Disebalik 'serangan' terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Sembrong, Kluang Johor oleh segerombolan pemuda yang hilang akal demi mempertahankan 'Demokrasi Mati'...
Wahai anak-anak muda terutama anak-anak bangsaku.... hayatilah “PESAN IMAM HASSAN AL-BANNA” ....
“Wahai Ikhwan Muslimin : Terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya.
Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.
Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.
Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”
Pesan Imam Hasan Al-Banna masih relevan. Anak-anak muda yang bergiat dalam jalan dakwah perlu faham bahawa kita baru saja melewati zaman yang dipanggil ledakan informasi. Kita lemas apaila tidak pandai berenang di dunia informasi itu.
Di depan kita kini adalah zaman yang dipanggil, ‘The Age of Inteligence.” Iaitu zaman Bijak. Ummah akan hancur sekiranya anak muda tidak bersedia. Anak muda kita akan tenggelam dalam Zaman Bodoh sekiranya kita gagal mebawa mereka ke Zaman Bijak itu.
Wajah sebenar salah seorang disebalik serangan terhadap 'Demokrasi' di Sembrong, Kluang Johor. Anak siapakah ini????
2.24.2012
Secebis Pesanan Kepada Anak-anak Muda......
2.23.2012
UMNO Lawan PKR
Suatu pagi yang hening, seorang cikgu BM telah masuk ke dalam bilik darjah dengan gaya yang agak serius…. Maka bermulalah sesi pembelajaran pada pagi itu……
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
2.11.2012
Rasa Bangga Dikalungi Bunga Malai Terbesar?
Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir
• Akidah
Tarikh Keputusan:
14 Mar, 2004
Keputusan:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram
Rujukan e-fatwa
BILA MUFTI PERAK BERSUARA....
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)