8.31.2012

Pak Samad : Janji Demokrasi

JANJI DEMOKRASI (AMBANG MERDEKA 2012)


Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang
dan garang; dan seragam gelombang kuning
-- diri kita yang sejati --
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012

8.03.2012

Katak oh Katak!!!!

KATAK OHH KATAK...
KENAPE KO PANGGIL UJAN?!!!

MACAMANE AKU TAK PANGGIL...
AAAAKU TAK LEH NAK WUDUK!!!
AAAAKU TAK LEH NAK WUDUK!!!!!



"Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau setelah buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, SEDANGKANKAMU TIDAK MENDAPAT AIR, maka BERTAYAMUMLAH kamu dengan debu tanah yg baik (suci)i" (Surah An-Nisa ayat 43/Surah Al- Maidah ayat 6) 

8.01.2012

Tema Baru Kemerdekaan : SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA!!

"Sebangsa, Senegara, Sejiwa".........


Tema ini paling SESUAI dengan hasrat semua rakyat menolak perkauman sempit, penjajahan minda, dan keterasingan. Semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu, sehati sejiwa, dan berjuang demi membentuk sebuah Malaysia Baru yang lebih berkebajikan.

Dengan demikian, tiada lagi yang terasing dari arus kemajuan. Minda yang membenci rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa akan mendorong pemiliknya menjadi manusia yang progresif dan inovatif.

Kebersamaan dalam segenap bidang akan memudahkan kita mencapai apa-apa jua yang dicita-citakan.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia... 

Kita UBAH tema... 

Hari ini kita berani UBAH tema... Esok kita berani UBAH paradigma.... 

Lusa kita berani UBAH 'pemimpin berkuasa'!!!!

Cerita lanjut klik di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails