6.22.2009

Terbuka Indonesia : Dua Gelaran Milik Malaysia

Chong Wei, beregu wanita juara

Petang semalam Wak sempat menonton kat TV1 aksi-aksi bintang badminton di Terbuka Indonesia. Sebenarnya Wak kini berada di Polisas, Kuantan kerana diamanahkan untuk mengetuai panel pemilih pemain badminton MASKOM untuk di bawa keperingkat SIPMA yang dijangka akan diadakan pada awal bulan Ogos.

Bertolak dari Melaka pukul 10 pagi dan tiba di Polisas dalam pukul 3 petang. Naik kereta dengan member. Dapat tengok badminton kat TV1 satu je lah. Itupun dah kira baik sebab kat dewan makan ada TV. Kalau tidak melopong la kau jang!

Datuk Lee Chong Wei membuktikan dia tetap pemain nombor satu dunia apabila muncul juara kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Indonesia, petang tadi, mengiringi kemenangan bermakna beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Chong Wei yang tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu, bangkit penuh bergaya bagi mengulangi kejayaan pada 2007 untuk bergelar juara Terbuka Indonesia, menewaskan pemain tempatan, Taufik Hidayat, 21-9, 21-14.

Taufik yang memburu kemenangan ketujuh kejohanan itu buat mengatasi rekod rakan senegara, Hardiwiranata, gagal memberi tentangan bermakna kepada Chong Wei yang nyata bermain positif dan menguasai permainan.

Kemenangan ketiga Chong Wei selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Switzerland itu, mengiringi kejayaan kombinasi Eei Hui-Pei Tty yang juga berada di ranking pertama dunia apabila mudah menundukkan beregu China, Cheng Shu-Zhao Yunlie, 21-16, 21-16.

Kejayaan ini adalah yang pertama buat beregu ini selepas muncul juara beregu wanita Siri Masters Akhir di Kota Kinabalu, enam bulan lalu dan super siri kedua mereka selepas Terbuka Denmark tahun lalu.

Sementara itu, pemain India, Saina Nehwal, 19 mencuri tumpuan apabila bekas juara remaja dunia itu, muncul juara perseorangan wanita - kemenangan pertama buat wanita dari India - menewaskan pemain China, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.

Dalam acara beregu lelaki kombinasi China, Chai Yun-Fu Haifeng yang menewaskan beregu negara, Koo Kien Kiat-Tan Beng Heong di separuh akhir kelmarin, tewas kepada pemain Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-15, 21-18.

China hanya meraih kemenangan dalam acara beregu campuran selepas gandingan Zheng Bo-Ma Jin menewaskan beregu Korea, Lee Yong Dae - Lee Hyo Jung, 21-17, 8-21, 21-16.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails