6.18.2009

Peta Google Malaysia

http://maps.google.com.my

Menemui anda dengan akses carian Internet yang lebih mudah dan yang paling penting, berjiwa Malaysia. Google Inc. membawa berita baik kepada warga Malaysia apabila ia melancarkan secara rasmi laman Google Maps Malaysia.

Peta Google Malaysia menyediakan satu platform khusus kepada warga Malaysia untuk mencari informasi berbentuk kedudukan geografi sesuatu tempat atau kawasan.

Sekiranya anda menaipkan nama sesebuah jalan raya, anda bukan sahaja berpeluang melihat imej satelit tempat itu tetapi memperoleh ketepatan jarak dan masa.

Percuma dan mudah dikendalikan, khidmat ini boleh dieksploitasi mengikut kesesuaian masing-masing sama ada daripada komputer peribadi atau meja dan telefon bimbit.

Dianggarkan 15 juta pengguna Malaysia dapat mengembangkan lagi sektor kepenggunaannya dengan hanya menaip kata kunci dalam ruang carian.

Komprehensif dan mudah mencari sumber pada masa sebenar, Peta Google Malaysia selangkah ke hadapan dalam menyediakan bahan-bahan maklumat yang diperlukan dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, tempat kerja atau semasa berada di luar.

Ia menayangkan teks dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan Tamil serta Inggeris. Masyarakat tempatan dan pelancong juga pada masa yang sama digalakkan supaya menyumbang dokumen berbentuk teks, gambar hinggalah klip video.

Secara amnya, peta Google di peringkat dunia berjaya mengkhusus data jalan raya yang terperinci di lebih dari 100 buah negara.

Menariknya ialah 20 juta peta mengenai sesebuah jalan raya itu dimasukkan sendiri oleh pengguna dari serata dunia.

Jika anda masih belum mengenali dan mencuba khidmat ini, segera ke laman http://maps.google.com.my hari ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails