6.26.2009

Kes Buli Di Sekolah Agama

Pengsan dibelasah pelajar senior...

Apa nak jadi dengan pelajar sekarang.... Kes buli masih berlaku di sekolah dan yang amat menyedihkan ia berlaku di dalam sebuah surau sekolah agama.

Kalau nak kata dia orang ni cetek pengetahuan agama, tapi bersekolah di sekolah agama. Apa yang tak kena dengan sistem pendidikan kita sekrang ini.

Semua pihak perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi dimasa hadapan. Ibu bapa dan pihak sekolah serta PIBG perlu duduk semeja mencari jalan penyelesaian bagi membendung gejala yang tidak sihat ini.

ROMPIN – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di sini dibuli sampai pengsan oleh empat pelajar senior sekolah tersebut kelmarin.

Malah Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah dan dipijak-pijak oleh empat pelajar senior berumur 16 dan 17 tahun yang dikatakan bertindak demikian untuk ‘suka-suka’.

Terdapat beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu tetapi mereka tidak membantu mangsa sebaliknya melihat kejadian itu dengan selamba.

Cerita Ashraf, kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi iaitu di surau sekolah itu.

Sebelum itu, katanya, surau tersebut dipenuhi ramai pelajar yang mahu menunaikan solat sunat witir termasuk dirinya.

Menjelang tengah malam, Ashraf memberitahu, kebanyakan pelajar beredar ke asrama tetapi dia masih berada di luar surau bersama beberapa pelajar lain.

“Tiba-tiba saya ditolak masuk semula ke dalam surau oleh seorang pelajar senior sebelum lampu dipadamkan.

“Di dalam surau itu saya dibelasah serta dipijak-pijak di muka, tangan dan bahagian badan lain hingga pengsan dalam gelap,” katanya ketika ditemui di Felda Keratong 4 di sini malam tadi- KOSMO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails