosa Kekasih Dan Tiga Rakan

Ampang: Tindakan seorang remaja perempuan mengikut teman lelakinya konon mahu menghilangkan tekanan berakhir tragedi apabila dirogol lelaki terbabit serta tiga lagi rakannya.
 


Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 18 tahun itu berselisih faham dengan rakan serumahnya menyebabkan dia mengalami tekanan lalu menghubungi kekasihnya mengajak keluar.

Menurut sumber, mangsa bagaimanapun terjerat apabila bukan saja diperkosa kekasihnya dan tiga rakan lelaki itu, malah turut dikurung dalam rumah mereka di Taman Kosas di sini, sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu, kelmarin.

Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 15 Julai lalu selepas mangsa dibawa keluar kekasihnya sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Pada mulanya, lelaki itu mendakwa menghuni rumah berkenaan bersama kakak angkatnya dan mangsa akan tinggal bersama wanita berkenaan menyebabkan mangsa bersetuju.

“Apabila tiba di rumah itu jam 9 pagi, mangsa mendapati rumah berkenaan turut dihuni tiga lelaki lain. Selepas berbual dengan wanita yang didakwa kakak angkat kekasihnya, mangsa dipelawa masuk ke sebuah bilik untuk berehat,” katanya.

Katanya, ketika berada dalam bilik itu, teman lelaki mangsa masuk lalu memperkosanya beberapa kali sebelum menghalau mangsa keluar dari bilik berkenaan.

“Mangsa kemudian diarahkan masuk ke sebuah bilik lain dan di bilik itu, mangsa sekali lagi diperkosa bergilir-gilir oleh tiga rakan kekasihnya,” katanya.- HMetro

Wajah-Wajah Miss World Malaysia 2013 Yang Telah Digugurkan


Peserta Miss World Malaysia 2013  duduki ranking 1, 2 dan 9 ... Memang Comel!!  Tapi ada lagi yang lebih Comel.....

Jika tiada halangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, rakyat Malaysia pastinya akan melihat salah seorang daripada gadis berketurunan melayu ini memperaga bikini di Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013. 

Setelah melihat gambar-grambar mereka barulah kita tahu bahawa mereka adalah melayu kacukan. Tetapi bukanlah kacukan mamak. Tiga orang daripada mereka memiliki wajah eurasian. 

Tidak hairanlah ketiga-tiga gadis berwajah eurasian itu menduduki tangga 1, 2 dan 9. Kathrina Rizuan berada diranking pertama, Wafa Johanna De Korte ranking kedua dan Sara Amelia Bernard berada diranking ke sembilan. 

Mujurlah Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim tersebut daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh. 
 







Sumber : Biaqpila...

 Tapi ada sorang lagi yang lebih comel.... Tentunya Kak Ton!!!!







7.15.2013

Isu Mesir : NEGARA DAN AGAMA HANCUR APABILA KEBATILAN BERKUASA

Pasukan keselamatan mengarahkan Masjid Al-Azhar ditutup dan dilarang untuk solat Zohor hari ini (ahad) setelah ribuan ulamak Al-Azhar dijadualkan mengadakan muktamar di masjid berkenaan Zohor ini.
Pihak keselamatan juga melarang azan Zohor dikumandangkan,sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir sejak penjajahan Perancis di Mesir, lapor Ikhwanonline.

Ulamak Al-Azhar dijadualkan mengadakan perarakan ke dataran Raba'ah selepas Zohor hari ini sejurus muktamar tamat yang akan bergerak dari Masjid Al-Azhar yang jaraknya lebih 20 km.

Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Jamal Abdul Hadi berucap di Masjid Al-Azhar hari ini dalam muktamar ulamak Al-Azhar menolak rampasan kuasa berkata, rakyat Mesir umumnya dan warga Mesir dari kumpulan Islam khasnya hari ini hidup dalam situasi "politik samseng".

Kumpulan Islam menurut beliau, menyertai demokrasi yang kemudian menyaksikan kehendak mereka dirampas. "Mereka bertindak atas nama demokrasi kononnya tetapi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, membatalkan perlembagaan yang disahkan oleh rakyat dan menyingkirkan Presiden yang dipilih oleh rakyat."

Tegas beliau yang juga Pensyarah Sejarah Islam Universiti Al-Azhar, pendirian ulamak pada bila-bila masa juga ialah berhadapan dengan toghut dan kezaliman. "Dan mereka (ulamak) yang cuba bersembunyi pada waktu ini merupakan pengkhianat."

Bekas Menteri Wakaf, Dr.Tala'at Afifi berucap di dalam masjid Al-Azhar selepas solat Zohor tadi menggesa rakyat untuk menentang rampasan kuasa yang berlaku. Menurut beliau perancanganjahat ini telah dirancang lama bagi menafikan suara serta kehendak rakyat Mesir.

Pihak pengurusan masjid menghalang Dr.Tala'at menggunakan pembesar suara masjid dan melarang azan Zohor dikumandangkan.

Ahad | 14 Julai 2013 | 03.57 petang. Siaran televisyen Israel melaporkan El-Baradei dan beberapa pimpinan askar Mesir telah melakukan lawatan selama 5 jam ke Israel.

Apakah tindakan mereka selepas ini? kebaikan atau kehancuran ?

Ya Allah Engkau hancurkanlah segala perancangan jahat Al Baradei, As Sisi dan sekutu mereka.

7.01.2013

Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Dalam Keadaan Mabuk

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam. 

Sekadar hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri. 

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu. 

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya. 

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan. 

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah. 

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya. 

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam. Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - HM

Tips Cara-cara mencegah kejadian rogol atau serangan seksual terhadap remaja:

1. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong.
2. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau basikal.
3. Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dan sebagainya.
4. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka.
5. Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dan sebagainya juga bila balik rumah.
6. Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki sama ada tua atau muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidur di rumahnya kecuali dengan pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.
7. Jika kamu dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.
8. Balik kerumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main.
9. Cuba pastikan bila berjalan atau keluar rumah hendaklah bersama keluarga atau teman-teman dalam kumpulan. Elakkan keluar rumah waktu malam kecuali dengan keluarga terdekat.
10. Elakkan dari bergaul bebas dengan lelaki yang tidak dikenali dan yang bukan mahram, kerana lelaki tersebut mungkin gunakan peluang itu untuk merogol kamu.
11. Cuba elakkan dari berjalan di lorong, taman atau kawasan yang sunyi. Jauhi bangunan yang tersudut.
12. Jangan pergi berubat dengan bomoh dan jangan sekali-kali tinggal seorang diri berubat dengannya. Doktor lelaki juga hanya boleh memeriksa kamu dengan kehadiran pembantu wanita/jururawat.
13. Jangan berpakaian seksi. Sekalipun kamu tidak menjadi mangsa pada masa tersebut,tetapi mungkin orang lain yang lebih lemah akan jadi mangsa rogol lelaki yang ada penyakit hati.
14. Pastikan pintu bilik berkunci dengan baik semasa kamu mandi, menyalin pakaian ataupun berehat atas katil.
15. Jangan bermain dan bergurau dengan kawan lelaki dan membiarkan mereka menyentuh badan kamu.
16. Orang lelaki termasuk bapa, abang atau saudara-mara tidak boleh menyentuh bahagian sulit kamu.
17. Patuhi syariat Allah, buat yang disuruh, tinggal yang dilarang nescaya kamu selamat.
18. Allah berfirman yang bermaksud ..Jangan dekati zina. Jangan bergaul bebas atau melakukan perkara yang dilarang agama yang boleh membawa kepada zina dan lebih teruk jika dirogol.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails